“Masa hantar air ni nanti, aku mesti bagitau dia aku tak puas hati dengan perangai dia tu. Kalau banyak
sangat bunyi, memang confirm aku
mandikan dia dengan kopi-O.”
Selesai membancuh air, Dhia menuju ke pejabat Ameal.
Tanpa mengetuk dia terus menolak daun pintu dan melangkah memasuki pejabat
Ameal. Air yang ditatang di dalam dulang kecil memercik keluar dari mug akibat hayunan langkah yang disusun
laju. Letak saja dulang itu di atas meja Ameal, Dhia menarik nafas dalam-dalam
dan... “saya dah seminggu simpan perasaan saya ni. Kali ni, saya dah tak tahan
dah. Saya nak luahkan. Lagi saya simpan, lagi sakit hati saya. Tak tentu arah
hidup saya. Tak teratur kerja-kerja saya, masa saya, waktu rehat saya...”
“Kenapa? Awak dah tak sanggup nak simpan perasaan awak
yang sukakan saya tu?” pangkas Ameal pantas dengan nada suara penuh selamba.
Anak matanya tidak beralih. Masih melekat kepada paparan di skrin komputer.
Erk! Dhia
terkedu. Apa kena mamat ni? Sawan ke
apa?
“Bila masa pulak
saya simpan perasaan? Mana ada saya sukakan encik? Encik Ameal jangan melalut
boleh tak?”
“Habis?” suara Ameal sepatah. Muka tidak beriak. Dia
masih setia melihat skrin komputernya.
“Saya ni menyimpan perasaan marah... Dah seminggu saya ni
jadi macam kuli encik.”
“Memang betul pun awak tu kuli saya. Bukan ke gaji awak
tu, syarikat papa saya yang bayar?”
Eh eh eh mamat ni...
Dah mula main kasar nampak! Ini yang pantang ni. Bercakap berbaur menghina saja.
“Ya betul! Gaji saya, syarikat papa encik yang bayar. Bukan syarikat encik.
Jadi, saya ni secara khususnya kuli papa encik. Bukannya encik.”
“Bukan sama makna ke?” soal Ameal sarkastik.
Bibir Ameal yang mengukir senyuman sinis amat menyakitkan
hati Dhia. Dia rasa nak cepuk saja mulut lelaki tu. Arggghhh... Ini yang nak bertukar jadi hijau macam Incredible Hulk ni!
“Tak kiralah kuli sesiapa sekali pun. Saya cuma nak cakap...,
walaupun saya ni kuli, encik tak bolehlah nak arah-arah saya sesuka hati encik.
Saya ada pengurusan kerja saya sendiri. Saya bekerja ikut priority. Mana yang penting saya dulukan. Ini tak, encik sesuka
hati saja suruh saya jump-jump
kerja-kerja saya. Buat report itulah,
buat report inilah. Lepas tu bawak saya route tour satu factory.
Pergi makan sana, pergi minum sini. Dah tu, tak nak pulak bercakap dengan saya. Apa, encik ingat saya ni bodyguard encik ke apa? Lagi satu, meja
saya tu bukannya papan kenyataan tau. Habis encik tampal kertas memo. Apa
susahnya nak bercakap dengan saya? Takkan masih marah lagi kut pasal lipas yang
saya letak dalam beg Encik Ameal hari tu?” leter Dhia tanpa henti. Naik semput
nafasnya bila bercakap laju-laju tidak menghela cukup oksigen ni.
“Ooo... Awak mengakulah, yang lipas tersesat dalam beg
gim saya hari tu awak punya kerja?” Ameal memandang tepat ke muka Dhia. Berubah
wajah gadis itu ketika ini.
Alamak! Dah terlepas cakaplah... Dhia mengumam bibir.
“Aaa... Eee... Sssaya...” Dhia hilang
perbendaharaan kata. Matanya terkebil-kebil melihat Ameal. Rasa serba salah
tersilap bersuara. Tersebut apa yang tidak patut. Aduhhh... habislah aku. Mulut
ni pun satu la..., cabul sangat. Masaklah aku lepas ni.
“Masih ada lagi ke perasaan yang awak simpan? Nak cakap
apa-apa lagi?”
“Tak... Sssaya cuma nak cakap saya tak puas hati saja,”
balas Dhia perlahan. Sayup-sayup terdengar di telinga Ameal.
“Tak puas hati?! Saya pun tak puas hati dengan awak jugak. Awak malukan saya depan mak dan
ayah hari tu, macam mana? Kalau ikutkan rasa tak puas hati saya ni, nak saja
saya telefon mak dan ayah. Bagitau
pasal lipas tu awak yang punya kerja. Awak nak ke saya bagitau mak dan ayah?”
Alahhh... ni yang malas ni. Dah main ugut-ugut pulak... Tunggu apa lagi Dhia? Blah la... “Saya keluar dululah Encik
Ameal. Nanti kalau ada apa-apa lagi, tulislah atas kertas memo. Tampal saja
dekat meja saya tu. Masih banyak lagi tempat kosong boleh encik tampal. Encik
Ameal suruh saja saya buat apa-apa kerja pun.”
Dhia terus meninggalkan Ameal selepas habis berkata-kata.
Kala kaki Dhia melangkah meninggalkan bilik itu, derapnya bertemankan senyum
kepuasan di bibir Ameal.
bila la agaknya Dhia dgn Ameal ni nk berbaik
ReplyDeleteHehe... aku nak golak baca citer sweet Ameal ngan Dhia ni.
ReplyDeleteHehe... aku nak golak baca citer sweet Ameal ngan Dhia ni.
ReplyDeleteHahaha... Ameal balas dendam kat Dhia sebab malukan dia dkt rumah family Dhia tempohari...
ReplyDelete...hehehe..terhibur baca kisah Ameal-Dhia ni..sweet sngt :)
ReplyDeleteDua2 sengal...hahaha
ReplyDelete