BERBAKI 3 EXTRA N3
TEASER “ACIA” SELEPAS INI ADALAH HADIAH HARI RAYA UNTUK READERS(x2) SAYA YANG
SANGAT SAYA SAYANG. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN SEMUA MENJADI FOLLOWER DAN
PEMBACA SETIA “ACIA”. KITA DOAKAN BERSAMA SEMOGA “ACIA” BERTEMU KITA DALAM
VERSI JILID.
BUAT SEMUA
READERS, BOLEH TAK TINGGALKAN ADD. F/B DI RUANG KOMEN UNTUK MEMUDAHKAN SAYA
PERSONALLY PM KORANG UNTUK SEBARANG BERITA TERKINI? OR APA CARA YANG DIRASA
BAIK UNTUK SAYA MUDAH MEMAKLUMKAN KEPADA KORANG SEBARANG INFO TERBAHARU. SAYA
TIDAK MAHU KORANG TERTINGGAL ANY NEW INFO WALAUPUN SORANG. SAYA SANGGUP TAG
NAMA SORANG2 (BIARPUN BERIBU NNTI… KIKIKI… PERASAN BERIBU… KAN?) INI ADALAH
CARA SAYA UNTUK MEMBALAS SEGALA SOKONGAN ANDA UNTUK BLOG QFT INI.
MEKASIH BANYAK2
KORANG… SAYANG SEMUA KETAT2…
Butang huruf dan nombor pada papan kekunci ditekan satu
persatu. Hilang segala semangat berkobar-kobarnya hendak menyelesaikan segera
laporan-laporan yang diminta oleh Ameal pagi tadi. Padamkan sajalah niat nak
pulang ke kampung tu, detak Dhia. Cadangan Encik Aidil yang berupa satu arahan
kepadanya, menghalang rancangannya itu. Rasa tidak sedap hati ketika Encik
Aidil beritahu mahu berjumpa dia dan Ameal memang berasas. Seketika dia
teringatkan kembali perjumpaan tadi.
“Kenapa Meal tiba-tiba kena pergi sana pulak papa?”
Pandangan Dhia berlegar di antara Ameal dan Encik Aidil.
Benaknya tertanya-tanya, apa relevannya dia perlu berada di sini. Di
tengah-tengah perbincangan ini.
“Habis tu, takkan papa pulak yang kena pergi sana? Papa ni dah tua Meal. Mana larat nak travel,” sanggah Encik Aidil.
“Maksud Meal, takkan dia orang tak ada orang nak settlekan masalah tu?”
Dhia masih menunggu jawapan apa perlu dia berada di situ.
“Meal... Dia orang tu kan sub-con baru kita. Mungkin ada masalah pada machine. Ataupun mungkin ada material
problem. Itu sebablah papa mahu Meal dan Firdaus pergi sana. Teliti dan
selidik apa sebenarnya masalah mereka. Lagipun, Firdauskan baru balik dari
Jepun. Mungkin dia boleh cari jalan penyelesaian masalah mould mark pada casing table
clock tu,” ujar Encik Aidil. Dia tahu, rancangan ini memang mendadak.
Hendak tidak hendak, Ameal terpaksa juga pergi. Kalau tidak nanti terganggu production planning dan delivery schedule mereka.
“Firdaus saja pergi tak boleh ke?” tebak Ameal.
“Papa nak biarkan Firdaus pergi berdua dengan Dhia saja
ke?”
Dhia mematikan anak mata kepada Encik Aidil apabila
lelaki separuh umur itu menyebut namanya dan Firdaus. Mungkin ini adalah
masanya untuk dia pula bertanya.
“Kenapa saya pun kena pergi Encik Aidil?” Dhia menyoal.
“Awak kena pergi sebab saya mahu awak buat analisa
masalah mereka. Summarizekan
data-data output, material usage, goods
dan reject production mereka. Nanti
kita boleh post-mortem masalah dan S.O.P mereka. Saya tahu awak mahir dalam
hal ni. Sebab tu saya mahu awak pergi sekali.”
Dhia angguk tanda faham. Namun dada masih berdebar. Yang
buat dia susah hati adalah pemergiannya ke Arau, disertai oleh Firdaus.
“Inilah payahnya kalau ambik sub-con jauh-jauh. Bila ada masalah dah susah. Nak kena pulak pergi sana. Bukannya dekat. Hujung
Malaysia tu papa...,” rungut Ameal. Menyesal juga bersetuju dengan cadangan
papanya dahulu untuk mencari sub-con
baharu bagi projek terbaharu syarikat mereka.
“Nak buat macam mana Meal... Kita terpaksalah cari
alternatif untuk mengurangkan kos pengeluaran. Sudah mereka saja yang
menawarkan harga paling rendah dan kualiti yang baik untuk produce barang-barang kita,” ungkap Encik Aidil.
“Nak tak nak, Meal, Dhia dan Firdaus kena pergilah ni?”
Ameal bertanya. Encik Aidil Amri mengangguk perlahan.
“Bila kami kena pergi?” Ameal mengalah. Nampaknya,
terpaksa juga dia ke Arau tanpa relanya. Tetapi tidak mengapa, Dhia Melatikan
turut serta. Tiba-tiba terbit pula satu rasa di hatinya. Rasa apakah itu?
“Besok pagi. Hari Isnin Meal boleh pergi ke syarikat tu.”
“Baiklah papa.” Ameal akur.
Dhia pula rasa macam dah nak tersungkur. Nampaknya dia
terpaksa melalui beberapa hari yang akan datang bersama dua orang lelaki yang
tentunya membuatkan hidupnya seperti berada dalam kubur!
x sabar nak tgu versi cetak bertambah menarik n berdebar ni. nanti jgn lupa tag akak ya my fb ruhaya isnin
ReplyDeleteokey kak tuhaya
Deletemekasih ya kak...
muahss
Fb aien c sary :)
ReplyDeleteokey...
Deletesaya simpan record
mekasih tau... muahssss
fb saya Azu Taib..tq
ReplyDeleteokey azu...
Deletemekasih sudi follow ya...
sayang dier...
Sy pn nk gak tau next entry😊.fb sy nuremie ezara
ReplyDeleteaz...
DeleteN3 setiap hari pd pkul 3 hingga 14/7
lpas raya N3 utk crite baru
ada news terkini untuk karya akak, akak akn tag awak ya...
mekasih sudi follow QFT
muahhsss
Mmmm....sedap2 baca nk kena tunggu next teaser..aduiyai
ReplyDeleteFb= NurJannah Sulaiman
ReplyDeleteADD FB : Norhaizan binti Zakaria
ReplyDeletefb Zuraini Zainal Abidin
ReplyDeleteFb....ijadanwar...
ReplyDeleteFb...mastura kaisara
ReplyDelete