Total Pageviews

Showing posts with label BLURB. Show all posts
Showing posts with label BLURB. Show all posts

Monday, October 31, 2016

BENCI / CINTA... AWAK BUDAK NAKAL - BLURB



BUKU KE3

Suka Ayin? Oh! Please...bukan taste Yayalah! Ayin tu, berlagak ya ampun. Harapkan muka saja handsome, tapi perangai hampeh!

Namun, perasaan mula berubah selepas mengetahui kenapa Ayin jadi begitu. Bahagia berbunga apabila Ayin mula menyedari kewujudannya, tetapi hanya seketika.

“Ooo... Kau tak layan aku ya, Sinar? Tak apa... Cara halus tak jalan, aku buat cara kasar. Cara baik tak dapat, aku buat cara jahat.” – Ayin

Setiap hari ada saja yang Ayin lakukan untuk pedajal Yaya hanya untuk mendapatkan perhatian Yaya.

“Apa songsang sangat cara Ayin tu, along? Ada ke nak rapat dengan Yaya, selalu pedajalkan Yaya?” - Yaya

Itulah Ayin. Dia lain daripada orang lain.

Tanpa terduga, keadaan memisahkan mereka. Pertemuan semula selepas sekian lama, merupakan permulaan sebenar kisah cinta mereka. Yaya tersepit antara budi dan hati apabila Puan Julita berura-ura mahu menjodohkannya dengan Chad. Adakah Ayin akan teguh berdiri untuk merebut cinta Yaya selepas mengetahui Chad sahabatnya juga menyukai gadis yang sama? Dan, kecewakah Ayin apabila Along akan disatukan dengan Yaya atas permintaan isteri Along?

Saat kekusutan mula terungkai, Adilia hadir memusnahkan segalanya. Kasih lama ditagih. Yaya rebah dengan percaturan hidupnya.

Namun bagi Ayin, dia hanya ada Yaya. Jika dia perlu menjadi budak nakal semula untuk memikat hati Yaya, dia akan buat! Andai dia perlu pedajal Yaya untuk memujuk Yaya, dia juga akan lakukan! Dan jika dia terpaksa sakitkan hati Yaya untuk mendapatkan perhatian Yaya, dia akan sakitkan! Hanya untuk kembali merebut hati Yaya.

“Cara dia menginterpretasikan perasaan dia, pelik daripada orang lain. Tak sama macam orang lain. Dengan ketidaksamaan itulah, aku percaya, cara dia menyayangi dan mencintai kau, takkan kau jumpa pada orang lain.” Mampukah kata-kata ini membuka semula hati Yaya untuk Ayin?

Wednesday, November 25, 2015

KAU DALAM HATIKU (a.k.a Kau Yang Di Hatiku) - BLURB



 BUKU KE2

“Iskandar, anak lelaki Haji Mahadi dan Hajah Kamariah tu berkenan sangat dengan Zizah. Jadi, dia dan keluarganya nak datang hari ini merisik Zizah.”

Dalam banyak-banyak benda, itulah perkara yang paling Azizah tidak gemar. Dia tak suka jodohnya diatur. Selama ini, bukannya dia memilih. Kerana kesilapan lampau, dia tak berani hendak terima mana-mana lelaki dalam hidupnya.

“Dah lama saya berdiri dekat luar rumah awak ni. Dari tadi saya fikir, nak jumpa awak ke tidak. Hati saya ni, rindu. Dia nak juga jumpa awak.”

“Hah?! Awak gila ke apa? Datang rumah anak dara malam-malam buta.”

“Awak kalau merungut, nampak seksi mulut awak tu pada mata saya. Nampak saja garang, tapi manja sebenarnya.”

Azizah tunjuk sikap sarkastik. Supaya Iskandar menyampah kepadanya. Namun, sikap Iskandar yang gemar mengusik itulah menjadi penyeri hidupnya. Hingga dia terlupa segala derita. Aneh sungguh jiwa ini. Memang sukar ditebak. Pada awalnya, dia begitu membenci Iskandar. Mahu menolak Iskandar. Tetapi kini, hanya sesaat Allah SWT palingkan hatinya. Tanpa dipaksa, Iskandar mula diterima sebagai sebahagian dari hidupnya.

“Dua kali dah. Kalau kali ketiga kita berlaga, rasanya saya akan terpeluk awak juga.” - Mamat klon Jason Godfrey a.k.a JG

Tanpa terduga, kemunculan JG sedikit demi sedikit telah membongkar segala rahsia. Azizah rasa tertipu. Dia seperti dipermainkan. Apakah niat sebenar Iskandar? Perasaan Azizah mula berbelah bahagi. Siapakah yang benar-benar berada di dalam hati Azizah?

“Saya tahu awak tak mintak lagi saya mengahwini awak, tetapi sekarang saya yang sudi menjadi isteri awak.”


Wednesday, September 17, 2014

KAU YANG PERTAMA DAN TERAKHIR - BLURB


BUKU PERTAMA

"Kau Yang Pertama Dan Terakhir" - Dia lelaki yang pertama dan terakhir yang aku cintai... Biarlah dia menjadi lelaki yang pertama dan terakhir yang melukai hati aku...


- "Hei betina! Berambus kau dari rumah aku ni. Keluar kau! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Betina sial!!!"

  Bermula dari peristiwa malang itu, Maimun membawa diri bersama anaknya, Zairin Elina yang ketika itu berusia setahun. Nasib malang berakhir apabila dia ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Datuk Syeikh Mustapha.

  Namun, nasibnya selalu dirundung malang apabila sekali lagi dia dan anaknya dihalau keluar oleh ibu Datuk Syeikh Mustapha tanpa pengetahuan sesiapa pun. Peristiwa yang menyembunyikan pelbagai cerita yang tersembunyi.

  Setelah 20 tahun berlalu, pertemuan kembali telah menyebabkan Datuk Syeikh Mustapha mengambil keputusan yang besar. Perkahwinan yang diatur? Ya! Kerana ingin menebus kesilapan dan dosa keluarga Datuk Syeikh Mustapha kepada Arwah Maimun, dia dan isterinya, Datin Syarifah Zaharah mengambil keputusan menjodohkan anaknya, Syeikh Azri Sufian dengan Zairin Elina.

  "Saya tak kata yang saya tak suka. Kita kenal pun belum lagi. Macam mana saya nak kata suka atau tak?" - Zairin Elina

  "Habis tu... kau dah suka dengan akulah ni?" - Syeikh Azri Sufian

  "Sata tak kata pun yang saya sukakan encik." - Zairin Elina

  "Apa yang kau melalut ni, hah perempuan? Sekejap kata suka... sekejap kata tak suka. Kau ni dah gila, ya?" - Syeikh Azri Sufian

  Tika cahaya bahagia mula menerbitkan sinarnya, fitnah daripada kekasih Syeikh Azri Sufian telah menggugat kebahagiaan yang dibina. Rahsia yang selama ini terpendam telah melukakan hati Zairin Elina. Rupa-rupanya selama ini, keluarga Datuk Syeikh Mustapha tidak jujur kepadanya. Mereka menolong semuanya kerana bersebab!

  Mampukah dia melupakan dan memaafkan mereka atas segala yang telah terjadi kepada arwah ibunya? Apakah bahagia itu akan tetap menjadi miliknya? Bisakah dia mencintai dan memiliki lelaki yang pertama dan terakhir yang bertakhta dalam hatinya?

  "Mungkin pada sayang, cinta abang ini dusta belaka. Tapi percayalah sayang, abang nyatakan ini setulus jiwa."