“Sayang!”
Iskandar memandang kepadanya. Cepat pula Azizah memandang
ke belakang. Ada orang ke belakang dia ni? Siapa pula yang Iskandar panggil
sayang? Hati tertanya-tanya.
“Pandang belakang buat apa? Awaklah yang saya panggil.”
Azizah kalih melihat Iskandar semula. Senyum kambing
Iskandar setia di bibirnya.
“Siapa?” Dahi berkerut.
“Awaklah... sayang oi... Siapa lagi?”
“Sssaya?” Azizah bular mata. Iskandar panggil di sayang?
Biar benar mamat psiko ni? Azizah
toleh ke belakang sekali lagi.
“Ya sayang... Awaklah... Saya memasak, awak siapkan meja,
ya sayang? Barulah kerjasama namanya. Kenalah praktis dari sekarang. Betul tak
mama, papa?” Iskandar menggiat.
“What?” Nafas
sudah semput. Apabila dia melihat sahaja senyuman pada wajah papa dan mamanya
yang koyak hingga ke pipi itu, Azizah rasa semakin tidak boleh menghela udara.
Oksigen! Oksigen! Tolong... Aku nak oksigen! Depan mama dan
papa aku dia panggil aku sayang. Siot
punya mamat! Sejak bila pula aku
dengan dia dah upgrade? Oksigen!
Oksigen! Aku dah tak boleh bernafas dah ni.
Dalam hati Azizah terpekik terlolong. Tiga saat selepas
itu tidak ada apa lagi yang dia nampak. Gelap gelita! Hitam pekat!
Entah berapa lama dia berada dalam keadaan macam tu.
Sedar-sedar saja, kulit di wajahnya terasa ditampar oleh angin yang agak kuat.
Badan pula berpeluh serta berbahang. Namun kelopak mata masih berat hendak
dibuka. Dengan mata yang terpejam, otak Azizah ligat berfikir. Rasa macam tepi
pantailah pula. Nyaman, berangin, udara panas... Dekat PD ke? Hmm... selesanya.
Tapi..., apasal angin yang bertiup ni
baunya wangi sangat? Dah macam bau perfume
pula.
Eh! Bila masa aku pergi picnic dekat PD hah? Mata segera dicelikkan. Ingin memastikan di
manakah dia berada ketika ini sebenarnya. Sebaik sahaja kelopak mata terbuka
luas, wajah itu yang terpampang di depannya.
Dia lagi?!
Kelam-kabut Azizah bangkit. Apa pula rupanya anak dara
seperti dia elok tidur baring depan lelaki yang bukan muhrim. Pandangan terus
melilau ke sekeliling.
Dekat rumah?!
Bukan tepi pantai Port Dickson rupanya. Dia terbaring
atas sofa di ruang tamu saja. Sambil diperhatikan oleh Iskandar pula tu. Dalam
hati mula ada rasa segan dan malu. Papa dan mamanya duduk di sofa bertentangan
sambil melihat kepadanya. Ada riak cemas di wajah masing-masing.
Macam mana dia boleh terbaring atas sofa ni pula? Pandangan
jatuh ke sofa panjang yang sedang diduduki. Azizah cuba mengingati. Samar-samar
peristiwa di dapur tadi kembali terlayar di benaknya. Semakin lama, semakin
jelas. Alamak! Malunya... Macam mana boleh pengsan pula tadi? Tentu mamat ni sakan gelak kan dia.
Azizah kalih melihat Iskandar semula. Tangan lelaki itu
masih mengipas baju ke mukanya. Patutlah terhidu bau perfume tadi. Nasib baik tak berbau peluh. Azizah ralit meneliti
baju yang berkibar-kibar di depannya. Dan anak matanya terus melekap pada baju
itu. Eh! Macam kenal saja. Sweater
Adidas dialah!
“Bak sini sweater
saya ni!” Pantas tangan Azizah merampas baju di tangan Iskandar.
“Saya tahu ni sweater
awak. Masa hantar awak balik tadi, saya terlupa nak bagi.”
“Mana awak ambik?”
keras Azizah menyoal. Dia tahu baju itu tertinggal di mana, tetapi sengaja mahu
bertanya.
“Kan awak tertinggal baju ni dekat bus-stop pagi tadi? Saya ambik
baju ni sebelum saya kejar awak. Ingatkan nak pulangkan pagi tadi, tapi terlupa.
Saya terbawak balik.”
Okey... Aku faham... Dia yang tolong ambik sweater aku ni. Lepas tu terbawak balik. Tapi yang aku tak faham, kenapa bau sweater ni lain sangat? Bukan bau sweater aku pula tu.
Enggan membiarkan dirinya dihurung dengan pertanyaan,
baju itu didekatkan ke deria baunya untuk mendapatkan lebih kepastian. Dia hidu
sekali. Memang lain baunya. Azizah sedut lagi bau dari baju itu. Kali ini lebih
dalam dan lama.
Memang lain baunya. Apasal
hah? Baju tersebut dibelek bagi memastikan tiada bendasing melekat di situ.
“Saya pakai sweater
awak tu tadi...”
“What?!”
“Walaupun sekejap saja kita berpisah, hati saya tiba-tiba
rindukan sayang. Saya nak sayang sentiasa ada bersama saya. Sebab tulah saya
pakai sweater sayang tu.”
“Hah?!” Azizah kejang. Iskandar asyik panggil dia sayang tu,
satu hal. Iskandar pakai baju dia tanpa izin sampai melekat bau perfume Iskandar yang entah jenama apa
ni, satu hal lagi. Yang lelaki ini kata rindukan dia, nak sentiasa ada bersama
dia, memang betul-betul masalah!
“Sayang tak rindukan saya seperti saya rindukan sayang
ke?”
Nafas sudah mula laju turun naik. Berlumba-lumba masuk
menerusi hidung, dan berlumba-lumba juga keluar dari dua lubang yang sama. Suara
tawa papa dan mamanya kedengaran amat jelas. Kuat pula tu!
Sayang! Rindu! Nak dekat! Apa ni...? Tubuh makin keras.
Dan, buat kali kedua, pandangannya menjadi gelap semula. Dia terus rebah.
Hahahah.. is yg klako
ReplyDeleteBetul2 guna psikologi dia ni..wakaka
ReplyDeleteBetul2 guna psikologi dia ni..wakaka
ReplyDeleteBetul2 guna psikologi dia ni..wakaka
ReplyDeleteKihkihkih..is ni betul2 kenakan zizah..adeii..
ReplyDeleteCian zizah...
ReplyDeleteKena Usik sikit dgn Iskandar terus pengsan..hehehee
Cian zizah...
ReplyDeleteKena Usik sikit dgn Iskandar terus pengsan..hehehee
haha..mmg gile kelakar..
ReplyDelete