Total Pageviews

Wednesday, July 1, 2015

Andainya Cinta Itu Ada - Teaser 42





“Hai Fir! Bila sampai dari Jepun?” Dipeluk sekejap tubuh lelaki itu.
“Pagi semalam. Aku baru nak jumpa kau. Nak submit Training Progress Report ni,” balas Firdaus. Fail yang berada di dalam tangannya ditayang di depan Ameal. Seketika pandangannya tertumpu kepada sisi wajah gadis yang terlindung di belakang Ameal.
Welcome home! Tak apa, kau simpan dulu TPR ni. Petang nanti, lepas aku balik dari Tegas Setia kita meeting. Okey?”
“Okey. Petang nanti kita jumpa.” Mata Firdaus masih tidak berganjak dari melihat sisi wajah gadis yang sedang mengelamun itu. Rautnya seperti dia kenal.
“Aku pergi dulu. Dah terlewat ni.” Ameal menepuk bahu Firdaus beberapa kali.
Firdaus hanya mengangguk. Selepas Ameal dan gadis itu hilang di balik dinding tangga, dia menghampiri Marissa di mejanya. “Is, siapa budak perempuan yang dengan Ameal tu?”
PA dialah!” Marissa membalas acuh tidak acuh. Sebut sahaja tentang budak perempuan sememeh tu, hati dia terus jadi sakit.
You tak jadi secretary Ameal lagi ke?” Firdaus memandang Marissa pelik.
“Itu dulu... Sebulan yang lepas. Sebelum kau pergi Jepun. Sekarang ni Ameal dah ada PA sendiri. Papa Aidil yang ambik. Aku sekarang ni full time secretary papa Aidil saja.” Marissa mencebek. Entah kepada siapa dia buat muka. Dhia bukan ada di situ pun. Takkan kepada Firdaus yang tidak ada kena mengena ni pula.
“Oh! Ya ke? Siapa nama dia?”
“Dhia Melati. Kenapa? Kau pun berkenan dengan budak tu jugak ke?”
“Siapa nama dia? Dhia apa?” soal Firdaus sekali lagi. Mahu memastikan yang dia tidak tersalah dengar.
“Kau ni, sejak balik dari Jepun dah jadi pekak ke?” rengus Marissa. Dia sudahlah menyampah, lagi hendak sebut nama perempuan tu berkali-kali? Huh! Alergi!
“Kurang jelas. Bukan pekak. Siapa nama dia tadi?” Kalau betullah itu gadisnya, memang dia tak sangka mereka akan jadi rakan sekerja. Kuat jodoh mereka nampaknya. Tetapi bagaimana dengan Juwita?
“Dhia Melati lah... Dah! Jangan tanya aku banyak-banyak kali. Buat sakit hati saja. Jangan kau cakap dekat aku, kau pun suka budak tu sama macam Ameal!” Marissa mengambil sebuah fail di rak sebelah meja, lalu dihempas di hadapannya. Fail itu dibuka dan diselak kasar. Tak pasal-pasal fail itu menjadi mangsa tempat dia melepaskan geramnya.
“Dhia Melati?!” Jadi, tidak salah mata dia melihat tadi. Itulah bakal Mrs. Firdausnya. Hampir dia tidak perasan kerana Dhia sekarang sudah berhijab, tapi..., apa maksud Marissa melarang dia suka kepada Dhia? Apa, Ameal dah tersangkut dengan Dhia ke? Sebab itu Marissa marah-marah bila sebut tentang Dhia? Kalau betul, ini tak boleh jadi ni... Dia kena tolak tepi soal Juwita. Dhia Melati perlu dimenangi.
Dan selepas itu Firdaus tidak sabar-sabar menunggu hari menjelang petang.

5 comments:

  1. alamak ada persaingan nampak. Dulu buang Dhia sekarang nak balik.. adus. complicated nampaknyer...

    ReplyDelete
  2. Bestnyerrr...x sabar nak baca Bab seterusnya

    ReplyDelete
  3. Wah... dah makin havoc ni...menambah perasa perisa..rempah ratus dlm citer ni Qaseh Farina.. next teaser...pls..pls.. tapi nak recall balik.. kena baca semula bab 1 Firdaus ni.. kwn kolej Dhia yek....hahahha.. alasan nak ulang baca ni...

    ReplyDelete