Total Pageviews

Friday, June 5, 2015

Andainya Cinta Itu Ada - Teaser 16




“Encik Aidil,” sapa Dhia sopan. Bibirnya terhias seulas senyuman manis. Tiba-tiba rasa berdosa. Cepat benar dia mengata Encik Aidil lelaki kaya gatal merenyam petang semalam. Tengok-tengok, big boss sendiri. Mujur dia tak maki hamun Encik Aidil.
Seketika Encik Aidil terpegun di muka pintu. Anak matanya tidak bergarit dari wajah gadis di hadapannya ini. Kenapa dia seiras benar? Matanya, senyumnya, serupa. Encik Aidil terus terpaku.
“Encik Aidil,” sapa Dhia sekali lagi. Rasa serba tidak kena apabila ditatap begitu.
“Oh! Ya! Maafkan saya. Saya terperanjat awak tiba-tiba ada dekat pintu ni. Siapa nama awak? Melati kan?”
“Ya, Encik Aidil. Dhia Melati,” jawab Dhia. Dia mengawal riak mukanya supaya kelihatan manis. Tidak mahu Encik Aidil perasan yang dia tidak selesa ditenung begitu. Entah kenapa hati terdetik sesuatu. Ada yang tidak kena.
“Dhia Melati! Selamat datang ke syarikat saya dan selamat bekerja ya,” bicara Encik Aidil mengalukan kedatangan Dhia.
“Terima kasih, Encik Aidil.” Dhia bergerak ke tepi. Memberi ruang kepada Encik Aidil membolosi pintu. Selepas pengarah itu berlalu, dia memasuki pejabat Ameal dan terus duduk di sofa menyambung kerjanya semula. Bagus betul Tuan Pengarah tu. Ada juga ucap selamat bekerja. Anak dia ni? Haram sepatah pun tak ada. Hampeh!
“Kenapa lama sangat? Kan saya kata tadi dua puluh minit saja. Ni dah dekat setengah jam?” Ameal pandang Dhia tajam. Rasa marahnya dibiaskan kepada perempuan itu pula.
“Saya nak masuk tadi, tapi ayah Encik Ameal ada,” balas Dhia tanpa memandang kepada Ameal. Tangannya ligat mengetuk butang-butang di papan kekunci.
“Awak pasang telinga ya?” sergah Ameal tiba-tiba. Riak mukanya berubah.
“Eh! Mana ada Encik Ameal? Saya tak pasang telingalah! Telinga saya memang dah ada melekat dekat sini. Tak payah nak pasang-pasang,” jawab Dhia sarkastik. Telunjuk menunding telinga sendiri.
“Loyar buruk! Awak memang curi-curi dengarkan?” herdik Ameal lagi. Hidung, telinga, pipi, semuanya sudah merah menahan marah.
“Saya cuma terdengar saja. Tak sengaja,” bela Dhia.
“Samalah tu! Awak tahu tak itu satu kesalahan? Melanggar privacy orang!”
“Saya tak sengajalah!”
“Sengaja atau tak, bukan itu persoalannya!” tengking Ameal. Mukanya bertambah merah kerana api amarahnya semakin marak. Tidak pasal-pasal, Dhia menjadi mangsa ketidakpuasan hatinya kepada papa dia tadi.
“Okey.... saya salah. Saya mintak maaf.” Sepuluh jari dihadap sesama sendiri di hadapan dada memohon maaf. Mata tunak kepada Ameal. Lebih baik dia beralah. Buatnya sampai angin gila Ameal karang, tak balik rumah pula hari ni.
“Buat cepat kerja tu! Hari ni saya kena balik awal.” Suara Ameal sedikit kendur selepas mendengar permohonan maaf Dhia tadi. Lagipun tekaknya terasa perit asyik melengking saja.
Yes boss! Saya buat cepat-cepat. Encik Ameal kan nak balik awal sebab nak pergi jumpa future father-in-law,” suara Dhia bersahaja.
Bernanah telinga Ameal bila mendengar kata-kata itu. Memang sengaja cari pasal budak ni! rengus Ameal. Dia bangun dari kerusi. Tangan mencapai sehelai kertas di atas meja lalu dironyok menjadi gumpalan.
“Sibuk saja hal orang!” Gumpalan kertas dibaling ke arah Dhia. Jika batu yang dilontarkan tentu pecah kepala gadis itu.
“Apa ni Encik Ameal?! Main baling-baling pulak. Sayakan tengah sibuk. Tak ada masalah nak main-main.”
Ameal mencerlung geram. Hati bertambah sakit apabila Dhia seolah-olah tidak ambil pusing dengan riak marah yang terbias di wajahnya ini. Sebelum darahnya naik semakin tinggi, ada baiknya dia keluar dari bilik ini. Meja kerja ditinggalkan. Dia menuju ke pintu.
“Saya pergi production line. Saya tahu kerja tu siap!” ucap Ameal terus berlalu.
Dhia Melati tersenyum. Senyum untuk meraikan kemenangannya berjaya memainkan emosi lelaki itu.
“Baru kau tahu siapa Dhia Melati ni. Ini Dhia la... Dhia si hati batu.” Tangan di tepuk-tepuk ke dada tanda megah.

No comments:

Post a Comment