Total Pageviews

Friday, July 10, 2015

Andainya Cinta Itu Ada - Teaser 51





EXTRA 5 N3 TEASER “ACIA” SELEPAS INI ADALAH HADIAH HARI RAYA UNTUK READERS(x2) SAYA YANG SANGAT SAYA SAYANG. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN SEMUA MENJADI FOLLOWER DAN PEMBACA SETIA “ACIA”. KITA DOAKAN BERSAMA SEMOGA “ACIA” BERTEMU KITA DALAM VERSI JILID.
BUAT SEMUA READERS, BOLEH TAK TINGGALKAN ADD. F/B DI RUANG KOMEN UNTUK MEMUDAHKAN SAYA PERSONALLY PM KORANG UNTUK SEBARANG BERITA TERKINI? OR APA CARA YANG DIRASA BAIK UNTUK SAYA MUDAH MEMAKLUMKAN KEPADA KORANG SEBARANG INFO TERBAHARU. SAYA TIDAK MAHU KORANG TERTINGGAL ANY NEW INFO WALAUPUN SORANG. SAYA SANGGUP TAG NAMA SORANG2 (BIARPUN BERIBU NNTI… KIKIKI… PERASAN BERIBU… KAN?) INI ADALAH CARA SAYA UNTUK MEMBALAS SEGALA SOKONGAN ANDA UNTUK BLOG QFT INI.
MEKASIH BANYAK2 KORANG… SAYANG SEMUA KETAT2…  



