Total Pageviews

Sunday, July 12, 2015

Andainya Cinta Itu Ada - Teaser 53



BERBAKI 2 N3 TEASER “ACIA” SELEPAS INI ADALAH HADIAH HARI RAYA UNTUK READERS(x2) SAYA YANG SANGAT SAYA SAYANG. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN SEMUA MENJADI FOLLOWER DAN PEMBACA SETIA “ACIA”. KITA DOAKAN BERSAMA SEMOGA “ACIA” BERTEMU KITA DALAM VERSI JILID.
BUAT SEMUA READERS, BOLEH TAK TINGGALKAN ADD. F/B DI RUANG KOMEN UNTUK MEMUDAHKAN SAYA PERSONALLY PM KORANG UNTUK SEBARANG BERITA TERKINI? (bagi korang yg belum melakukannya. Yg dah buat, terima kasih banyak2. Saya akan simpan record...) OR APA CARA YANG DIRASA BAIK UNTUK SAYA MUDAH MEMAKLUMKAN KEPADA KORANG SEBARANG INFO TERBAHARU. SAYA TIDAK MAHU KORANG TERTINGGAL ANY NEW INFO WALAUPUN SORANG. SAYA SANGGUP TAG NAMA SORANG2 (BIARPUN BERIBU NNTI… KIKIKI… PERASAN BERIBU… KAN?) INI ADALAH CARA SAYA UNTUK MEMBALAS SEGALA SOKONGAN ANDA UNTUK BLOG QFT INI.
MEKASIH BANYAK2 KORANG… SAYANG SEMUA KETAT2…  



