Total Pageviews

Monday, July 13, 2015

Andainya Cinta Itu Ada - Teaser 54



BUAT SEMUA READERS, BOLEH TAK TINGGALKAN ADD. F/B DI RUANG KOMEN UNTUK MEMUDAHKAN SAYA PERSONALLY PM KORANG UNTUK SEBARANG BERITA TERKINI? OR APA CARA YANG DIRASA BAIK UNTUK SAYA MUDAH MEMAKLUMKAN KEPADA KORANG SEBARANG INFO TERBAHARU. SAYA TIDAK MAHU KORANG TERTINGGAL ANY NEW INFO WALAUPUN SORANG. SAYA SANGGUP TAG NAMA SORANG2 (BIARPUN BERIBU NNTI… KIKIKI… PERASAN BERIBU… KAN?) INI ADALAH CARA SAYA UNTUK MEMBALAS SEGALA SOKONGAN ANDA UNTUK BLOG QFT INI.
MEKASIH BANYAK2 KORANG… SAYANG SEMUA KETAT2…

 

“Melati! Melati! Awak ni kenapa?” Tubuh Dhia digoncang perlahan. Pipi Dhia ditampar lembut. “Melati! Melati! Awak dengar tak ni?”
Dhia cuba menjarakkan kelopak matanya. Terasa amat berat. Digagahkan untuk tegak semula. Tangan dipaut ke meja bagi mengimbangi badan yang terasa berbuai seperti dialun ombak.
“Sssaya... dah tak larat...” Dan Dhia terus rebah ke arah Ameal. Mujur lelaki itu cepat bertindak. Segera disambut tubuh itu dan didakap erat.
Apa kena dengan budak ni? Getus Ameal bimbang. Dia cemas melihat keadaan Dhia yang tiba-tiba lembik tidak bermaya. Sedangkan sebentar tadi elok sihat walafiat saja keadaannya. Sambil mengampu tubuh Dhia yang terkulai, Ameal seluk poket belakang seluar dan mengeluarkan dompetnya. Beberapa helai not seratus ringgit ditarik dari dompet lalu dicampakkan ke atas meja. Dia capai beg Dhia yang tersangkut di kerusi. Dhia kemudian dibawa berdiri lalu dipapah. Ameal cuba membantu Dhia berjalan, tetapi usahanya sia-sia. Tidak bergarit sikit pun langkah gadis itu. Tanpa berfikir panjang, tubuh halus itu terus dicempung.
Hampir semua pelanggan di dalam restoran itu memberi perhatian kepada mereka. Barangkali hairan melihat ada adengan filem Hindustan agaknya. Ameal tidak perduli kepada setiap renungan jelik yang dilemparkan kepadanya. Mereka semua tidak tahu situasi sebenar. Jadi, tidak bolehlah salahkan mereka andai ada tanggapan buruk kepada dia dan Dhia. Ameal atur langkah keluar dari restoran. Tiba di gigi jalan, dia menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ. Sebaik sahaja teksi itu berhenti di bahu jalan, pemandunya tangkas turun dan membantu Ameal membuka pintu kereta.
“Kenapa bang?” soal pemandu teksi itu. Jelas ada kerut kehairanan di dahinya.
“Kawan saya ni tak sihat. Boleh tolong hantar saya ke klinik yang paling hampir?” pinta Ameal. Bersusah payah dia membawa Dhia memasuki teksi itu.
“Depan tu saja bang. Dalam dua kilometer,” beritahu lelaki itu lagi.
“Boleh cepat tak?”
“Bbbaik...,” balas pemandu teksi itu. Pintu kereta ditutup rapat. Segera dia ke bahagian pemandu. Teksinya mula bergerak menghala ke arah yang dimaksudkannya tadi.
Posisi tubuh Dhia yang terbaring dibetulkan. Kepala Dhia diampukan ke pehanya. Tudung gadis itu juga ditanggalkan apabila melihat peluh-peluh kecil mula merenik di dahi. Diusap perlahan dahi dan rambut Dhia. Tidak sudah-sudah otaknya berfikir, kenapa Dhia jadi begini. Seketika kemudian tangan terasa lenguh. Mungkin sebab mencempung tubuh Dhia tadi. Dilurus dan dibengkokkan tangannya berulang kali.
“Boleh tahan jugak budak ni. Badan saja kecik, tapi beratnya bukan main,” gumam Ameal kecil. Selepas itu anak matanya jatuh ke wajah Dhia. Lama dia memerhati raut itu. Bila kepala Dhia tidak dilitupi hijab begini, wajah Dhia kelihatan amat berbeza di matanya. Ini adalah kali kedua dia melihat wajah Dhia tanpa hijab. Saat ini, hatinya bagai diruntun sesuatu. Semakin diamati, semakin terasa berdebar di hati. Benak terdetik. Persoalan itu kembali menerjah fikirannya. Kenapa dia rasa wajah Dhia ini seperti pernah ditemui?
“Bang, dah sampai klinik dah ni.”
Lamunan Ameal terhenti. Cepat pandangan matanya dibuang ke luar tingkap. Ingin memastikan yang mereka benar-benar sudah berada di hadapan klinik. Sekali lagi tubuh Dhia dicempung. Dengan penuh berhati-hati Ameal bawa tubuh kecil itu keluar dari teksi. Dia berlari anak menghala ke pintu klinik. Nafas Dhia yang semakin lesu buatkan Ameal bertambah takut. Entah apalah penyakit perempuan ni. Kalaulah apa-apa terjadi kepadanya, tak tahulah apa dia nak cakap kepada ayah dan mak Dhia di kampung.
Dengan dibantu oleh pemandu teksi tadi, Ameal melepasi muka pintu klinik. Keadaan di dalam klinik ketika itu lengang tanpa pesakit lain.
“Kenapa dengan isteri encik ni, encik?” soal seorang jururawat di kaunter.
Isteri? Bila masa pulak dia kahwin dengan minah ni? Ah! Lantaklah. Isteri pun, isterilah! Nyawa Dhia lagi penting.
“Tak tahu kenapa, nurse. Tiba-tiba saja dia cakap tak sihat. Lepas tu terus pengsan,” balas Ameal sambil menahan rasa lenguh di tangan kerana mencempung Dhia.
“Tengah hamil kut?” Jururawat itu membuat andaian sendiri.
Dalam keadaan runsing begini, hendak juga terlepas tawa Ameal bila mendengar ujaran jururawat itu. Kahwin pun tidak, keluar cerita mengandung pulak? Apa hal?
“Tak apa. Kita bawak jumpa doktor dulu. Biar doktor periksa,” ulas jururawat itu lagi. Dia kemudian menolak pintu bilik rawatan untuk membantu Ameal membolosinya.
