Sedang asyik Dhia mengomel sendirian tiba-tiba, tinnn tinnn...
“Oi mak kau rimau!” Dhia terlompat. Beg di bahu melurut
jatuh ke tanah.
“Ini sorang lagi! Macam dia saja yang ada kereta.
Suka-suka hati nak hon-hon orang.” Geram di hatinya kepada Ameal tidak surut,
ditambah pula sakitnya oleh kereta ini. Rasa nak pecahkan saja cermin kereta
ni. Baru padan muka orang yang berada di dalamnya. Langsung tak tahu hormat
orang lain.
Kereta berwarna hitam metalik berhenti di sebelah Dhia.
Tanpa berfikir panjang pantas sendi jari mengetuk tingkap cermin kereta
beberapa kali. Agak kuat dia mengetuk hingga terasa sakit jarinya. Sebaik sahaja
cermin tingkap kereta diturunkan, Dhia lantas menundukkan kepala.
“Oi! Apa hal hon-hon orang ni? Ingat awak sorang saja ke
yang ada hon kereta? Suka-suka hati hon-hon orang tak tentu pasal. Saya bukannya
jalan tengah-tengah jalan yang awak nak hon-hon ni. Jalan ni pun, bukan awak
sorang saja yang punya. Orang lain pun bayar road tax jugak tau! Baru pakai kereta dah berlagak nak mampus.
Macam awak ni pakai kereta kebal pulak.
Apa, tak muat ke jalan ni kereta awak nak lalu?” suara Dhia meletup-letup tanpa
henti. Berdas-das dibahasakan pemandu kereta itu. Habis terluah semua angin kus-kusnya. Memang silap besarlah
pemandu kereta ini cari pasal dengan dia waktu angin tak berapa bagus ni.
Pemandu kereta itu diam tidak membalas. Dalam
samar-samar, Dhia melihat si pemandu menjulang tangannya ke bahagian bumbung
kereta. Cuak juga rasa hati. Entah apa yang hendak dibuat oleh pemandu kereta
itu agaknya. Entah-entah, nak keluarkan pistol yang disorokkan dekat situ.
Lepas tu, tembak dia. Tak nak! Sudahlah hampir setiap hari boleh baca berita
orang kena tembak dalam surat khabar. Nyawa manusia zaman ini, seperti tiada
harga. Dia tak mahu namanya pula yang jadi tajuk utama. Dhia sudah bersedia untuk
melarikan diri. Bila lampu kereta terpasang dan keadaan menjadi
terang-benderang, dia terus tertelan liur. Mata tidak berkelip melihat
pemandunya.
“Melati, maafkan saya.”
Tubuh Dhia terus tegak di situ. Rasa seperti hendak lari
saja, tetapi kenapa kakinya bagai terpasak ke bumi? Berat sungguh hendak melangkah.
“Melati, maafkan saya ya,” pohon lelaki itu lagi.
Dhia masih membisu.
“Mari saya hantarkan awak balik.”
Dhia tetap gagu.
Melihat Dhia diam tidak bersuara, Ameal melangkah keluar
dari keretanya dan menghampiri gadis itu di bahu jalan.
“Saya mintak maaf. Mari saya hantarkan awak balik. Hari dah
gelap. Bahaya awak jalan kaki sorang diri,” tutur Ameal lagi. Memang dia rasa
bersalah atas apa yang telah dilakukan kepada Dhia tadi. Pintu kereta Mazda 6
2.0 Skyactive dibuka. Beg Dhia di atas bahu jalan diambil dan menarik perlahan
tangan gadis itu supaya memasuki keretanya. Dhia menurut saja tanpa berkata
apa-apa. Seperti sudah dipukau pula.
Selepas kereta Ameal mula bergerak baru Dhia tersedar
dari pegunnya. Maka bermulalah mulut ‘machine
gun’nya yang tersekat tadi. Kali ini lebih hebat, sebab baru dimasukkan
magazin baharu yang penuh dengan peluru.
“Encik Ameal nak buat apa ni hah?! Nak bawak saya pergi mana? Encik ni nak
colek saya ke apa? Mak ayah saya bukan orang kayalah, kalau nak mintak duit
tebusan pun. Anak orang kaya macam encik ni pun sengkek sangat ke, sampai nak
colek anak dara orang? Atau... hah! Encik nak bawak saya pergi hotel? Hei! Mintak maaf sikit ya, Encik Ameal. Saya
bukan stok perempuan yang pakai buang tau, macam girlfriend-girlfriend encik tu. Tak hingin saya dengan lelaki playboy,
kasanova, Don Juan, buaya darat dan spesies naga tembaga macam encik ni. Saya hummm... hummm... hummm.” Dhia
tidak dapat bersuara lagi apabila tangan kiri Ameal sudah menekup di mulutnya.
Dia cuba menarik tangan Ameal, tetapi kudrat lelaki itu terlalu kuat untuk
dilawan menggunakan tenaga perempuannya. Puas dia meronta-ronta, namun tidak
berjaya.
“Awak boleh diam sekejap tak Melati? Membebel entah
apa-apa dari tadi. Awak diam dulu, lepas tu baru saya turunkan tangan saya ni.
Setuju?”
Dhia angguk laju. Naik lemas bila tangan Ameal memenuhi
setengah dari mukanya. Perlahan Ameal menjauhkan tangannya dari wajah Dhia.
“Encik Ameal ni sakit hummm...
hummm... hummm...”
Ameal kembali melekapkan tapak tangan ke mulut Dhia.
“Awak ni tak faham arahan ke? Saya kata diam... Awak tak
penat membebel saja dari tadi? Kalau tak saya ikat mulut awak dengan ni.” Ameal
menunjukkan tali leher yang dipakainya.
Sekali lagi Dhia mengangguk laju. Pipinya terasa sakit tersepit
di antara tapak tangan Ameal dan rahangnya. Perlahan Ameal menarik tangannya.
“Encik Ameal...”
Laju Ameal menayangkan tali lehernya ke depan mata Dhia.
“Okey saya diam,” suara Dhia perlahan.
No comments:
Post a Comment