Hari ini masuk hari ketiga mereka di sini. Kalau tiada masalah baharu, esok pagi-pagi mereka akan bertolak pulang ke Senawang. Dhia tarik nafas lega. Tak lama lagi, bolehlah dia hirup udara dengan penuh selesa. Manakan tak semput nyawanya, terpaksa bersama dua orang lelaki yang perangai hampir serupa. Ameal dengan perangai poyo dia tu. Nak Dhia sentiasa ada di sisi, tetapi masih berat mulut hendak berbunyi. Firdaus pun sama juga. Selalu nak menempel dekat Dhia saja, tetapi mulutnya pula buat Dhia rimas hampir nak lemas. Ada saja yang ditanya. Yang peliknya, rajin pula Ameal mencelah menjawab soalan Firdaus bagi pihak Dhia. Seolah-olah mahu menjauhkan Dhia dari Firdaus. Gaya macam orang jealous saja.
“Meal, malam ni kau belanja kita orang makan ya? Asyik makan dekat hotel saja. Muaklah tekak aku. Adik aku kata, dekat Arau ni ada satu tempat makan yang best,” cadang Firdaus berbentuk permintaan ketika mereka bersama melangkah masuk ke dalam perut kereta setelah habis waktu kerja.
“Adik kau yang belajar dekat UITM Arau tu ke?”
“Ya. Adik aku yang itulah.”
“Kau tak nak pergi jumpa dia?” getus Ameal pula.
“Malaslah. Aku baru kirim duit dekat dia minggu lepas. Nanti pergi jumpa dia, tentu kena paw lagi. Dia tak tahu aku ada dekat sini. Babah dan umi aku tahulah,” balas Firdaus disertai tawa kecil Ameal. Dhia merungut dalam hati. Huh! Dengan adik sendiri pun kedekut. Apa punya spesies abanglah ni?
“Okey, malam ni lepas maghrib kita keluar. Kau pandu kereta. Boleh? Aku jalan dekat Arau ni tak tahu.”
“Beres bos... Bisa diatur...,” jenaka Firdaus menutupi rasa canggung antara dia dan Ameal. Sekilas matanya melihat kepada cermin pandang belakang mencari biasan wajah Dhia di situ. Malam ini, rancangan yang telah diatur hasil dari idea Marissa akan dilancarkan.
“Kalau saya tak nak ikut, boleh ke Encik Ameal? Saya penatlah,” pinta Dhia. Dia memang tidak mahu ke mana-mana malam ini. Hendak tidur saja di bilik. Makan malam minta room service hantarkan. Semak mata dan otaknya asyik menghadap dua orang lelaki yang sentiasa bikin hati jadi panas ni.
“Ikut sekalilah Dhia. Ini malam terakhir kita dekat sini. Bukan selalu pun kita datang. Dah ada peluang ni, kita pergilah jalan-jalan. Tengok-tengok tempat orang. Lagipun, bos nak belanja. Takkan tak nak pergi?” Firdaus mengubah kedudukan badannya berpaling ke belakang melihat kepada Dhia.
“Bos nak belanja ke, atau kau yang mintak bos belanja?” Dhia berbahasa sedikit kasar. Matanya dibuangkan ke luar kenderaan memerhati keadaan bandar Arau yang waktu ini tidak sesibuk bandar Seremban. Lebih-lebih lagi pekan Senawang. Kalau waktu orang habis kerja, berengsot kereta bergerak di atas jalan raya.
“Sama saja. Saya tahu lepas maghrib nanti, awak dah ada di lobi hotel,” tegas Ameal bersuara. Dhia terus diam. Penat otak dan tubuh menumpulkan nafsunya untuk berlawan kata dengan lelaki itu.
Selepas waktu maghrib, hampir pukul lapan malam, Dhia turun ke ruang lobi hotel. Ameal dan Firdaus sudah bersedia menunggunya di situ.
“Kenapa lambat sangat?” Ameal menyoal bersama wajah mencuka.
“Tertidur lepas maghrib tadi,” Dhia membalas hendak tidak hendak. Kalau ikut rasa hati, memang dia mahu terus berkubang saja di atas katil.
“Jomlah kita gerak sekarang. Kalau lambat, susah nak dapat tempat duduk dekat restoran tu,” gesa Firdaus. Kakinya melangkah mendahului Ameal dan Dhia.
Setengah jam kemudian, Firdaus, Ameal dan Dhia tiba di sebuah restoran makanan Thai. Ingatkan apa yang special sangat. Kalau setakat restoran Tom Yam macam ni, dekat Seremban pun bersepah, Dhia menggumam geram.
“Restoran Thai ni tak sama dengan restoran Thai dekat Seremban,” beritahu Firdaus tiba-tiba. Seakan-akan sedang menjawab rungutan hati Dhia sebentar tadi. Dhia menjeling sekilas. Apa yang tak sama? Dia tengok serupa saja.
“Restoran ni menyediakan makanan asli Thai. Original resepi. Tak ada sebarang perubahan ataupun ditokok tambah. Makanan laut bakarnya pun sedap. Fresh dari laut. Yang penting murah,” terang Firdaus menjadi pemandu pelancong tidak bertauliah.
“Bagus jugak kau bawak aku dekat sini, Fir. Aku pun dah lama tak pekena Thai seafood ni.” Ameal sudah mula menelan liur. Keenakan Tom Yam dan Som Tam bagai sudah terasa di tekaknya. Dhia tersengeh menyampah.
“Dah lama jugak tak pekena...,” bisik Dhia mengajuk cakap Ameal disertai memek muka. Mamat ni mesti tak tahu, original resepi makanan Thai kalau tak biasa, memang tak boleh makan langsung. Terlalu pedas dan terlampau masam. Bolehlah tengok muka mamat ni berkedut seribu macam asam gelugor kecut sekejap lagi. Silap haribulan kalau perut tak tahan, boleh cirit melancur sepuluh kali.
“Kenapa Melati? Awak ada masalah?” serkap Ameal sewaktu terlihat Dhia buat muka.
“Masalah? Mana ada?” Kembali ayat bertanda soal itu dipulangkan kepada Ameal. Firdaus memerhati. Dalam tiga hari ini, dia dapat lihat ada yang tidak kena hubungan antara Ameal dan Dhia Melati.
Tidak peduli dengan renungan Ameal, Dhia melangkah mendahului dua jejaka itu masuk ke dalam ruang restoran. Dia memilih tempat yang dirasakan sesuai untuk dirinya. Mamat dua ekor tu, kalau nak ikut, ikutlah. Kalau tak, pergilah cari tempat duduk sendiri. Sewaktu Dhia mencecahkan punggungnya ke kerusi, ekor matanya terlihat Ameal dan Firdaus serentak menarik kerusi di sebelahnya. Dhia buat tidak tahu. Dalam hati, mengeluh juga. Tak faham dengan perangai dua orang manusia ini. Seperti nak berebutkan dia pula.

5 comments:

  1. Tak sabo ni.. nak tunggu lg 2 teaser.. lg x sabo tunggu versi.full cetakan.. mesti gempak...

    ReplyDelete
  2. JunaidahNadzri@facebook.com
    Junaidah Nadzri PNM

    ReplyDelete
  3. Hhhmmm..dua2 tgah rebut hati dhia..
    ape la rancangan firdaus ni...

    ReplyDelete
  4. Hhhmmm..dua2 tgah rebut hati dhia..
    ape la rancangan firdaus ni...

    ReplyDelete