Seketika Ameal terhenti. Dia berpaling melihat kepada pemandu teksi yang masih berdiri di tepi pintu utama. Barangkali menunggu wang sewaan teksinya. “Saya nak jumpa doktor sekejap. Awak tunggu dulu ya. Kepas ni saya nak awak hantar kami ke hotel.”
Pemandu teksi itu mengangguk tanda setuju.
Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan Dhia tidak mengalami apa-apa penyakit. Cuma tekanan darahnya saja sedikit tinggi. Degup jantung gadis itu juga lebih pantas dari biasa. Yang lain-lainnya normal. Sebaik mendengarnya, barulah hati Ameal rasa lega. Punca kenapa Dhia boleh pengsan tidak dapat dipastikan. Ujar doktor, mungkin Dhia tersalah makan. Elergi. Mengapa dan kenapa Dhia tiba-tiba tidak sedarkan diri itu, Ameal tidak mahu ambil pusing. Apa yang lebih peting keadaan Dhia baik. Tak perlulah dia kerah otaknya berfikir sampai pecah kepala mencari alasan untuk menjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada Dhia. Selepas mengambil ubat dan membayar bil rawatan, Ameal sekali lagi mencempung tubuh Dhia. Dia menuju ke teksi tadi. Pemandunya masih setia menunggu di luar klinik.
“Hantarkan saya ke Hotel Metro Inn, Jalan Dua.”
Pemandu itu mengangguk kepala sebelum membantu Ameal masuk ke dalam perut teksi di kerusi belakang. Dhia masih tidak sedarkan diri. Seperti tadi juga, Dhia dibaringkan dan kepalanya beralaskan peha Ameal. Sambil mengusap lembut rambut Dhia, matanya ralit meneliti setiap inci raut wajah gadis itu. Mungkin wajah ini tidak secantik perempuan-perempuan yang dia kenal. Tidak sejelita Marissa, seayu Tina, seanggun Emalin atau serupawan Liyana. Tetapi iras gadis itu masih manis. Sejuk matanya memandang.
Sampai di perkarangan hotel, selepas membayar wang sewa teksi, Ameal memanggil seorang kakitangan wanita untuk membantunya membawa Dhia ke bilik. Tangannya sudah tidak mampu mengendong tubuh kurus Dhia. Dia perlukan bantuan seseorang untuk sama memapah Dhia. Tiba dibilik, Dhia dibaringkan ke atas katil.
“Terima kasih cik tolong saya,” ucap Ameal kepada pekerja wanita itu.
“Encik nak apa-apa lagi? Boleh saya dapatkan,” soal petugas itu menawarkan lagi bantuannya.
“Tak apa. Saya dah bawak dia ke klinik tadi. Mungkin sekejap lagi dia okeylah ni.”
“Kalau macam tu, saya keluar dulu encik. Kalau ada apa-apa, encik telefon saja room service,” balas petugas itu.
“Baiklah.” Lantas Ameal mengiringi pekerja itu ke pintu. Selepas pekerja itu keluar, Ameal merapatkan daun pintu dan kembali mendapatkan Dhia. Kasut yang tersarung di kaki Dhia ditanggalkan. Kemudian dia perhati keadaan Dhia.
“Takkan nak biarkan dia macam ni? Baju dah basah dengan peluh. Karang, tak pasal-pasal demam pulak. Habis tu macam mana?” Ameal bermonolog sendiri.
“Ah! Tinggalkan sajalah dia.” Ameal teringatkan adik Firdaus. Mungkin dia boleh pergi melawat sekejap lagi melihat bagaimana keadaan adik kawannya itu. Kaki bergerak ke pintu. Baru beberapa langkah, susunan kakinya terhenti. Tubuh berpaling semula melihat Dhia.
“Nak tinggalkan dia macam tu saja ke? Kalau jadi apa-apa macam mana?” tukas Ameal lagi. Berat rasa hati ingin meninggalkan Dhia. Sudahlah gadis itu masih tidak sedarkan diri. Kasihan pula melihatnya.
“Kalau aku tinggalkan dia dan jadi apa-apa dekat dia, aku yang kena jawab nanti.” Ameal masih berbicara sendirian. Selepas berulang kali berfikir, akhirnya dia memutuskan untuk bersama Dhia. Biarlah dia berjaga sepanjang malam memantau keadaan Dhia. Tak mahu menyesal di kemudian hari jika berlaku sesuatu kepada Dhia Melati.
Ameal berlalu ke bilik air selepas mencapai sehelai tuala kecil di penyidai. Tuala itu dibasahkan dan kemudian diperah. Ditinggalkan tuala itu di atas meja sisi di tepi katil. Dia bergerak pula ke almari pakaian. Pakaian Dhia yang bergantungan diperhati. Dibelek setiap pakaian itu untuk mencari yang bersesuaian. Namun tidak ditemui. Ameal beralih pula kepada pakaian yang berlipat. Dia tersenyum kala tangannya mencapai sehelai pijama.
“Sungguh macam budak-budak Ribena betul! Baju tidur gambar kartun? Hello Kitty pulak tu! Cubalah pakai nightie yang berenda dan bertali halus. Barulah seksi. Memang kampung betul!” komen Ameal.
Pijama itu dibawa bersamanya menghampiri Dhia dan diletakkan di atas katil. Punggung dilabuhkan di sisi Dhia. Diambil tuala kecil tadi dan perlahan-lahan disapu ke seluruh muka Dhia. Selesai di muka, dia beralih pula ke tangan Dhia. Habis di tangan, tanpa berkira-kira dan berfikir panjang, jari-jemari Ameal pantas membuka butang baju blaus yang dipakai oleh Dhia. Selepas lima butang baju dibuka, tak semena-mena jarinya menjadi kaku. Dia berfikir sejenak. Selepas beberapa saat berlalu, dibatalkan niatnya sebentar tadi. Rasa tidak wajar pula dia buat begitu.
Tiba-tiba pintu bilik kedengaran diketuk bertalu-talu. Hati Ameal terdetik. Rasanya dia tidak memanggil room service. Birai katil lantas ditinggalkan dan berjalan menghampiri pintu. Tombol ditarik perlahan. Saat pintu dikuak luas, Ameal terpaku. Beberapa orang lelaki yang memakai ves serta songkok dan berseragam polis berdiri di luar pintu bilik.