Tubuh dua orang yang baru melepasi mejanya, direnung tajam. Kalaulah renungan itu boleh membunuh, pasti sudah ditikam-tikam gadis yang berjalan di sisi Ameal itu dengan pandangan matanya ini. Biar budak sememeh tu hanya tinggal nama. Tidak lepas mata Marissa memerhatikan kedua-duanya hingga mereka hilang di anak tangga. Dia mendengus. Seketika tangannya mencapai ganggang telefon. Beberapa butang nombor ditekan kuat kasar. Hanya sekali nada deringan berbunyi, kedengaran satu suara menyambutnya di sebelah sana.
“Kau pergi minum ke?” Terus Marissa menyoal.
“Tak. Kenapa kau tanya?” soal suara di sebelah sana pula.
“Ada sesiapa ke dalam ofis kau sekarang ni?”
“Tak ada. Kamal dah keluar tea break,” beritahu lelaki itu lagi.
“Kau tunggu aku dekat sana.” Selepas lelaki itu bersetuju, Marissa menghempas ganggang telefon itu. Rasa bencinya kepada Dhia Melati terbias kepada alat ciptaan Alexander Graham Bell itu. Kena sepuluh kali telefon itu dihempas, mahunya tercabut segala spring dan skru.
Dengan wajah cemburut Marissa menuju ke lif. Dia ingin segera berjumpa lelaki itu untuk membincangkan rancangannya ini. Ini saja peluang yang ada untuk memastikan Ameal tetap menjadi miliknya. Puas dia berlakon dan berdrama di hadapan papa Aidil tadi, supaya lelaki itu setuju mengarahkan Dhia Melati turut serta ke Arau, Perlis bersama Ameal dan Firdaus. Kalau tidak kerana rancangan itu, dia tak mahu sengaja menempelkan Dhia ke sisi Ameal. Kirim salam sajalah! Dan dia pasti Firdaus juga akan setuju dengan rancangannya ini.
Tentang Juwita girlfriend Firdaus tu, Marissa tolak tepi. Buat apa kasihankan orang lain, sedangkan tiada siapa pun yang simpati bila Ameal tinggalkan dia nanti. Lagipun Firdaus sendiri mengaku, antara Firdaus dan Juwita hanya teman rapat. Tidak lebih daripada itu. Dhia Melati adalah wanita pertama dan terakhir yang dicintainya semenjak di universiti lagi. Maka dengan itu, rencana ini pasti mudah dilaksanakan. Takkan Firdaus tak nak kahwin free kan...? Senyum sinis Marissa tersungging di bibirnya kala kaki mula menghampiri pejabat Firdaus. Ketika pintu pejabat ditolak, Firdaus sudah bersedia menantinya. Lelaki itu berdiri sambil bersandar di meja dengan tangan memeluk tubuh.
“Apa hal kau cari aku ni?” suara Firdaus kurang bersemangat. Mata tidak bermaya melihat kepada Marissa. Kuyu semacam. Gamaknya seperti tak cukup tidur empat hari empat malam.
“Kenapa kau tak keluar tea break?”
Ekelehhh minah ni... Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Aku dahlah tengah bad mood ni. Tak kena gaya ada jugak yang kena salak ni karang, detak Firdaus.
“Malas nak tengok drama sinetron buah hati kau tu dengan marka aku,” balas Firdaus bernada sakit hati bercampur putus asa. Sudah seminggu dia dan Marissa mencari jalan untuk menjarakkan Ameal dan Dhia. Tetapi sayang, hingga ke hari ini satu bayang idea pun tidak muncul lagi. Ameal dan Dhia semakin hari semakin rapat pula dia tengok. Ke hulu ke hilir berdua. Kalahkan belangkas. Semenjak mereka pulang dari kampung Dhia tempoh hari, Firdaus lihat hubungan mereka seperti bertambah akrab. Sekarang ini makan dan minum pun sudah bersama. Apa cerita? Tempat Marissa di sisi Ameal juga hilang entah ke mana. Diganti pula oleh Dhia Melati. Manakan dia tak sakit hati. Yang Dhia tu pun satu hal. Bila nampak dia saja, buat-buat tak kenal. Berlakon macam tak nampak batang hidung dia yang mancung bak seludang ni. Selalu main sembunyi-sembunyi dan lari-lari. Lagi teruk, penat saja mulut dia bercakap tapi Dhia, berat mulut nak menjawab. Bila dia cuba mendekati Dhia, setiap kali itu juga Ameal tenung dia macam ikan jerung. Tunggu masa nak ngap saja. Nampak sangat Ameal tak suka. Itu yang buatkan hati Firdaus bertambah bergelora. Jadi cemburu buta.
“Sebab itu aku datang jumpa kau ni,” tukas Marissa. Marah pula dia kepada Firdaus. Nama saja lelaki, tetapi lembik. Cepat sangat patah semangat. Belum beradu nasib lagi dah nak mengalah. Frustrated! Muka macam ayam tertelan kapur.
“Kau ada plan ke?” Firdaus mula teruja. Tubuhnya cepat dijarakkan dari meja. Berdiri tegak sambil bercekak pinggang di hadapan Marissa.
“Memang aku ada plan. Nak harapkan kau, tak payahlah! Aku ni cuma ingatkan pasal Ameal saja. Kalau fikir pasal kau..., tak kuasa aku nak tolong. Lagipun Juwita tu kawan aku. Tentu dia sedih gila bila dapat tahu kau sukakan budak sememeh tu.” Marissa mencebik. Entah apalah yang budak tu pakai sampai Ameal dan Firdaus pun suka, getus hati Marissa.
“Macam mana aku nak jalankan plan aku? Baru aku nak cakap saja dengan Dhia, Ameal pandang aku macam nak telan,” balas Firdaus kurang puas hati. Tidak suka bila Marissa seperti merendah-rendahkan dirinya.
“Yalah tu? Alasan! Sekarang kau dengar plan aku ni.” Marissa mengambil tempat pada kerusi di sebelah Firdaus. Lelaki itu pula beralih dan duduk di kerusinya di hadapan Marissa. Dia bersedia untuk mendengar rancangan yang bakal dibentangkan oleh Marissa. Harap-harap rancangan gadis ini benar-benar berbaloi.

50 comments:

  1. Fb saya matahari bulan purnama..
    Hehehe..

    ReplyDelete
  2. Dah add dahhh....xsabo menunggu acara di Arau...nextttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amman...
      Apa ya nam FB awak?
      Takut akak x prasan...
      Just doube check...

      Delete
  3. 5 teaser ye Qaseh Farina..best2.. tapikan....mcm tau dah..
    my fb.. selalu Elina Md Salleh..- dah add...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo... itu awak... huhuhu
      FB nama lain sikit
      Kat sini lain
      Tu yg x prasan
      Okey.. noted..

      Delete
  4. 5 teaser ye Qaseh Farina..best2.. tapikan....mcm tau dah..
    my fb.. selalu Elina Md Salleh..- dah add...

