“Melati!”
“Oi mak kau rimau!” Tombol pintu yang dipegang terlepas
dari tangan. Daun pintu tertutup semula dan melanggar batang hidungnya.
“Aduh!” Hujung hidung diusap.
“Sakitnya hidung aku... Hantu punya bos! Tak boleh ke
panggil orang tu lemah lembut sikit? Asyik nak terpekik sajalah!” Dhia
mengomel.
“Melati!” tempik suara itu sekali lagi.
“Ya...,” sahut Dhia gemas.
“Masuklah cepat! Buat apa dekat luar tu lagi?” Ameal
mengherdik.
Dhia mengetap bibir. Marah. Dia menolak kembali daun
pintu.
“Entah mana dia pergi tadi, balik-balik saja nak
meroyan,” bentak hati Dhia. Dia melangkah melepasi Ameal.
“Encik Ameal memang tak reti panggil saya baik-baik ke?
Saya ni dahlah mudah terperanjat. Kalau patah hidung saya ni, atau saya mati
tergolek dekat luar tu, saya saman Encik Ameal. Baru padan dengan muka encik!” Batang
hidung yang sedikit mancung dilurut-lurut. Masih lagi terasa sakit.
“Nak saman saya konon. Saya yang patut saman awak. Apa
yang awak buat ni hah?” Kertas yang dipegang segera disuakan ke depan Dhia. Anak
matanya singgah sesaat pada hujung hidung gadis itu. Sudah merah seperti hidung
badut. Ameal abaikan. Gadis itu menghampirinya. Kertas yang dihulurkan bertukar
tangan.
“Saya buat apa Encik Ameal?” soal Dhia semula. Kening
bertaut tanda hairan. Pandangan jatuh ke atas helaian kertas di tangannya. Bukan
ke ini production schedule yang dia buat
tadi? Dah siap. Apa masalahnya lagi? Nak menyinga tak tentu pasal!
“Dah siap buat kerja pun Encik Ameal marah? Sepatutnya
encik ucap terima kasih sebab saya berjaya menyiapkan production schedule ni tanpa bantuan encik. Ini tidak, nak
marah-marah pulak,” bentak Dhia
selamba. Wajah dibuat muka penuh bangga. Ameal yang merenung tepat padanya
diabaikan.
“Dah siap awak kata? Macam tu awak kata dah siap? Hei!
Cuba bukak mata awak tu besar-besar
sikit. Tengok betul-betul apa yang awak dah buat?”
“Buat apa Encik Ameal? Saya tak fahamlah!” bantah Dhia.
Hati mula panas.
“Yang awak buat semua tu..., salah!”
“Salah? Mana ada? Saya buat betul apa? Saya ikut contoh
format lama yang encik buat dulu. Takkan salah? Kalau saya salah, bermakna apa
yang encik buat selama ni, salah jugak
lah.” Dhia membela diri. Dua kali dia memeriksa semula kerjanya tadi sebelum
format itu dicetak. Tak ada pula dia jumpa sebarang kesilapan. Lelaki ni dah
rabun agaknya. Korek bijik mata tu
bagi buta terus baru tau!
“Tak ada salah awak cakap? Mari sini! Awak buat semula.
Awak tahu tak, production schedule ni
penting. Kalau awak buat silap, seluruh jadual delivery turut salah. Bila salah, setiap delivery akan terjejas. Itu bermakna satu kerugian dari segi masa.
Awak nak ganti ke setiap kerugian syarikat?” bebel Ameal berjela.
Malas hendak bertegang urat, Dhia mengeluh perlahan tanda
mengalah. Dah mamat ni bos, salah pun
dia terpaksa kata betul jugalah. Baru puas hati Ameal agaknya. “Yalah, yalah...
Saya buat semula. Encik Ameal tunjukkan mana yang salah. Saya betulkan semula.”
“Betulkan apa? Tak ada betul-betulkan. Buat balik semula!”
“Apa? Buat semula? Semua?”
“Ya!” Ringkas dan padat jawapan Ameal.
Dhia terlongo. Dia melihat jam di dinding. Pukul tujuh
malam. Hmm... Nampaknya balik lambatlah jawabnya hari ini. Dhia mengeluh. Lelaki
ini, memang macam-macam betullah! rengus hatinya. Punggung didaratkan pada sofa.
Duduk menghadap laptop semula.
“Bukan ke pukul tujuh setengah ni encik kena pergi rumah future father-in-law encik?” Dhia
menyoal seraya mata melilau pada skrin mencari fail yang diperlukan. Jari
telunjuk kanan mula menekan butang tetikus.
“Jangan sibuk hal sayalah!” Keras Ameal bersuara bersama
wajah serius.
“Saya pun malas nak ambik
tahu. Saya cuma nak mengingatkan saja.”
No comments:
Post a Comment