13 comments:

  1. Ooo..itu rupanya citernya... kena perangkap ler ni... mujur kena ngan Ameal...klu ngan Firdaus?.. lg haru....

    ReplyDelete
  2. Ooo..itu rupanya citernya... kena perangkap ler ni... mujur kena ngan Ameal...klu ngan Firdaus?.. lg haru....

    ReplyDelete
  3. adoyaiii....tulah nasib baik dgn ameal...melepas lah marissa dgn firdaus

    ReplyDelete
  4. Best best best... Bukan Firdaus..

    ReplyDelete
  5. Padan muka firdaus..
    tapi mcmane dhia bleh pangsan?
    Dan kemane hilangnya firdaus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...
      timbul persoalan dekat situ kan...?
      nak tahu apa yg jd sebenarnya... kita doa sama2 ya
      supaya semuanya dipermudahkan
      dr proses edit ni sampai lah ke jilid nnti
      mekasih ya... sudi follow crite ni...
      muahsss

      Delete
  6. Padan muka firdaus..
    tapi mcmane dhia bleh pangsan?
    Dan kemane hilangnya firdaus?

    ReplyDelete
  7. Padan muka firdaus..
    tapi mcmane dhia bleh pangsan?
    Dan kemane hilangnya firdaus?

    ReplyDelete
  8. Padan muka firdaus..
    tapi mcmane dhia bleh pangsan?
    Dan kemane hilangnya firdaus?

    ReplyDelete
  9. Ohmai.....camne ni....adessss ....pening2....

    ReplyDelete