Total Pageviews

Showing posts with label Andainya Cinta Itu Ada. Show all posts
Showing posts with label Andainya Cinta Itu Ada. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

Andainya Cinta Itu Ada - Teaser 55


BUAT SEMUA READERS, BOLEH TAK TINGGALKAN ADD. F/B DI RUANG KOMEN UNTUK MEMUDAHKAN SAYA PERSONALLY PM KORANG UNTUK SEBARANG BERITA TERKINI? (KPD MEREKA YG BELUM) OR APA CARA YANG DIRASA BAIK UNTUK SAYA MUDAH MEMAKLUMKAN KEPADA KORANG SEBARANG INFO TERBAHARU. SAYA TIDAK MAHU KORANG TERTINGGAL ANY NEW INFO WALAUPUN SORANG. SAYA SANGGUP TAG NAMA SORANG2 (BIARPUN BERIBU NNTI… KIKIKI… PERASAN BERIBU… KAN?) INI ADALAH CARA SAYA UNTUK MEMBALAS SEGALA SOKONGAN ANDA UNTUK BLOG QFT INI.
MEKASIH BANYAK2 KORANG… SAYANG SEMUA KETAT2…  



“Saya mintak maaf, Melati.” Akhirnya Ameal bersuara setelah sekian lama dia membisu.
Dhia senyap. Diam tidak berkutik. Mata masih merenung keluar kereta.
“Saya betul-betul mintak maaf apa yang dah jadi malam tadi.” Ulang Ameal lagi dengan menokok kata-kata yang membayangkan dia benar-benar sesal dengan peristiwa itu.
Perlahan Dhia gelengkan kepala. Dia tidak dapat terima ucapan maaf itu. Apa guna memohon maaf andai semuanya tidak berguna lagi. Nasi yang ditanak sudah pun menjadi bubur. Kalau bubur saja masih boleh dimakan, tetapi kini bubur itu sudah hangus menjadi kerak. Keras dan pahit. Tidak boleh dimakan. Apatah lagi untuk ditelan.
“Saya tak tahu anak haram jadah mana yang buat aduan kata kita berdua ada dalam bilik tu! Saya tak tau siapa yang dengki dengan kita,” maki Ameal sedikit kuat. Hatinya membara. Kalaulah dia tahu siapa punya angkara, memang dia akan ajar orang itu cukup-cukup.
Dhia berpaling mencerlung marah. Dikesat sisa air mata dengan jari.
“Encik menyalahkan orang lain atas kesalahan yang dah encik buat? Kenapa nak salahkan orang?” Suara Dhia serak menahan hiba dan marah.
“Apa maksud awak Melati? Salah apa yang saya dah buat?” soal Ameal inginkan penjelasan. Matanya masih fokus kepada jalan raya. Hati terusik dengan tutur gadis itu.
“Salah apa yang encik dah buat? Encik tanya saya salah apa yang encik dah buat?”
“Ya! Salah apa yang saya dah buat?” Ameal mula panas hati. Apa hal pulak budak perempuan ni nak salahkan aku? Rengusnya.
“Encik masuk dalam bilik saya. Berada dalam bilik saya tanpa kebenaran saya. Cuba tukar baju saya. Entah apa lagi encik buat pada saya, masa saya tak sedarkan diri. Itu encik kata encik tak buat salah?” Tinggi suara Dhia melengking. Sakit hatinya umpama dihiris-hiris. Maruahnya bukan saja dicalar malahan diinjak-injak oleh lelaki di sebelah dia ini.
“Memang saya tak buat salah.”
Dhia cerlung lelaki itu. Masih lagi Ameal kata benda tu semua tak salah?!
“Siapa kata? Encik sedar tak kita ni bukan muhrim. Apa yang encik buat tu, semuanya salah!” tempik Dhia. Saat ini dia benar-benar kecewa. Nampaknya lelaki ini memang mengambil mudah soal maruah. Ameal bolehlah, dia lelaki. Orang tak akan mengata yang bukan-bukan kerana dia seorang lelaki. Tetapi masyarakat pasti dengan cepat menundingkan telunjuk, lurus selurus pembaris kepadanya. Perempuan tak bermaruah. Tak ada harga diri. Gatal merenyam! Itu tuduhan yang akan dicop pada dahinya nanti.