    ReplyDelete
  5. tq Qaseh Farina.. jln cerita ni mmg menarik, ada rezeki blh la jumpa dlm bentuk jilid pula. my fb Ida Aida, dh add dh :)

    ReplyDelete
  6. siti nurul asykin..
    tq sis.kte dh add akk dh.

    ReplyDelete
  7. Saya x pernah ketinggalan mengikuti acia....sangat menarik....fb saya noriani abd rashid

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih ya noriani krn menjadi pengunjung setia QFT
      & pembaca tegar ACIA
      okey... akak record nama awak
      any news, akak pm awak ya...
      muahss

      Delete
  8. Saya x pernah ketinggalan mengikuti acia....sangat menarik....fb saya noriani abd rashid

    ReplyDelete
  9. Saya x pernah ketinggalan mengikuti acia....sangat menarik....fb saya noriani abd rashid

    ReplyDelete
  10. Txs cik writer for the update- suka2 baca all your cite' waitin for sambungan abg mata biru. My fb Rozita kadiman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ita... okey... noted
      nama awak dah masuk dlm list...
      trus follow crite akak ya...
      muahsss :)

      Delete
  11. Waaa...rupa2nyaaa si melissa ngan firdaus yg rancang erk....

    FB: Mazliana Mohd Nawawi
    Dah fren dah...ngeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo
      awat nama kat sini lain?
      x prasan akak... hihihi
      okey... nama dah record
      mekasih ya, sudi jd pembaca setia QFT
      muahsss

      Delete
    2. Heheheh....ni gabungan nama akk.ngan anak...heheh....

      Delete
  12. Fb sy Shikin Zs...
    sy selalu bc teaser setiap bab cuma tak pernah komen je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe...
      sekarang akak dah tahu awak wujud
      & jd pembaca setia QFT
      hehehe
      mekasih ya...
      akak simpan nama awak dlm record
      muahsss

      Delete
  13. Replies
    1. hehehe
      tahu...
      Nor Rahaim Ahmad kan?
      okey... noted

      Delete
  14. Plan jahat si Marissa n Firdaus rupanya... tapi yg terkena... Ameal kan... betul tak...
    My fb : aida sherry

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh kita baca sampai last N3
      betul ke tidak aida... hehehe
      mekasih ya, sudi follow crite ni
      follow crite saya yg lain gak tau
      add f/b keep in record...
      muahsss

      Delete
  15. Replies
    1. okey jannah...
      apa2 nnti akak tag ya...
      mekasih tau sudi follow crite akak
      muahsss

      Delete
  16. sy dh jd fren akak...:)

    FB : syarieffa al-haj

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg slalu tinggal komen icon tu kan...
      hehehe
      okey... noted
      mekasih ya sudi follow crite akak

      Delete
  17. Nak gak.... fb mizan zakaria
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey...mizan
      apa2 nnti akak inform awak personally ya...
      tq, sudi follow crite akak...

      Delete
  18. Nak gak.... fb mizan zakaria
    tq

    ReplyDelete
  19. farina kalau dah jilid tu war²kan. sya x msu ketingalan ni. fb sya zarazahrah yusof

    ReplyDelete
  20. farina kalau dah jilid tu war²kan. sya x msu ketingalan ni. fb sya zarazahrah yusof

    ReplyDelete
  21. farina kalau dah jilid tu war²kan. sya x msu ketingalan ni. fb sya zarazahrah yusof

    ReplyDelete
  22. okey ana...
    noted
    mekasih ya sudi follow crite akak

    ReplyDelete
  23. FB Muntaz Hana Binti Ahmad Khairi
    T.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey... miyuki a.k.a muntaz
      Noted... pepe nnti akan inform ya...
      Mekasih ya, sudi baca crite akak...
      Muahsss

      Delete
  24. Silent reader ja. Sy biasa bc few entri sekaligus. X cukup bc satu.
    Keep writing dgn isi y mantap.
    Fb : linda ramli
    ��

    ReplyDelete
  25. nk jgak, fb saya raihan_ramzi..

    ReplyDelete
  26. Fb akak azwnbella..
    xsabar nk tunggu dlm versi cetak..

    ReplyDelete
  27. Fb akak azwnbella..
    xsabar nk tunggu dlm versi cetak..

    ReplyDelete
  28. Fb saya ijadanwar....janganlupalak.:-):-):-)

    ReplyDelete
  29. Fb sy Ir Nurliyana. Terima kasih (^_^)

    ReplyDelete