“Melati, ini ubat untuk mak.” Ameal hulur sebungkus
plastik kepada Dhia.
“Ada masakkan bubur untuk mak tak?” tanya Ameal selepas
Dhia menyambut bungkusan ubat-ubatan itu.
Ayat yang keluar dari mulut Ameal kedengaran janggal di
telinga Dhia. Berkerut dahinya cuma memahami.
“Ada masak bubur untuk mak tak...?” soal Ameal sekali
lagi.
“Ada dekat dapur. Kenapa?”
“Tak apa. Saya pergi ambikkan
untuk mak. Awak bawak mak baring
dulu.” suruh Ameal lagi.
Mak? Sejak bila pulak
mak aku jadi mak dia ni? Suka-suka hati dia saja panggil mak aku, mak! Dan
ketika itu, Dhia teringat kembali kata-kata yang diluahkan oleh Ameal semasa
mereka dalam perjalanan pulang ke kampung tadi.
“Bos Dhia tu baik kan? Katanya, syarikat tempat Dhia
kerja tu, papa dia yang punya. Tentu dia anak orang kayakan, Dhia? Walaupun dia
orang berada, dia tak sombong. Hormat orang tua. Baik budi bahasa. Tak lokek.
Duit ubat dan upah Doktor Nasir tu pun dia yang bayarkan,” ulas Puan Intan
ketika Dhia membetulkan selimut di tubuhnya.
Dhia diam tidak membalas. Yalah! Baik sangatlah tu? Mak
tak kenal lagi siapa sebenarnya si singa yang suka nak mengaum tak tentu pasal
tu, gumam Dhia dalam diam. Selama ini, dia cuma dengar ibunya memuji Zul Hafiz
saja. Inilah kali pertama dia dengar tepuk kuduk ibunya buat orang lain. Jangan
mak berkenan dekat si poyo tu sama
macam mak sukakan Abang Zul, sudah! Dua-dua pun aku tak hingin! Gerutu hati Dhia lagi.
“Masa dia hantar mak pergi klinik tadi, dia ada cerita
dekat mak pasal mama dia. Kesian dia, Dhia. Kecik-kecik lagi mama dia dah
meninggal dunia. Dia cerita, masa tu umur dia baru nak masuk empat tahun. Lepas
mama dia meninggal, orang gaji yang jaga dia dan adik dia. Sedih betul hati mak
ni, bila dengar kisah dia tu. Tadi, dia mintak izin nak panggil mak ni mak, dan
ayah tu ayah. Dia nak anggap keluarga kita ni, seperti keluarga dia jugak. Nak menumpang kasih sayang,
katanya. Jadi mak dan ayah pun setujulah,” cerita Puan Intan lagi.
Dhia terus terduduk di birai katil selepas itu. Apa kena
dengan mamat tu? Bukan ke dia dah ada
keluarga sendiri? Dia ada Encik Aidil, ada Anya, Mak Mah, Zaira. Tak cukup ke,
sampai nak ambik keluarga aku jadi
keluarga dia pulak? Nak tumpang kasih
sayang konon... Huh! Mak ni pun satu, belum apa-apa terus setuju. Patutlah
selamba badak saja dia panggil mak tadi! Rungut hati Dhia tidak senang.
“Nanti, selalu-selalulah Dhia bawak dia balik sini, ya? Dia pun ada bagitau dekat ayah tadi, dia nak berlajar agama dengan ayah. Tak
sangka betul mak, sanggup dia merendah diri mengaku pada mak dan ayah, selama
ni dia tak cukup didikan agama. Dia mintak tolong ayah ajar apa yang dia tak
tahu. Setakat sembahyang lima waktu dan mengaji sikit-sikit tu lepaslah, kata
dia lagi.”
Huh! Tak habis lagi mak memuji si mamat poyo tu!
“Mak, mari makan bubur yang Melati masak ni. Meal suapkan
ya? Nanti boleh makan ubat. Lepas makan ubat nanti, mak tidur. Biar cepat sikit
elok demam tu,” tutur Ameal sebaik sahaja dia muncul semula di bilik itu. Dia
melangkah menghampiri Puan Intan. Tidak nampak kekok langsung tangannya
menatang dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air suam itu.
Dulang diletakkan di meja sisi di tepi katil. Ameal
kemudiannya membantu Puan Intan bangkit. Menyandarkan Puan Intan ke kepala
katil. Bantal di belakang Puan Intan dibetulkan supaya wanita itu rasa selesa.
Puan Intan senyap dan menurut saja. Selepas itu, Ameal ambil pula mangkuk bubur
dan duduk di birai katil. Dikuis sedikit Dhia dengan punggungnya untuk
mengambil tempat yang diduduki oleh Dhia. Segera Dhia bangkit dengan perasaan
yang meruap di dada. Kau tolak saja aku... Oi!
Kau sedar tak yang terbaring tu, mak aku? Mak kandung akulah! Bukan mak kau,
bentak hati Dhia.
“Mari Meal suapkan mak.”
“Tak apalah Meal. Mak boleh makan sendiri. Meal pergilah
makan dengan ayah. Sekejap lagi boleh ikut ayah pergi masjid.” Puan Intan
menolak perlahan tangan Ameal yang sudah siap menyudukan bubur untuknya.
“Mak... Biar Meal suapkan mak ya? Dekat rumah sana, bila
Mak Mah tak sihat, Meal yang jaga. Meal suapkan ya? Cepat mak makan, cepat jugak Meal pergi makan dengan ayah,”
pujuk Ameal. Sudu di hampirkan ke mulut Puan Intan.
Sejuk hati Puan Intan mendengarnya. Perlahan-lahan dia
membuka mulut dan Ameal mula menyuapkan bubur itu sesudu demi sesudu. Dhia
melihat adengan itu bersama rasa sebal di dada. Sebelum bernanah biji mata
melihat Ameal melayan ibunya begitu rupa, baik dia pergi dulu. Dengan perasaan
cemburu yang mendongkol di hati, segera Dhia meninggalkan bilik Puan Intan itu.
Hahaha...Dhia jeles...yg si Ameal.ni selamber badak dia jer erk panggil mak org tu mak...adeishhh....hahaha..
ReplyDeletekan... selamba dier jer... mana x hangin minah tu
Deletehihihi
hahaha sengal si dia ni.. yg si Ameal ni pn satu hal... adoii.. makin best lah qaseh
ReplyDeletetinggal beberapa N3 jer lg kak Amie... huhuhu
DeleteCemburu ke Dhia oi, janganlah cemburu... tangkap terus aje buat menantu mak.... hahaha
ReplyDeletecadangan yg bagus... kikiki
DeleteHahaha...dhia jeles ler tu...ameal pandai curi hati mak n ayah dhia..,:-):-):-)
ReplyDelete