“Cik Melati oi! Dengar sini baik-baik, ya. Seperti yang saya bagitau pada dia orang tu, saya nak bagitau benda yang sama jugak pada awak. Saya tak buat apa-apa pada awak malam tadi. Menodai awak pun tidak. Saya cuma nak tolong awak saja. Awak pengsan, saya hantarlah awak ke bilik awak. Takkan saya nak biarkan awak terbaring tepi jalan atau pun letak saja awak atas lantai luar bilik hotel tu?
Awak pengsan tak sedarkan diri sampai berpeluh-peluh satu badan, habis tu saya nak biarkan awak macam tu saja? Kalau jadi apa-apa pada awak, apa saya nak jawab dengan mak dan ayah? Setakat bersihkan badan awak dan nak tukar baju saja, itu pun salah ke? Kalau saya biarkan, takut awak demam. Salah ke kalau saya berniat baik, sekadar nak membantu? Bukan nak berterima kasih. Nak marah-marahkan saya pulak. Kalau saya tahu jadi macam ni, saya tak inginlah nak tolong awak!” Ameal membalas geram.
“Tolong apa?! Tolong saya dapat masalah besar macam ni? Kalau dah jadi macam ni, saya lebih rela sakitlah! Biar demam sekali pun saya tak kisah. Mati pun tak apa. Dari terpaksa menanggung malu macam ni. Apa yang saya nak bagitau mak dan ayah saya nanti? Walau apapun alasan encik, encik tetap salah! Terima kasih banyak-banyak Encik Ameal. Terima kasih banyak-banyak dengan bala yang dah encik tempah untuk saya ni.” Air mata Dhia kembali lebat di pipi.
Ameal terdiam. Kini baru dia sedar. Memang apa yang dia lakukan malam tadi adalah tidak wajar. Kan bagus kalau dia terus saja keluar lepas hantar Dhia ke bilik. Kenapa sekarang baru dia terfikir? Kenapa tidak malam tadi? Kalau tidak, pernikahan itu tak akan terjadi. Dia cuma fikir takut kepada ibu dan ayah Dhia, sekiranya kesihatan Dhia bertambah teruk. Dia tidak terfikir pula bahawa dia akan menjadi lebih takut, bila dia terpaksa berhadapan dengan keluarga Dhia tentang pernikahan ini.
Pantas detik itu terlayar semula di ruang mata Ameal. Sebenarnya, kalau dia mahu menolak cadangan pegawai Jabatan Agama Islam itu, boleh saja. Selepas dia menceritakan perkara sebenar, niatnya cuma mahu membantu Dhia, disokong pula dengan resit pembayaran bil perubatan sebagai bukti sahih ceritanya, pegawai itu tetap berkeras mahu dia bertanggungjawab atas maruah Dhia yang sudah tercalar. Walau apapun alasannya, perkara yang dilakukan oleh Ameal tetap salah.
“Jangan jadi seorang lelaki yang penakut. Tak berani bertanggungjawab bila sudah melakukan kesalahan. Lelaki sejati adalah lelaki yang menjadi pelindung wanita. Apakah encik seorang lelaki yang sejati?” cabar pegawai itu.
Maka, Ameal yang memang seorang yang patang dicabar dan punya ego yang tinggi, menyahut provokasi pegawai tersebut. Dengan megah dia berkata, “Memang saya seorang lelaki yang sejati. Sebagai bukti, saya akan bertanggungjawab atas maruah gadis itu.”
Kini, baru dia terfikir. Apakah keputusan dan tindakannya itu betul? “Habis tu, kita nak buat apa sekarang?”
“Kenapa tanya saya? Encik puncanya, encik penyebabnya. Encik fikirlah sendiri. Yang lebih penting, encik kena fikir macam mana nak bagitau mak dan ayah saya. Saya tak nak menghadap mak dan ayah saya seorang diri. Saya mahu encik selesaikannya.”
“Engkau ni, tak habis-habis nak salahkan akulah!” Ameal menghentak tangan ke stereng kereta melepaskan amarahnya. Dia memberi lampu isyarat untuk berhenti di tepi lebuh raya. Kalaulah mereka terus-terusan bertelagah, memang tak sampai Serembanlah jawabnya. Sangat merbahaya memandu ketika berada di dalam pertengkaran seperti ini. Kala emosi menguasai diri.
