Total Pageviews

Sunday, June 14, 2015

Andainya Cinta Itu Ada - Teaser 25




“Apa lagi, cepatlah bentangkan production meeting tu. Senang kita bincang kalau ada mana-mana schedule yang bertindih dengan schedule yang sebelum ni,” balas Ameal tegas. Cuba menutupi rasa malunya. Mahunya tak malu, apabila setiap mata yang ada di bilik itu terarah kepada dia dan Dhia Melati.
“Gila! Selamba dekkk... saja si Dhia sound bos,” bisik Jefri kepada Zakuan. Zakuan senyap tidak membalas. Matanya melilau memandang staf-staf yang lain. Mungkin timbul soalan yang sama dalam kepala masing-masing.
Kertas yang berterabur di hadapannya segera Dhia ambil.
“Nak bentangkan apa ke benda? Mana aku tau. First time aku buat benda alah ni. First time aku attend production meeting, apa yang aku tahu,” getus Dhia perlahan.
“Cepatlah!” suara Ameal memetir lagi.
Perlahan-lahan Dhia bangkit. Belakang kepalanya digaru-garu seraya tersengeh kepada semua rakan-rakan sekerjanya. Bila anak mata sampai ke tempat Ameal, dia menjeling. Muka pula dimasamkan semasam buah asam kecut.
Zakuan menggeleng kepala. Hairan melihat perangai kawannya dan juga Dhia. Tidak pernah dia melihat Ameal taufan seperti itu sepanjang dia bekerja di sini. Tentu ada yang tak kena ni, tebak Zakuan. Kasihan Dhia Melati. Tak pasal-pasal jadi mangsa, gumam Zakuan belas.
“Tunggu apa lagi? Cepatlah!” Ameal mula menyinga.
“Ya... sabarlah sekejap,” balas Dhia selamba.
“Okey, semua. Di hadapan anda sekarang production schedule untuk minggu depan. Ada lima order yang perlu kita penuhi untuk tempoh penghantaran dari bla... bla... bla... bla...” Hampir sepuluh minit Dhia memberi penerangan. Kira hebat juga. Walaupun kali pertama, dia berjaya menghuraikan setiap butir dan fakta-fakta di dalam jadual itu dengan penuh terperinci. Semua yang hadir mengangguk tanda faham. Cuma seorang sahaja yang masih rasa tidak puas hati.
“Awak buat schedule ni, cantikkk... punya plan. Macam mana dengan BOM?” soal Ameal serius.
“Bom?” tanya Dhia semula.
“Ya, BOM!”
“Bom?” Dahi Dhia mula berkerut. Dia betul-betul tak faham. Bom apa? Aku bom dia karang, baru dia tau. Semalam tak ada sebut pun pasal bom-bom ni. “Nak bom apa Encik Ameal?”


1 comment:

  1. BOM nuklear kot. Sorang senget sorang sewel..

    ReplyDelete