“Encik Ameal! Encik buat apa ni? Siapa suruh encik bawak masuk barang-barang ni semua? Saya
tak suruh encik semak kan rumah saya ni. Siapa nak bayar? Saya tak mampu nak
bayar. Jangan mintak saya bayar. Saya mana ada duit. Gaji pun minggu depan baru
keluar. Itu pun berapa ribu sangat. Nak bagi mak dan ayah saya lagi. Mana cukup
nak bayar duit perabot ni semua,” leter Dhia laju. Sebelum terlewat lebih baik
dia beritahu. Kalau tiba-tiba Ameal minta duit, mana dia nak cekau!
“Wahai Cik Melati oi! Ada ke saya cakap barang-barang ni
semua untuk awak? Ada saya suruh awak bayar ke? Barang-barang ni saya beli
untuk adik sepupu saya tu. Bukan untuk awak. Jangan awak nak perasan,” ucap
Ameal sarkastik. Muncung dan telunjuknya sama panjang menunding ke arah Zaira.
Dhia tersentak. Padankanlah dengan muka dia. Sah-sahlah
Ameal belikan untuk Zaira sebab kasihan melihat Zaira tinggal di dalam rumah
yang serba-serbi tidak lengkap ini. Bagus juga. Boleh dia tumpang sekaki,
goyang kaki, duduk lepak-lepak depan TV, flat
screen LED 3D lagi...
“Yalah, Dhia. Abang long belikan semua ni untuk aku tapi
sebenarnya..., untuk kau jugak. Aku
ni cuma jadi alasan saja. Betul tak abang long?” Zaira menggiatkan mereka
berdua.
“Cover line
konon. Macamlah Zaira tak tahu. Nak cakap terus terang abang long malu.” Zaira
senyum mengusik pula.
“Tolong sikit, Zaira. Abang long beli ni untuk Zaira tau.
Macam mana Zaira nak tinggal dalam rumah yang macam gua zaman batu ni. Kalau
orang tu, lainlah. Dia memang dah biasa tinggal dalam gua.”
“Ini yang buat saya naik angin ni. Suka-suka hati encik saja
mengata saya,” gerutu Dhia.
“Saya tak heran lah
barang-barang ni semua!” Dengan muka seperti ayam termakan kapur, Dhia terus
bergerak ke dapur.
Ameal pula buat-buat sibuk mengambil kotak-kotak dan
plastik yang bersepah lalu dibawa keluar rumah. Zaira menggeleng kepala. Tak
faham dengan sikap dua manusia berbeza jantina ini. Selepas semua kerja-kerja
menyusun perabot hampir selesai, Dhia muncul semula di ruang tamu.
“Tauke, tambi, minum air ni dulu sebelum balik ya. Kasi
hilang dahaga,” pelawa Dhia kepada pekerja-pekerja kedai perabot itu. Dulang
berisi empat biji gelas air sirap diletakkan di atas meja sofa.
“Melati, air untuk saya mana? Saya pun haus jugak ni.” Ameal bercekak pinggang
memandang ke arah Dhia. Dia pun haus juga. Sudah kering tekaknya mengarah pekerja-pekerja
itu menyusun perabot.
“Encik kalau nak air, pergi ambik sendiri. Dekat dapur ada. Dalam bilik air pun ada. Penuh satu
kolah. Minumlah banyak mana pun encik nak minum. Saya buat ni untuk orang yang
buat kerja saja,” jawab Dhia. Rasa terbalas sakit hatinya tadi. Dia berpaling
untuk pergi.
“Melati! Saya dah beli barang-barang ni semua untuk awak!
Macam ni ke cara awak balas balik?”
Dhia terhenti langkah dan berpaling.
“Hah! Kan aku dah cakap tadi, Dhia. Abang long beli
perabot-parabot ni semua bukan untuk aku, untuk engkau...,” celah Zaira sambil
ketawa. Nampaknya ada orang sudah ter‘mengaku’...
“Eh! Mana ada abang long cakap macam tu,” nafi Ameal.
Cuba menutupi perbuatannya yang terlepas kata.
“Sudahlah abang long. Jangan nak berdalih lagi. Orang
tua-tua kata terlajak perahu boleh diundur. Dah terlajak kata, nak segan apa?
Cakap sajalah abang long dah suka,” usik Zaira lagi. Bertambah geli hatinya apabila
melihat wajah Ameal terkulat-kulat.
Muka Dhia biru menahan malu. Memang dia pelangkung juga
si Zaira ni karang!
Hahah kantoi sudah
ReplyDeletetulah kan....
Deleteslalu sangat buat dhia marah
last2...
hihihi
Hehehe....kan dah kantoii...
ReplyDeleteAmeal...ameal..
Maag cik writer..bru smpt nk komen..
x pe... janji pernah tinggalkan komen...
Deletelg bagus kalo selalu tinggalkan komen
hihihihi
Tq ya, sudi follow...
hahahaahaa...kannnnnn
ReplyDeleteterkena sudahh
This comment has been removed by the author.
Deletemalu dah kan...?
DeleteCerita ni akan dibukukan ke?bila?
ReplyDeleteInsya-Allah...
DeleteBila tu, x tau lagi Nurul
Masih dlm proses edit lagi
Kita doakan bersama ya, moga dipermudahkan semuanya
best2....sgt2 best
ReplyDeleteslalu2 singgah sini ya Amie...?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete