Di hujung pantai, Ameal dan Marissa duduk di bawah sebuah
pondok buruk.
Ameal menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sudah naik
pening menjawab setiap soalan-soalan Marissa yang berbaur tuduhan. Berbuih
mulutnya menafikan. Ada ke patut dia dituduh ada menaruh hati kepada Dhia. Tolonglah...
Separuh hati pun dia tak ingin dengan mak nenek tulah! Alasannya? Entah! Memang
tak ada alasan. Itulah yang aneh. Tiada sebab yang kukuh, logik lagi munasabah
untuk dia rasa benci kepada gadis itu. Atau mungkin dia sedang berusaha
menidakkan sesuatu yang mula terbesit di dalam hatinya ini?
“You cakap
dengan I betul-betul, Meal. You sebenarnya suka dengan budak sememeh
tukan?” desak Marissa lagi. Lebih sepuluh kali dia mengasak Ameal dengan soalan
yang sama, tetapi lelaki itu tetap menyanggahnya.
“Berapa kali I
nak cakap, I tak ada apa-apa dengan
dialah! Dia tu cuma PA I saja. Kenapa
otak you ni, boleh fikir sampai ke
situ?”
“You ingat I ni buta ke, Meal. Tak nampak macam
mana you layan dia. Cara you cakap dengan dia.”
Layanan yang macam mana? Cara bercakap yang bagaimana?
Apa yang dia tahu selama ini, dia dan Dhia memang tak boleh bertemu muka. Kalau
bercakap pun hendak meninggi saja. Bukannya dia melayan Dhia tu seperti dia
melayan perempuan lain dengan penuh gentleman.
Kalau begitu, barulah Marissa boleh buat andaian mereka ada hubungan istimewa.
Ini tidak, selalu bertekak pun dituduh yang bukan-bukan. Otak mereng agaknya si Marissa ni!
“I tengok you dengan dia tak boleh nak berenggang
langsung. Ke sana, ke sini you bawak
dia. Pergi jumpa klien you bawak dia.
Pergi meeting you bawak dia. Pergi sub-con pun, you angkut jugak dia. Tak
cukup di pejabat, you bawak dia balik
ke rumah pulak. Sekarang ni, bawak berkelah sampai ke sini. I pun you tak pernah bawak
datang sini tau,” leter Marissa meleret. Herot-berot mulut meluahkan rasa tidak
puas hatinya.
“Marissa..., tolong jangan semak kan kepala otak I ni dengan tuduhan you yang bukan-bukan tu, boleh tak? Dah namanya PA, tentulah I bawak dia ke mana I
pergi. Itu semua sebab kerjalah. Bukannya I
nak menggatal dengan dia. Kebetulan sepupu I,
Zaira tu berkawan baik dengan Dhia sejak dia orang belajar dulu. Dan sekarang
satu tempat kerja pulak. Zaira yang
ajak dia datang rumah I. Bukan I angkut dia bawak balik. Tolonglah... Peninglah kepala I ni! Eeee...” Ameal
mengetap gigi menahan geram. Sekali lagi kepalanya digaru kasar. Kalau sudah
diberi penerangan begini punya jelas, masih hendak menuduh dia juga, dia give up.
“Alasan! Bukan I
tak tahu semua tu alasan you saja.
Sebelum ni, masa I jadi secretary you, tak pernah pulak you bawak I ke mana-mana. Jangan
ingat I ni bodohlah Meal.” Jari
telunjuk Marissa melayang-layang di hadapan muka Ameal. Dia masih lagi tidak
mahu percaya.
Ameal menggelengkan kepala. Apalah bengap sangat
perempuan ni? “Is... Masa you jadi secretary I dulu... you pun jadi secretary
papa jugak. Macam mana I nak bawak you pergi ke sana, ke sini?”
“You ingat
Meal, kita cuma tinggal empat bulan saja nak kahwin. Jangan you cari pasal dengan I. Dengan perempuan lain, I tahu you cuma nak suka-suka saja, tapi dengan perempuan sememah tu, you jangan berani-berani nak cuba-cuba.”
Marissa memberi amaran.
Silap oranglah! Marissa ingat Ameal menggeletar kepala
lutut bila dengar dia mengeluarkan peringatan seperti itu. Lagi Ameal melenting
marah adalah.
“Hei Is! You
belum tentu jadi isteri I lagi tau.
Dalam masa empat bulan ni, macam-macam boleh jadi. Boleh jadi hidup, boleh jadi
mati. Mungkin kita kahwin, mungkin tidak. Suka hati I lah dengan siapa I nak
cuba-cuba pun. Budak sememeh tu ke, budak lain ke, atau perempuan mana
sekalipun. You tak ada hak nak
halang-halang I. Nak larang-larang I!” suara Ameal melengking tinggi. Mujur
pondok ini berada di hujung jeti. Jauh dari orang ramai. Kalau tidak
pertengkaran mereka tentunya menarik perhatian pengunjung.
“Siapa kata I
tak ada hak? You tu bakal tunang I. Bakal suami I. Memang you tu hak I. Lagipun parents kita dah setuju dengan rancangan perkahwinan ni. Jangan you berani nak cancel pulak,” tutur kata Marissa semakin tegas.
Ameal yang sedang menahan geram menjadi bertambah marah.
Sudahlah perangai king control Datuk
Idris Manan tu dia tak berkenan. Kini anak Datuk Idris Manan ni pula nak jadi queen control. Pula tu, yang mahu di‘king’ dan ‘queen control’kan, dia! Jangan mimpi. Jangan nak mengigau. Hidup
dia, dunia dia, mana boleh orang lain nak ‘king’
dan ‘queen control’kan. Walau papanya
sekalipun.
“You siapa nak
mengarah-arah I? You tu baru bakal lah! Bukan sudah jadi. Lagipun I belum setuju nak
kahwin dengan you. Malas I layan perangai you ni. I nak pergi dekat
papa.” Ameal kemudian terus meninggalkan Marissa di situ.
Marissa terkedu. Tidak menyangka Ameal boleh bersikap
begitu kepadanya. Lelaki itu memang benar-benar sudah berubah. Bukannya seratus
peratus, tetapi dua ratus peratus. Ameal yang dahulu, bukanlah Ameal yang
sekarang. Sebelum terlewat dia harus lakukan sesuatu.
best2..
ReplyDeletebest kak. xsabar pula nak dapatkan versi cetak heeee
ReplyDeletekita doa sama2 ya weeda...
Delete