“Melati..., awak ni kenapa? Dari ofis tadi saya tengok
awak macam ni. Awak fikir apa? Apa yang awak risaukan? Cuba bagitau saya apa masalah awak
sebenarnya?” Ameal berkata perlahan. Entah kenapa dia rasa ada sesuatu yang
mengganggu fikiran Dhia. Bukan budak lelaki petang semalam tu, tetapi perkara
lain. Kerut di dahi Dhia jelas membuktikannya. Terasa kesal pula mendera Dhia
pagi tadi.
Sepanjang Dhia bekerja, inilah kali pertama Ameal
bertutur selembut ini kepadanya. Bagaikan nyanyian berlagu lembut di gegendang
telinga. Sesaat Dhia terleka.
“Melati..., kenapa ni?” tegur Ameal sekali lagi. Bahu
Dhia diusap lembut.
Gadis itu tersentak. Lamunannya terus terhenti. Tangan
Ameal yang singgah di bahu menambahkan kadar denyutan jantungnya. “Mmmak saya,
Encik Ameal. Mak saya demam kuat. Tadi ayah saya telefon bagitau.”
“Awak risaukan mak awak ke?” Tepat tekaannya. Memang
patutlah wajah gadis ini berkerut seribu. Serentak itu, hatinya lega kerana
bukan lelaki itu yang mengganggu fikiran Dhia.
Dhia angguk laju.
“Kenapa awak tak cakap awal-awal? Tak apa, awak tunggu di
sini. Saya jumpa Encik Amin sekejap mintak dia tangguhkan meeting ni. Lepas ni, saya hantar awak balik kampung.” Ameal
beredar meninggalkan Dhia termanggu-manggu di situ.
Biar betul Ameal hendak menghantarnya pulang ke kampung? Dia
tak salah dengar ke? Sebentar tadi, otaknya baru saja terlintas mahu memohon
cuti kecemasan dan minta Ameal menurunkannya di tepi jalan besar ketika dalam
perjalanan pulang ke syarikat nanti. Di situ dia akan menahan bas saja untuk ke
Kuala Pilah. Namun sekarang, Ameal menawarkan bantuan untuk menghantarnya
hingga ke kampung. Baik hati sangat pula? Lelaki tu tengah bermimpi ke apa? Ke buang
tabiat? detak Dhia. Sepuluh minit selepas itu, Ameal sudah pun memandu di atas
jalan raya menuju ke Kuala Pilah.
“Encik Ameal,” panggil Dhia perlahan. Dia beralih sedikit
melihat wajah Ameal.
“Hurm...,”
sahut Ameal. Matanya tekun memandang ke hadapan.
“Saya mintak maaf sebab saya dah menyusahkan encik.”
Sesaat Ameal melihat Dhia. Kemudian dia kembali fokus
kepada pemanduannya. “Susahkan saya? Tak adalah. Awak tak menyusahkan saya.
Saya ikhlas tolong awak.”
“Tapi kampung saya tu jauh encik.”
“Melati..., awak beruntung masih ada mak. Tak macam saya
ni. Mama saya dah lama meninggal. Sejak saya kecik lagi. Bila saya lihat orang
lain ada mama, saya jealous. Saya
selalu bertanya, kenapa tuhan ambik mama saya dari keluarga saya. Saya belum puas
merasa kasih sayang mama. Saya tak berkesempatan berbudi kepada mama. Anggaplah
pertolongan saya ini sebagai membalas budi seorang ibu, walaupun ibu itu adalah
mak awak.”
Dhia terdiam. Hatinya disentuh rasa sayu. Dia memang
sudah mengetahui serba sedikit cerita sedih Ameal dari Liza. Ameal terdiam lama
selepas itu. Seperti ada sesuatu yang difikirkannya.
“Saya nak berkenalan dengan keluarga awak. Izinkan saya
menumpang kebahagian keluarga awak, Melati. Bolehkan?” soal Ameal mendadak.
Dhia terkesima. Bicara
Ameal perlahan tetapi cukup pantas menyelinap ke dasar hatinya. Menyentuh lembut
nalurinya. Ameal di sebelahnya ketika ini, bukanlah Ameal yang dia kenal. Tidak
kasar kepadanya. Tutur Ameal juga tidak lagi menyakitkan telinga, tetapi
menyentuh jiwa. Adakah kerana kekurangan kasih sayang seorang ibu maka Ameal
mahu menumpang kebahagiaan keluarganya, tetapi kenapa nada bicara lelaki itu
kedengaran lain pula dipendengarannya? Apa yang tersirat di benaknya? Apa yang
tersurat di hatinya? Dhia keliru. Kesepian Ameal selepas itu, buatkan Dhia
semakin buntu. Kata-kata Ameal yang terkandung maksud tersembunyi
berlegar-legar di dalam kepalanya. Ingin sekali dia bertanya. Namun dia tidak
berani.
Ameal....dalamnya maksud tu...hihihi...
ReplyDeleteApe yek nak ckp..dah rasa lain mcm ni
ReplyDeleteApe yek nak ckp..dah rasa lain mcm ni
ReplyDeleteApe yek nak ckp..dah rasa lain mcm ni
ReplyDeleteBersahaja..👍
ReplyDeleteAmboi.. Ameal berkobar2 nk jpa bakal mak mertua..
ReplyDeleteAmboi.. Ameal berkobar2 nk jpa bakal mak mertua..
ReplyDeleteAmboi.. Ameal berkobar2 nk jpa bakal mak mertua..
ReplyDeleteAmboi.. Ameal berkobar2 nk jpa bakal mak mertua..
ReplyDeleteAmboi.. Ameal berkobar2 nk jpa bakal mak mertua..
ReplyDeleteAmboi.. Ameal berkobar2 nk jpa bakal mak mertua..
ReplyDeleteBaik ada makna tu....
ReplyDelete