Total Pageviews

Monday, June 22, 2015

Andainya Cinta Itu Ada - Teaser 33




“Mak Mah... Anya dah balik!”
“Oi mak kau rimau!” Sudip di tangan Dhia terlepas ke lantai. Segera dia mengambilnya  semula dan berpaling kemudiannya. Ini ke Anya, adik si singa poyo tu? desis Dhia.
“Anya..., cubalah bersopan-santun sikit. Anya tu kan perempuan? Ini tak, terjerit-jerit. Sampai Kak Dhia ni pun terperanjat,” tegur Mak Mah kepada gadis muda yang muncul di pintu dapur itu.
Anya beralih melihat gadis di sisi Mak Mah. “Ooo..., ini rupanya Kak Dhia.”
Anya terus menghampiri Dhia Melati. Tubuh itu dipeluk erat. Lagaknya seperti mereka sudah kenal lama. Dhia jadi kelu.
“Abang Meal selalu cerita tentang kak Dhia. Tiap kali Anya telefon, tak pernah abang tak sebut nama kak Dhia,” beritahu Anya lagi. Didakap sekali lagi tubuh kurus itu.
Dhia bertambah terkedu. Selalu cerita tentang dia? Cerita pasal apa?
“Kak Dhia rasa, abang Anya dan kak Dhia bukan bestfriend. Rasanya Anya salah dengar tak? Bukan sebut pasal kak Dhia tapi Kak Marissa,” sanggah Dhia tidak percaya. Ameal nak bercerita tentang dia? Macam ganjil saja bunyinya.
Ish! Taklah kak Dhia. Siapa lagi yang selalu buat abang marah, sakit hati, kalau bukan kak Dhia.”
Dhia bertambah pelik. Ameal bercerita yang buruk saja, tapi gadis di hadapan dia ini macam suka pula bertemunya. Bukan sepatutnya Anya rasa benci ke?
“Mesti kak Dhia pelik, kan? Anya pun rasa pelik jugak. Selama ni, Abang Meal tak pernah cerita pasal perempuan pada Anya walaupun girlfriend dia ramai. Bila abang selalu saja sebut pasal kak Dhia, Anya tahu kak Dhia mesti seseorang yang sangat istimewa sampai boleh buat Abang Meal naik hantu,” celoteh Anya berjela.
Dhia tersenyum sumbing. Patutlah telinga sebelah kirinya kerap berdesing. Rupanya ada orang selalu mengumpat yang buruk tentang dia. Yang rajin mengumpat dia bukan orang lain. Ameal si mamat poyo tu!
“Dah! Dah! Jangan bersembang lagi. Anya pergi mandi. Lepas maghrib nanti kita tunggu papa balik dari surau dan makan sama-sama,” arah Mak Mah.
Yes mem!” Anya peluk Mak Mah dan beredar selepas itu. Seketika kemudian dia berpaling semula. “Kak Dhia nanti kita borak lagi ya?”
Dhia mengangguk.
“Mak Mah, Dhia tolong Mak Mah siapkan meja makan ya?” Dhia meminta izin.
“Baiklah,” balas Mak Mah. Dalam hati tidak putus-putus memuji gadis itu. Kalau dia ada anak dara seperti Dhia ni, dah tentu ramai bakal-bakal mak mentua beratur di depan pintu. Berebut nak jadikan menantu.
“Mak Mah, tengok Kak Dhia ni baik kan? Ada ciri-ciri jadi menantu rumah ni. Lagi bagus dari Kak Marissa. Nanti Anya nak rekomen Kak Dhia dekat papalah!” Anya yang masih berdiri di muka pintu dapur tiba-tiba mencelah.
Hah! Budak ni pun sama juga ke? Tadi Mak Mah, sekarang dia. Memang perempuan-perempuan dalam rumah ni suka ‘kenen-kenen’kan orang ke? Dari Zaira, sampai ke Mak Mah, hingga ke Anya, sama saja!
“Anya... Dah! Jangan usik Kak Dhia. Pergi cepat mandi!” tegur Mak Mah sambil menayang gigi kepada Dhia. Nampaknya bukan dia saja yang ada niat begitu.

4 comments: