Di tingkat dua, kelihatan Zaira dan Ameal bersidai di
tepi koridor. Mereka berdiri di situ sambil memerhati drama realiti antara Dhia
dan Zul Hafiz di lot parkir.
“Siapa lelaki tu Zaira?”
“Kenapa abang long tanya? Abang long jealous ke?”
“Abang tanya, jawab sajalah. Tak payah nak perli-perli.”
“Itu adik angkat parents
Dhia.”
“Adik angkat saja ke? Siapa nama dia?”
Memang sah-sah Abang Longnya ini sedang diserang angin
cemburu. Bila kata dia sukakan Dhia, tak nak mengaku pula. “Kalau tak salah
nama dia Zul Hafiz Zahin. Dhia ada bagitau
Zaira dulu, parents Dhia suka gila
dengan mamat tu.”
“Suka? Suka yang macam mana?”
Zaira tersenyum. Memang sahih orang sebelah dia ni sudah
cemburu. “Alah..., suka sampai nak buat menantu. Lebih kurang macam tulah, yang
Dhia bagitau dulu.”
“Abang long nak baliklah!” Suara Ameal bersama rasa tidak
puas hati.
“La..., apasal
tiba-tiba nak balik pulak? Meh la tolong Zaira kemaskan sampah yang
bersepah-sepah tu.”
“Abang tak senang. Abang ada dating lepas ni. Abang dah beli, kau orang kemaslah sendiri.”
“Abang long..., janganlah macam tu. Banyak tu, nak kena kemas.
Meh lah tolong...”
Ameal tidak peduli. Dia terus melangkah menuju ke arah tangga.
Bila dia bertembung dengan Dhia di situ, gadis itu dijeling dengan hujung matanya.
“Ni lagi sorang! Saja nak cari hal. Apasal nak jeling-jeling orang macam tak puas hati?” rungut Dhia. Kenapa
semua lelaki bukan muhrim yang hadir dalam hidup dia ini selalu sahaja
menyusahkan dia?
marah tanda saying. hehe
ReplyDeleteAlaaa...jelesss letewww ameal.....
ReplyDeleteamboi... dah pandai cemburu en boss...hihihi
ReplyDelete