Total Pageviews

Friday, June 19, 2015

Andainya Cinta Itu Ada - Teaser 30




“Ingat aku ni apa? Driver ke? Zaira ni pun satu. Tadi suruh duduk depan tak nak. Nak berborak dengan mak nenek tu. Apa, esok-esok tak boleh berborak lagi ke? Aku duduk sorang depan ni dah macam driver!” rengus Ameal.
“Encik Ameal, nanti singgah sekejap dekat hostel, ya. Saya nak ambik baju,” pinta Dhia tetapi nadanya lebih menjurus kepada satu arahan. Inilah masanya nak jadikan mamat ni budak suruhan. Tiba-tiba saja rasa macam jadi ‘mem’ besar pula bila duduk dekat belakang ni. Dhia tersenyum. Ameal melihat melalui cermin pandang belakang dengan hati membara. Rasa nak buat sesuatu saja pada bibir yang sedang mengukir senyuman tu.
“Zaira, kenapa tak naik dengan Pak Long saja tadi?” soal Ameal tidak puas hati. Nada suaranya separuh keras dan tegas.
“Dhia ni..., dia cakap segan nak naik dengan Pak Long. Lagipun Pak Long kata dia ada hal sikit,” balas Zaira.
“Yalah, Encik Ameal. Saya malulah nak naik kereta dengan Tuan Pengarah tu. Dengan encik lainlah. Saya boleh arah-arahkan encik nak pergi ke sana, nak pergi ke sini,” tambah Dhia pula. Senyum sinis terpamer di wajahnya. Ameal menjeling lagi melalui cermin pandang belakang sambil mengejek kata-kata Dhia.
As your wish my princess. Hari ni saya jadi driver awak ya... Setakat nak hantar ke hostel, tak ada hallah! Awak nak saya hantar awak pergi ke mana lagi? Bagitau saja saya. Nak saya hantarkan ke liang lahat pun boleh...” Ameal membalas sinikal.
“Amboi... Encik Ameal, nampak sangat tak ikhlas. Apa tak hantar saya ke syurga saja. Maklum sajalah, saya nikan budak baik-baik,” giat Dhia. Sengaja mahu memanaskan suasana.
“Eh! Mana ada? Saya ikhlas ni. Orang macam awak ni, bukannya ke syurga, tapi elok saya hantar ke neraka,” bidas Ameal pula.
“Alah..., sudahlah tu abang long, Dhia. Peninglah kepala Zaira. Nak bergaduh sajalah! Kau orang berdua ni memang tak ada kerja lain ke? Orang tua-tua kata, kalau asyik nak bergasak saja, lama-lama jadi suka. Ke memang kau orang berdua ni memang dah suka sama suka?” celah Zaira.
“Aku suka dengan mamat poyo ni? Memang taklah kan. Please...,” sanggah Dhia.
“Abang long suka dengan mak nenek tu? Kirim salamlah kan. Not my taste...,” cantas Ameal segera.
“Sudah....!” jerit Zaira kuat. Buku lima digenggan kuat menahan marah. Sakit otaknya berada di dalam kereta bersama dua manusia nilah! Kalah anjing dengan kucing. Zaman sekarang ni, kucing dengan anjing pun dah jadi member kamcing.

2 comments:

  1. Cpt nye dh smpai n3 30...jgn stop ya...pleassssssseeeeee!

    ReplyDelete