“Memang salah encik pun. Memang salah encik!!!” jerit Dhia kuat. Dengan iringan air mata yang menitis laju, Dhia seperti hilang pedoman. Histeria! Tangannya di angkat tinggi. Berkali-kali tubuh Ameal dipukul sambil menjerit-jerit. Segera Ameal menahan tangan Dhia dari terus singgah ke badannya. Digenggam erat kedua-dua tangan gadis itu.
“Melati! Melati!” Nama gadis itu ditempik kuat.
“Cuba bawak bersabar sikit, Melati! Bertenang!” Ameal masih menahan tangan halus Dhia dari menghentam tubuhnya. Dengan hati yang sudah lemah. Tubuh yang mula lesu. Dhia tidak berdaya lagi hendak meronta. Kepalanya tertunduk menahan sendu.
“Dalam masalah ni, bukan awak sorang saja jadi mangsa tau! Saya jugak mangsa kepada keadaan ni. Awak ingat saya nak sangat ke kahwin dengan awak? Eh! Tolonglah... Kalau awak tak jatuh pengsan tiba-tiba malam tadi, benda ni tak akan jadilah...” Ameal melepaskan tangan Dhia dengan kasar. Dia kembali merenung ke hadapan seraya merengus marah.
“Jadi sekarang, encik salahkan saya pulak? Saya tak mintaklah nak pengsan. Saya tak tahu pun saya nak pengsan! Yang kita cakap ni soal maruah saya, encik. Ingat saya ni perempuan jenis apa, nak merendahkan maruah sendiri?” Dhia kembali menghala anak matanya kepada Ameal.
“Okey! Okey!” Ameal mengangkat kedua tangannya ke udara tanda menyerah. Tak akan ada satu pun masalah yang selesai nanti kalau asyik saling salah menyalah seperti ini. Dhia diam menahan sedu sedannya. Hidung sudah merah. Matanya bertambah bengkak.
“Saya akan fikirkan macam mana nak selesaikan masalah ini. Sementara tu saya mahu awak rahsiakan pernikahan kita ini daripada sesiapa pun. Termasuk Zaira dan juga keluarga awak. Saya akan cuba cari jalan keluar. Walaupun awak dah jadi isteri saya, saya nak awak terus tinggal di asrama bersama Zaira. Saya tak mahu orang lain syak. Saya pun tak boleh terima pernikahan yang macam ni. Beri saya masa,” putus Ameal akhirnya. Dia melepaskan nafas panjang. Cuba meredakan perasaan sendiri.
“Macamlah saya nak sangat canang pada dunia ni yang saya dah nikah dengan encik. Ingat saya nak sangat ke tinggal dengan encik? Saya pun tak inginlah kahwin dengan encik, walaupun kahwin free macam ni!” balas Dhia keras sambil menyapu sisa-sisa air matanya. Berbisa sungguh kata-kata lelaki itu tadi. Tetapi sayang, dia memang dah kahwin free pun dengan Ameal. Pernikahan yang tidak seperti orang lain. Berpelamin, bersanding dan berkompang bagai. Agaknya bagaimana penerimaan kedua orang tuanya jika mereka dapat tahu nanti? Dhia melepaskan nafasnya yang sesak. Mengeluh perlahan. Buat yang kesekian kali dia menyesali apa yang telah terjadi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA READERS SAYA YG SANGAT SAYA SAYANG. MOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI TANPA SEDAR, SAYA ADA MELAKUKAN SEBARANG KESALAHAN PADA KORANG. MOGA BERBAHAGIA DI HARI RAYA. JAGA KESELAMATAN OKEY...
KITA JUMPA LAGI ISNIN MINGGU PERTAMA SELEPAS RAYA (20/7) UNTUK N3 CERITA TERBAHARU. NAH! BLANJA COVER DULU. SUDI2 FOLLOW GAK TAU...
MEKASIH... SAYANG KORANG SENDAT2... MUAHSSS


Monday, July 13, 2015

Andainya Cinta Itu Ada - Teaser 54



BUAT SEMUA READERS, BOLEH TAK TINGGALKAN ADD. F/B DI RUANG KOMEN UNTUK MEMUDAHKAN SAYA PERSONALLY PM KORANG UNTUK SEBARANG BERITA TERKINI? OR APA CARA YANG DIRASA BAIK UNTUK SAYA MUDAH MEMAKLUMKAN KEPADA KORANG SEBARANG INFO TERBAHARU. SAYA TIDAK MAHU KORANG TERTINGGAL ANY NEW INFO WALAUPUN SORANG. SAYA SANGGUP TAG NAMA SORANG2 (BIARPUN BERIBU NNTI… KIKIKI… PERASAN BERIBU… KAN?) INI ADALAH CARA SAYA UNTUK MEMBALAS SEGALA SOKONGAN ANDA UNTUK BLOG QFT INI.
MEKASIH BANYAK2 KORANG… SAYANG SEMUA KETAT2…

 

“Melati! Melati! Awak ni kenapa?” Tubuh Dhia digoncang perlahan. Pipi Dhia ditampar lembut. “Melati! Melati! Awak dengar tak ni?”
Dhia cuba menjarakkan kelopak matanya. Terasa amat berat. Digagahkan untuk tegak semula. Tangan dipaut ke meja bagi mengimbangi badan yang terasa berbuai seperti dialun ombak.
“Sssaya... dah tak larat...” Dan Dhia terus rebah ke arah Ameal. Mujur lelaki itu cepat bertindak. Segera disambut tubuh itu dan didakap erat.
Apa kena dengan budak ni? Getus Ameal bimbang. Dia cemas melihat keadaan Dhia yang tiba-tiba lembik tidak bermaya. Sedangkan sebentar tadi elok sihat walafiat saja keadaannya. Sambil mengampu tubuh Dhia yang terkulai, Ameal seluk poket belakang seluar dan mengeluarkan dompetnya. Beberapa helai not seratus ringgit ditarik dari dompet lalu dicampakkan ke atas meja. Dia capai beg Dhia yang tersangkut di kerusi. Dhia kemudian dibawa berdiri lalu dipapah. Ameal cuba membantu Dhia berjalan, tetapi usahanya sia-sia. Tidak bergarit sikit pun langkah gadis itu. Tanpa berfikir panjang, tubuh halus itu terus dicempung.
Hampir semua pelanggan di dalam restoran itu memberi perhatian kepada mereka. Barangkali hairan melihat ada adengan filem Hindustan agaknya. Ameal tidak perduli kepada setiap renungan jelik yang dilemparkan kepadanya. Mereka semua tidak tahu situasi sebenar. Jadi, tidak bolehlah salahkan mereka andai ada tanggapan buruk kepada dia dan Dhia. Ameal atur langkah keluar dari restoran. Tiba di gigi jalan, dia menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ. Sebaik sahaja teksi itu berhenti di bahu jalan, pemandunya tangkas turun dan membantu Ameal membuka pintu kereta.
“Kenapa bang?” soal pemandu teksi itu. Jelas ada kerut kehairanan di dahinya.
“Kawan saya ni tak sihat. Boleh tolong hantar saya ke klinik yang paling hampir?” pinta Ameal. Bersusah payah dia membawa Dhia memasuki teksi itu.
“Depan tu saja bang. Dalam dua kilometer,” beritahu lelaki itu lagi.
“Boleh cepat tak?”
“Bbbaik...,” balas pemandu teksi itu. Pintu kereta ditutup rapat. Segera dia ke bahagian pemandu. Teksinya mula bergerak menghala ke arah yang dimaksudkannya tadi.
Posisi tubuh Dhia yang terbaring dibetulkan. Kepala Dhia diampukan ke pehanya. Tudung gadis itu juga ditanggalkan apabila melihat peluh-peluh kecil mula merenik di dahi. Diusap perlahan dahi dan rambut Dhia. Tidak sudah-sudah otaknya berfikir, kenapa Dhia jadi begini. Seketika kemudian tangan terasa lenguh. Mungkin sebab mencempung tubuh Dhia tadi. Dilurus dan dibengkokkan tangannya berulang kali.
