Total Pageviews

Tuesday, June 30, 2015

Andainya Cinta Itu Ada - Teaser 41




Entah apa malang nasib dia hari ini. Semuanya serba tidak kena. Pagi tadi, dia tersalah bangun dari katil ke? Melangkah keluar rumah mula dari kaki kiri? Ataupun, tak baca Bismillah bila nak mula buat kerja tadi? Dhia mengeluh berat. Air kopi yang dibancuh buat kali kedua dibuang ke dalam sinki. Membazir saja. Habis tu, takkan dia nak minum air lebihan Ameal pula? Apa kena dengan lelaki tu pagi ni agaknya? Tah mengenan apa tak tahulah. Tak pasal-pasal meroyan.
“Aku bancuh air kopi ni macam biasa. Satu sudu teh kopi, tiga sudu teh gula. Tak lebih, tak kurang. Biasa tu okey saja. Tak banyak kompelin pun. Bolehkan hari ni, dia cakap tawar. Pahit. Tak cukup gula,” rungut Dhia sendirian sambil tangan membancuh kopi O Ameal yang baharu. Kalau nombor tiga ini pun Ameal masih tak puas hati, memang dia tuang air ini atas kepala mamat tu nanti. Baru padan dengan muka. Banyak songeh sangat!
“Melati! Awak buat kopi ke berangan?” sergah Ameal di muka pintu pantri.
“Oi mak kau rimau!” Nyaris mug di tangan hendak melambung. Jawabnya, ada orang bermandikan air kopi O pagi ni.
“Saya tengah buat kopi Encik Ameal la ni... Sabarlah sekejap. Saya buat cincai-cincai karang, encik kata tak sedap pulak. Kalau haus sangat, encik minum air mineral atas meja tu dulu.”
“Pandainya awak menjawab? Saya nak air kopi O tu. Yang awak suruh saya minum air mineral kenapa? Apa kena dengan awak hari ni? Buat kopi O pun lambat. Dahlah lambat, tak sedap pulak tu. Asyik berangan ingatkan budak lelaki semalam tu saja ke?”
“Apa kena dengan Encik Ameal ni? Saya berangankan siapa?” Hati Dhia tersenyum. Bukan dia tersalah tempat bangun tidur. Bukan sebab melangkah mula kaki kiri. Juga bukan pasal tak baca Bismillah. Dia dipaksa membancuh air sehingga tiga kali ini kerana Ameal cemburukan Zul Hafiz rupanya. Kenapa nak cemburu pula? Macam tak percaya saja...
“Jangan awak ingat saya tak tahu. Awak ingat Melati, masa kerja buat kerja. Awak jangan buat benda lain pulak,” tutur Ameal berbaur amaran.
“Apa benda yang Encik Ameal melalut pagi-pagi ni? Benda lain apa yang saya buat? Kalau tak puas hati, encik cakap saja terang-terang. Jangan perli-perli. Tak payah corner sana corner sini. Saya tak fahamlah!” Dhia hampiri lelaki itu.
“Nah! Ambil kopi ni.” Selamba Dhia menarik tangan Ameal dan menyelitkan pemegang mug ke dalam genggaman lelaki itu. Kemudian dieratkan genggaman Ameal supaya mug tidak terlepas. Tindakkan itu dilakukan spontan. Di luar sedarnya. “Kalau yang ini pun tak sedap, encik buat sendiri. Kalau tak pun suruh Marissa buatkan. Saya banyak lagi kerja lain nak buat. Kerja saya bukan bancuh kopi encik saja.”
Dan, pabila kulit bertemu kulit implikasinya..., Ameal tersentak, terkedu, kelu. Ringkasannya menjadi ‘takdulu’. Dia pegang tangan aku? Dia pegang tangan aku! Dia pegang tangan aku!!! Oh My... Dia... pegang... aku...!!! Hati Ameal menjerit tak keruan. Terbit senyuman lebar hingga ke pipi. Bukan tidak pernah perempuan memegang tangannya. Malahan lebih dari itu. Berpelukan pun ada, tetapi, yang ini betul-betul lain rasanya. Seperti ada karan. Terus terlupa soal cemburu terhadap lelaki yang bertemu Dhia petang semalam.
Selepas beberapa langkah meninggalkan Ameal, Dhia berpaling. Apa kena mamat ni? Tadi macam orang meroyan. Sekarang muka dah macam orang kena sawan! Senyum sorang apa hal? “Encik Ameal, cepatlah! Pukul sebelas setengah ni kita kena pergi sub-con kan?”

11 comments:

  1. Meallll angau dah... bru tahu penangan dhia ye.. tq for the entri kak qaseh

    ReplyDelete
  2. Meallll angau dah... bru tahu penangan dhia ye.. tq for the entri kak qaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...
      ekspress betul Naga....
      baru up N3 dia dah baca
      Tqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq

      Delete
  3. Tak sabar tunggu entry hari ni. Esok klu blh nk awal pagi

    ReplyDelete
  4. Wah.... up dah teaser ye Qaseh Farina.. ni sampai 50 ke?... hehe.
    best..best... makin havoc ni.. peewittt.....

    ReplyDelete
  5. Wah.... up dah teaser ye Qaseh Farina.. ni sampai 50 ke?... hehe.
    best..best... makin havoc ni.. peewittt.....

    ReplyDelete
  6. Best.... Ameal dah angau kat Dhia... terus hilang rasa cemburu.... suka tapi tak nak mengaku.... kesian abg Zul... kasihnya x kesampaian...

    ReplyDelete
  7. 😢😢😢jahat nye awk ni Qaseh...dh n3 41 br nak terbit bunga2 cinta...pasni awk stop la plak. Sajer bt kita rindu rinduan kt Ameal n Melati

    ReplyDelete