“Lelaki? Papa? Hmm... patutlah mama tak bising aku lambat
turun. Rupanya papa dah tolong.” Tentu papa kasihankan dia bila mamanya memaksa
dia menolong. Papakan arif sangat perangai dia yang tak berapa suka buat kerja
dapur ni. Tak sampai hati melihat anaknya ini dileteri, jadi papa membantu. Sebab
itulah dia lebih rapat dengan papa, kerana papa lebih memahaminya. Di bibir Azizah
tergaris sebuah senyuman. Nanti dia nak peluk papanya erat-erat sebagai upah
menyelamatkan dia dari mama.
Langkah kaki Azizah mati sebaik sahaja dia tiba di muka
pintu dapur. Matanya tunak merenung sekujur tubuh di sisi ibunya. Kelopak mata
terkebil-kebil beberapa kali tidak percaya. Dia tengah mimpi ke apa? Pipi
ditampar kuat. Oish! Sakit! Pipi
diusap. Dia tidak bermimpi.
Mata tidak berkelip memandang susuk tubuh di hadapannya
ini. Sejak bila pula badan papa tegap macam tu? Takkan papa buat body building sekejap sangat? Masa
sarapan tadi tak macam ni pula badan papa. Azizah teliti lagi belakang susuk
itu dari atas kepala hingga ke kaki.
Tiba-tiba satu nama terlintas dibenaknya. Heh! Takkan dia
padang papa dah serupa Iskandar kot? Ish!
Tak mungkin... Bukannya dia anggaukan Iskandar pun, nak pandang semua orang dah
serupa Iskandar. Mata digenyeh. Bimbang dia tersalah pandang. Manalah tahu,
lepas tenyeh biji mata ni, tubuh papa bertukar semula seperti sedia kala.
Erk!
Air liur yang ditelan tersengkang di rengkung. Masih juga
susuk tubuh sasa seperti Iskandar yang berdiri membelakanginya. Iskandar ke?
Tak mungkin! Mata digenyeh lagi. Sampai jadi merah.
“Non cukup tak serai banyak ni?”
Segera Azizah kalih melihat ke pintu belakang. Papanya
berdiri di situ bersama segenggam serai di tangan. Hah! Papa? Jadi lelaki sebelah
mama memang bukan papa. Padangan beralih semula ke tubuh sasa itu.
“Cukuplah banyak tu papa... Banyak sangat serai, karang
kita jadi kambing pula.”
Jelas kedengaran suara lelaki itu di telinga Azizah.
Diselang pula dengan suara tawa papa dan mamanya. Iskandar! Dia memang
Iskandar! Kali ini mata sudah terkebil-kebil tidak percaya.
“Anak dara papa baru turun ke?” Encik Azry melihat kepada
Azizah yang tegak di muka pintu dapur. Puan Ainon dan Iskandar segera
berpaling.
“Tidurlah tadi tu kan?” soal mamanya pula.
Pertanyaan papa dan mamanya itu tidak singgah di kepala
Azizah. Yang melekat dalam otak dia sekarang adalah Iskandar yang sedang
berdiri di hadapannya bersama apron yang tersarung di badan.
Kau orang bayangkanlah muka mamat klon Fahrin Ahmad ni pakai apron. Tak gagah langsung, okeh! Dah macam... hmm... si lembut aku
tu. Macam Azizlah... Siapa lagi...
“Tak apalah mama. Zizah penat berjoging tadi.” Iskandar
senyum kepada Azizah.
Mamat ni datang saja nak tolong mama memasak ke? Kalau tak, macam
mana dia boleh ada dekat dapur ni? Mama panggil dia datang menolong ke apa? Tercetus
pelbagai persoalan di dalam kepala Azizah. Badannya terus tegak seperti sedang
menyanyikan lagu Negaraku.
“Is kan ada. Biarlah Is saja yang tolong mama,” tambah
Iskandar lagi.
Okeh wait!
Bukan ke tadi Iskandar panggil papanya, papa? Dan sekarang ni panggil mamanya,
mama? Sejak bila ni? Panggilan Iskandar kepada mama dan papanya
terngiang-ngiang di tepi telinga.
“Penat apa ke bendanya Is...? Bukan ke Is yang hantar dia
balik tadi? Berjoging sekerat jalan saja. Penat apanya?” usik papanya pula.
What?! Malaun ni cerita dekat papa ke, dia hantar aku balik
tadi? Ceh! Azizah jeling Iskandar. Bengang
dah sampai tahap cipan.
“Tak apalah papa... Takkanlah Is nak biarkan Zizah
pengsan pula tengah jalan tu...”
Uweeekkk... Nak muntah aku. Apa ni...? Mama, papa...? Sejak bila
pula mama aku beranakkan kau? Nama kau tu ber‘bin’kan nama papa aku ke?
Jangankan kata adik-beradik, jadi menantu pun belum lagilah! Mama, papa
sangatlah konon... Pui! Dalam kepala Azizah
asyik memangkas saja kata-kata Iskandar.
Hehhe..klakar la rs zizah ngan iskandar ni..tp.sy masih xleh tgkp..sape hero sebenar citer ni?...Aziz ker Iskandar?...
ReplyDeletehihihi...
DeleteSiapa di hati Zizah?
hope so hero dia Iskandar..n the ending ny jg die dgn is..
ReplyDelete