“Awak marah saya panggil awak sayang? Awak dua kali
pengsan tadi, pasal tu ke? Awak pengsan sebab sebelum ni, belum pernah ada
orang panggil awak sayang? Ke..., awak seronok sangat bila saya panggil awak
sayang? Seronok sampai awak pengsan?”
Ceh! Ini soalan berbentuk apa ni? Inginkan penjelasan,
kepastian atau soalan cacian? Dahlah soalan merapu. Panjang meleret. Iskandar
dipandang penuh jelik.
“Awak ingat saya ni koman sangat ke? Sampai nak pengsan
bila awak panggil saya sayang. Buat pengetahuan awak, ramai lelaki yang panggil
saya sayang tau!” Memang betul pun. Bukan dia auta. Di tempat kerjanya, ramai
juga yang memanggil dia sayang. Baik lelaki, baik perempuan.
“Saya mengusik awak saja tadi... Saja nak bergurau.”
Haih! Memang nak juga dia silatkan mamat ni. Bibir atas bawah sudah diketap kuat.
“Apa? Bergurau?” Puas Azizah menahan intonasi suaranya
agar tidak terlalu kuat. Sedangkan kemarahannya ini dah jauh melambung tinggi. Bimbang
sampai ke pendengaran papanya. Nanti kena marah lagi.
“Sekarang awak pilih. Nak tangan saya hinggap ke muka
awak ke, ataupun kaki saya terbang ke anu awak?” Suara Azizah dalam nada tertahan-tahan.
“Ish! Garangnya
awak ni... Sanggup ke awak terbangkan kaki awak ke anu saya ni?” Anak mata
Iskandar mengerling sedikit ke bawah.
“Hujung-hujung nanti, awak juga yang tak merasa.”
Iskandar berseloroh.
What?! Hoi! Mamat ni,
buat gurauan 18SX ke apa?
“Apa awak cakap?” Tangan diangkat tinggi. Penumbuk sudah
dikepalkan. Memang ada yang bertelur di dahi sekejap lagi ni.
“Shhh...”
Muncung Iskandar jadi panjang.
“Papa dan mama awak, kan ada dekat sana.” Anak mata
Iskandar mengerling pula kepada Encik Azry dan Puan Ainon di ruang rehat.
“Saya ni bakal menantu kesayangan mereka tau. Kalau
berani, cubalah awak pukul saya.” Iskandar sengih nakal.
Cepat Azizah tersedar. Dalam hati tidak henti-henti
menggumam geram. Kalaulah tidak kerana mama dan papanya ada di situ, memang
selamat dahi mamat ni tumbuh telur.
Tangan diturunkan lalu mengurut di dada. Meredakan bara di dalam hati yang
terasa sudah terbakar ini. Menambak sabarnya yang semakin terhakis.
“Awak sakit dada pula ke? Nak saya urutkan?”
Tangan Iskandar seperti mahu singgah ke dadanya. Spontan
kaki Azizah menendang kuat. Tepat ke tulang kering keting lelaki itu.
“Aduh!” Iskandar terjerit. Disertai dengan muka
menyeringai menahan sakit.
“Padan muka! Berani awak buat gangguan seksual dekat saya.
Kerja lain tak ada. Asyik nak menyakitkan hati saja. Ingat saya tak berani pukul
awak” Azizah tersengeh sinis.
Amboi garangnya azizah..
ReplyDeleteTapi kan, nape dia xsuka sangat dgn iskandar.
Amboi garangnya azizah..
ReplyDeleteTapi kan, nape dia xsuka sangat dgn iskandar.
suka menyemak, tu yg jijah x suka
Deletekikiki