“Boleh tahan jugak budak ni. Badan saja kecik, tapi beratnya bukan main,” gumam Ameal kecil. Selepas itu anak matanya jatuh ke wajah Dhia. Lama dia memerhati raut itu. Bila kepala Dhia tidak dilitupi hijab begini, wajah Dhia kelihatan amat berbeza di matanya. Ini adalah kali kedua dia melihat wajah Dhia tanpa hijab. Saat ini, hatinya bagai diruntun sesuatu. Semakin diamati, semakin terasa berdebar di hati. Benak terdetik. Persoalan itu kembali menerjah fikirannya. Kenapa dia rasa wajah Dhia ini seperti pernah ditemui?
“Bang, dah sampai klinik dah ni.”
Lamunan Ameal terhenti. Cepat pandangan matanya dibuang ke luar tingkap. Ingin memastikan yang mereka benar-benar sudah berada di hadapan klinik. Sekali lagi tubuh Dhia dicempung. Dengan penuh berhati-hati Ameal bawa tubuh kecil itu keluar dari teksi. Dia berlari anak menghala ke pintu klinik. Nafas Dhia yang semakin lesu buatkan Ameal bertambah takut. Entah apalah penyakit perempuan ni. Kalaulah apa-apa terjadi kepadanya, tak tahulah apa dia nak cakap kepada ayah dan mak Dhia di kampung.
Dengan dibantu oleh pemandu teksi tadi, Ameal melepasi muka pintu klinik. Keadaan di dalam klinik ketika itu lengang tanpa pesakit lain.
“Kenapa dengan isteri encik ni, encik?” soal seorang jururawat di kaunter.
Isteri? Bila masa pulak dia kahwin dengan minah ni? Ah! Lantaklah. Isteri pun, isterilah! Nyawa Dhia lagi penting.
“Tak tahu kenapa, nurse. Tiba-tiba saja dia cakap tak sihat. Lepas tu terus pengsan,” balas Ameal sambil menahan rasa lenguh di tangan kerana mencempung Dhia.
“Tengah hamil kut?” Jururawat itu membuat andaian sendiri.
Dalam keadaan runsing begini, hendak juga terlepas tawa Ameal bila mendengar ujaran jururawat itu. Kahwin pun tidak, keluar cerita mengandung pulak? Apa hal?
“Tak apa. Kita bawak jumpa doktor dulu. Biar doktor periksa,” ulas jururawat itu lagi. Dia kemudian menolak pintu bilik rawatan untuk membantu Ameal membolosinya.
Seketika Ameal terhenti. Dia berpaling melihat kepada pemandu teksi yang masih berdiri di tepi pintu utama. Barangkali menunggu wang sewaan teksinya. “Saya nak jumpa doktor sekejap. Awak tunggu dulu ya. Kepas ni saya nak awak hantar kami ke hotel.”
Pemandu teksi itu mengangguk tanda setuju.
Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan Dhia tidak mengalami apa-apa penyakit. Cuma tekanan darahnya saja sedikit tinggi. Degup jantung gadis itu juga lebih pantas dari biasa. Yang lain-lainnya normal. Sebaik mendengarnya, barulah hati Ameal rasa lega. Punca kenapa Dhia boleh pengsan tidak dapat dipastikan. Ujar doktor, mungkin Dhia tersalah makan. Elergi. Mengapa dan kenapa Dhia tiba-tiba tidak sedarkan diri itu, Ameal tidak mahu ambil pusing. Apa yang lebih peting keadaan Dhia baik. Tak perlulah dia kerah otaknya berfikir sampai pecah kepala mencari alasan untuk menjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada Dhia. Selepas mengambil ubat dan membayar bil rawatan, Ameal sekali lagi mencempung tubuh Dhia. Dia menuju ke teksi tadi. Pemandunya masih setia menunggu di luar klinik.
“Hantarkan saya ke Hotel Metro Inn, Jalan Dua.”
Pemandu itu mengangguk kepala sebelum membantu Ameal masuk ke dalam perut teksi di kerusi belakang. Dhia masih tidak sedarkan diri. Seperti tadi juga, Dhia dibaringkan dan kepalanya beralaskan peha Ameal. Sambil mengusap lembut rambut Dhia, matanya ralit meneliti setiap inci raut wajah gadis itu. Mungkin wajah ini tidak secantik perempuan-perempuan yang dia kenal. Tidak sejelita Marissa, seayu Tina, seanggun Emalin atau serupawan Liyana. Tetapi iras gadis itu masih manis. Sejuk matanya memandang.
Sampai di perkarangan hotel, selepas membayar wang sewa teksi, Ameal memanggil seorang kakitangan wanita untuk membantunya membawa Dhia ke bilik. Tangannya sudah tidak mampu mengendong tubuh kurus Dhia. Dia perlukan bantuan seseorang untuk sama memapah Dhia. Tiba dibilik, Dhia dibaringkan ke atas katil.
“Terima kasih cik tolong saya,” ucap Ameal kepada pekerja wanita itu.
“Encik nak apa-apa lagi? Boleh saya dapatkan,” soal petugas itu menawarkan lagi bantuannya.
“Tak apa. Saya dah bawak dia ke klinik tadi. Mungkin sekejap lagi dia okeylah ni.”
“Kalau macam tu, saya keluar dulu encik. Kalau ada apa-apa, encik telefon saja room service,” balas petugas itu.
“Baiklah.” Lantas Ameal mengiringi pekerja itu ke pintu. Selepas pekerja itu keluar, Ameal merapatkan daun pintu dan kembali mendapatkan Dhia. Kasut yang tersarung di kaki Dhia ditanggalkan. Kemudian dia perhati keadaan Dhia.
“Takkan nak biarkan dia macam ni? Baju dah basah dengan peluh. Karang, tak pasal-pasal demam pulak. Habis tu macam mana?” Ameal bermonolog sendiri.
“Ah! Tinggalkan sajalah dia.” Ameal teringatkan adik Firdaus. Mungkin dia boleh pergi melawat sekejap lagi melihat bagaimana keadaan adik kawannya itu. Kaki bergerak ke pintu. Baru beberapa langkah, susunan kakinya terhenti. Tubuh berpaling semula melihat Dhia.
“Nak tinggalkan dia macam tu saja ke? Kalau jadi apa-apa macam mana?” tukas Ameal lagi. Berat rasa hati ingin meninggalkan Dhia. Sudahlah gadis itu masih tidak sedarkan diri. Kasihan pula melihatnya.
“Kalau aku tinggalkan dia dan jadi apa-apa dekat dia, aku yang kena jawab nanti.” Ameal masih berbicara sendirian. Selepas berulang kali berfikir, akhirnya dia memutuskan untuk bersama Dhia. Biarlah dia berjaga sepanjang malam memantau keadaan Dhia. Tak mahu menyesal di kemudian hari jika berlaku sesuatu kepada Dhia Melati.
Ameal berlalu ke bilik air selepas mencapai sehelai tuala kecil di penyidai. Tuala itu dibasahkan dan kemudian diperah. Ditinggalkan tuala itu di atas meja sisi di tepi katil. Dia bergerak pula ke almari pakaian. Pakaian Dhia yang bergantungan diperhati. Dibelek setiap pakaian itu untuk mencari yang bersesuaian. Namun tidak ditemui. Ameal beralih pula kepada pakaian yang berlipat. Dia tersenyum kala tangannya mencapai sehelai pijama.
“Sungguh macam budak-budak Ribena betul! Baju tidur gambar kartun? Hello Kitty pulak tu! Cubalah pakai nightie yang berenda dan bertali halus. Barulah seksi. Memang kampung betul!” komen Ameal.
Pijama itu dibawa bersamanya menghampiri Dhia dan diletakkan di atas katil. Punggung dilabuhkan di sisi Dhia. Diambil tuala kecil tadi dan perlahan-lahan disapu ke seluruh muka Dhia. Selesai di muka, dia beralih pula ke tangan Dhia. Habis di tangan, tanpa berkira-kira dan berfikir panjang, jari-jemari Ameal pantas membuka butang baju blaus yang dipakai oleh Dhia. Selepas lima butang baju dibuka, tak semena-mena jarinya menjadi kaku. Dia berfikir sejenak. Selepas beberapa saat berlalu, dibatalkan niatnya sebentar tadi. Rasa tidak wajar pula dia buat begitu.
Tiba-tiba pintu bilik kedengaran diketuk bertalu-talu. Hati Ameal terdetik. Rasanya dia tidak memanggil room service. Birai katil lantas ditinggalkan dan berjalan menghampiri pintu. Tombol ditarik perlahan. Saat pintu dikuak luas, Ameal terpaku. Beberapa orang lelaki yang memakai ves serta songkok dan berseragam polis berdiri di luar pintu bilik.