Total Pageviews

Sunday, June 21, 2015

Andainya Cinta Itu Ada - Teaser 32




“Boleh Dhia tolong Mak Mah?”
Ish! Tak payahlah... Memasak ni senang saja. Lagipun Mak Mah dah biasa masak sorang,” halang Mak Mah. Dhia sebagai tetamu di rumah ini. Takkan dia mahu menyusahkan gadis itu pula.
“Tak ada apa yang susahnya, Mak Mah. Dhia dah biasa memasak ni. Dhia tolong ya?” Dhia beria mahu menawarkan pertolongannya.
“Mak Mah nak buat apa dengan sotong dan petai ni? Nak buat sambal tumis ya? Dhia tolong masakkan ya? Sambal tumis ni memang Dhia expert. Ayah Dhia selalu puji sambal Dhia. Kalau Dhia buat sambal tumis, gulai mak pun tak laku tau, Mak Mah. Sampai dua tiga pinggan ayah bertambah,” cerita Dhia berjela. Dia tertawa kecil kala mengenang keluarganya.
Mak Mah turut tersenyum. “Tak payahlah Dhia... Mak Mah kesiankan Dhia. Tak apa, nanti Mak Mah boleh masakkan.”
“Sampai hati Mak Mah tak bagi Dhia tolong. Mak Mah tak nak merasa masakkan Dhia ke?” Dhia buat-buat merajuk.
“Eh! Bukan macam tu,”sanggah Mak Mah serba salah. Gadis ini terlalu baik untuk dia kecilkan hatinya.
“Dhia masak ya?” cantas Dhia. “Nanti lepas masak ni, boleh kita makan sama-sama. Dah lama tak makan ramai-ramai macam satu keluarga. Dekat hostel selalu makan sorang saja,” celoteh Dhia lagi. Dicapai sotong dan petai di atas meja lalu dibawa ke sinki. Lincah tangannya melakukan kerja. Mulutnya juga leter bertanyakan itu dan ini. “Cili kering ada Mak Mah? Bawang kecil dan bawang besar dekat mana? Mak Mah selalu pakai asam keping ke asam jawa? Mak Mah buat sambal letak gula tak?”
Mak Mah layan saja soalan-soalan yang ditanya oleh Dhia. Rasa seronok pula memasak hari ini. Ada kawan buat sibuk dan bising. Meriah! Sudah lebih dua puluh tahun rumah ini tidak ceria. Namun hari ini, walaupun baru satu jam Dhia berada di rumah ini, gadis ini seperti telah membawa aura bahagia.
“Dhia berapa hari ada dekat sini?” soal Mak Mah ketika mereka sibuk melakukan kerja masing-masing.
“Sampai hari Ahad ni, Mak Mah. Kenapa?” soal Dhia semula.
“Mak Mah rasa soronok bila Dhia ada dekat sini. Selalunya Mak Mah sorang saja. Semua yang ada di rumah ni, sibuk belaka. Keluar pagi, baliknya malam. Anya pulak sebulan sekali baru balik ke sini. Lepas ni, selalu-selalulah Dhia datang ke sini ya? Jadi kawan Mak Mah,” pinta Mak Mah.
“Jadi kawan Mak Mah tu, Dhia memang sudi sangat. Tang datang selalu tu, susah sikit Mak Mah. Dhia seganlah,” balas Dhia. Gila, selalu nak tayang muka dekat sini. Nanti Ameal ingat dia sengaja cari peluang nak dekat dengannya. Sahih Ameal akan cakap, tak cukup di pejabat ke? Dekat rumah pun nak menempel. Huh! Tak kuasa!
“Dhiakan kawan Zaira, nak segan apanya? Kalau tak nak segan, Mak Mah ada satu jalan.”
“Jalan? Jalan apa Mak Mah?” Jangan yang bukan-bukan Mak Mah ni sudah. Takkan nak suruh dia sembunyi-sembunyi masuk pintu belakang sekadar nak jumpa Mak Mah?
“Jadi menantu rumah ni! Tiap-tiap hari Dhia boleh balik rumah ni. Mak Mah pun tak sunyi,” cadang Mak Mah tiba-tiba.
Glup! Erk! Dhia tercekik air liur. Terasa kesat liur itu di kerongkongnya. Berpasir! Entah manalah Mak Mah dapat idea mengarut ni? Tak masuk akal langsung. Tak hingin aku dengan singa poyo tu! Ke Encik Aidil ada anak lelaki yang lain? desis Dhia.
Hehehe... Apalah yang Mak Mah mengarut ni.” Dhia tersenyum sumbing.
“Eh! Mengarut apa pulak Dhia? Mak Mah cakap yang betul. Dari si Marissa tu, Mak Mah lagi setuju kalau Dhia dengan Ameal. Mak Mah boleh rekomen kan. Nanti Mak Mah bagitau papa Ameal,” ucap Mak Mah lagi.
Eeee... Mak Mah! Jangan buat yang bukan-bukan Mak Mah. Kalau Mak Mah buat macam tu, sumpah, Dhia tak mahu datang sini jumpa Mak Mah. Lagipun Encik Aidil sendiri yang mahu Ameal kahwin dengan Marissa. Apa Encik Aidil fikir bila tiba-tiba terselit nama Dhia?” Muka Dhia sudah pucat tidak berdarah. Memang macam-macamlah Mak Mah ni. Buat dia semput saja. Dia nak dijudukan dengan singa poyo tu? Memang taklah kan. Bagi free pun dia tak nak.
“Taklah... Mak Mah bergurau saja. Yang Dhia ni kalut semacam kenapa?” Mak Mah ketawa. Hairan betul. Perempuan lain kalau diberi tawaran macam tu punya bagus, pasti tak menolak. Yalah, si Ameal tu kan lengkap dan sempurna dari segala segi. Yang si Dhia ni pula menolak tanpa dakwa-dakwi. Jika ada jodoh Dhia dan Ameal, pun bagus juga. Hati tuanya  sudah berkenan kepada Dhia. Gadisnya baik, sopan-santun, ramah, mesra dan yang paling penting sebagai seorang perempuan Dhia ringan tangan. Tengok sajalah sekarang ni. Tak kekok dia menyudahkan masak sambal tumis sotong petai tu. Kalau Marissa? Harappp...

4 comments:

  1. wah bestnya...dhia dah ikut ameal blk rumah sbb zaira la ni...

    ReplyDelete
  2. Amboi...dhia dh keluar aura skill memasak dia la..

    ReplyDelete
  3. Amboi...dhia dh keluar aura skill memasak dia la..

    ReplyDelete
  4. Amboi...dhia dh keluar aura skill memasak dia la..

    ReplyDelete