“Biar betul mamat
ni? Dia ni ada penyakit bulan mengambang ke? Pantang bulan mengambang, gila pun
datang. Sudahlah malam tadi bulan muncul penuh sedulang. Janganlah time ni jugak kau nak buat perangai meroyan kau mamat oi! Mak ayah aku nampak karang, tak pasal-pasal kau kena
kejar dengan parang,” getus Dhia sendirian.
“Encik Ameal!” jerit Dhia memanggil lelaki itu, tetapi
panggilannya tidak diendahkan. Ameal asyik berbual dengan kedua adiknya.
“Encik Ameal!” pekik Dhia lebih kuat. Kali ini Ameal
berpaling memandangnya. Dhia menggamit. “Ya Allah! Memang confirm ayah aku kata dia ni gila. Dengan berbaju kemeja, seluar
berlipat paras lutut. Berkaki ayam. Tadi bukan main smart. Sekarang sudah serabai macam orang hilang akal apa hal? Apa
dia buat tadi ni?”
Ameal mengambil kot yang tergantung pada basikal serta
menjinjing kasutnya berjalan menghampiri Dhia. Mukhriz dan Mirzad mengekor di
belakangnya.
“Apalah kak Dhia ni! Kacau daun betul kita orang dengan Abang
Meal bersembang. Abang Meal tengah tunggu turn
nak main tingtinglah,” rungut Mirzad
sebaik sahaja mereka sampai di anjung rumah.
Selesai Mirzad berkata, Dhia terus terburai tawa.
“Aduh! Apa ke senteng sangat otak bos saya ni? Main tingting rupanya tadi. Dah besar panjang
macam ni, main tingting? Lepas tu,
main dengan budak-budak bawah umur pula tu. Lawak. Memang lawak,” ujar Dhia
selepas tawanya sedikit reda. Tidak dapat dia bayangkan, Ameal terlompat-lompat
main Ketingting bersama seluar dan baju masuk pejabat tu.
“Badan gagah perkasa. Muka macho, tetapi peel yang ado...” Ketawa Dhia kembali mengekek.
Ameal merah muka apabila Dhia tidak berhenti
mentertawakannya. “Apa, salah ke saya main tingting
dengan budak-budak ni?!”
“Kau ni apasal
kak? Gelak macam orang gila,” tukas Mukhriz. Diperhati kakaknya yang sedang
menekup mulut menahan saki baki ketawa.
“Bukan akak yang gila. Sebenarnya, bos akak ni yang tak
betul. Dah besar panjang macam galah ni main tingting,” balas Dhia. Memang Ameal ni original made in town betullah!
“Apa salahnya Abang Meal main? Dia pun bukan pernah main tingting,” celah Mirzad pula.
Sekali lagi Dhia terlepas tawa. “Hahaha... Planet mana Encik Ameal duduk? Main tingting pun tak pernah. Hahaha...”
“Puas hati dapat gelak kan saya? Suka hati awak kan,
malukan saya depan adik-adik awak?” Ameal kecil hati. Gadis ini kadang-kadang
memang amat menjengkelkan. Hendak marah ke, ketawa ke langsung tak berkira.
Walhal dia ni seorang bos.
“Dhia! Kenapa ketawa sampai macam tu?”
Ketawa Dhia terus mati apabila ayahnya tiba-tiba muncul
di pintu. Dia berpaling melihat sambil mengulum bibir menahan geli di hati.
“Kata tadi nak jemput bos kamu masuk. Mana dia?” soal
Encik Ibrahim lagi. Dia datang menghampiri Dhia di hujung beranda. Encik
Ibrahim melihat ada seorang jejaka sedang berdiri bersama anak-anak lelakinya
di hadapan Dhia.
“Ayah, inilah bos Dhia. Nama dia Encik Ameal.” Dhia
menunding ibu jarinya kepada Ameal.
“Oh! Encik Bos. Selamat datang ke rumah saya ni. Jemput
masuk Encik Bos.”
Ameal bergerak ke pintu beranda dan diekori oleh Mirzad
dan Mukhriz. Encik Ibrahim dan Dhia menanti di situ.
“Mari masuk Encik Bos.” Encik Ibrahim menghulurkan
tangannya untuk bersalaman dengan Ameal.
“Apa khabar pakcik?” Ameal menyambut huluran tangan itu.
“Baik, baik. Alhamdulillah Encik Bos. Saya sihat. Mak si
Dhia saja yang tak berapa sihat. Marilah masuk dulu Encik Bos,” jemput Encik
Ibrahim sekali lagi. Ketika dia menarik genggaman tangan Ameal untuk membawa
lelaki itu masuk ke anjung rumah, matanya terpaku melihat keadaan Ameal. “Ya
Allah! Kenapa pulak ni Encik Bos?
Macam baru balik dari sawah saja ni?”
Dan Dhia kembali menyambung tawanya. Confirm ayah kata mamat
ni gila!
Says gelak sorang2 kat tempt kerja.
ReplyDeletenak tumpang gelak gak... hehehehe...
Deletetq Nitha sudi baca crite saya ni...
Haha... adus Qaseh Farina..buang tebiat betul Ameal..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAkak yg baca pon kehkehkeh ketawa..
ReplyDeleteAkak yg baca pon kehkehkeh ketawa..
ReplyDelete