Total Pageviews

Sunday, June 7, 2015

Andainya Cinta Itu Ada - Teaser 18




Selepas fail production schedule dibuka, dia mula mengarah Dhia melakukan itu dan ini. BlackBerry di atas meja berbunyi. Ameal capai telefon bimbit itu. Butang hijau ditekan untuk menjawab panggilan. Dhia pula buat tidak endah. Kerjanya diteruskan. Hati terdetik. Kenapa pembetulan yang Ameal ajar serupa saja dengan apa yang dia buat tadi? Tak apa, buat dulu sampai selesai. Lepas tu tengok, sama ke tidak, putus Dhia.
“Helo pa... Ya pa..., Meal tahu. Kerja tak siap lagi ni, macam mana?... Bukan Meal yang janji, papa yang berjanji... Betul. Meal dekat pejabat lagi ni. Papa tak percaya?... Papa cakap dengan Melati. Sekejap. Dia ada sebelah Meal. Pasal dialah Meal balik lambat ni. Dia salah buat kerja, jadi kita orang kena buat semula. Besok kan nak meeting... Betul pa. Papa cakap sendirilah dengan dia...”
Dhia melebarkan cuping telinga mendengar perbualan Ameal. Papa? Maknanya, itu Encik Aidil. Apa hal pula mamat ni sebut-sebut nama dia?
“Nah! Papa saya nak cakap dengan awak.” Ameal meletakkan BlackBerrynya di hadapan Dhia.
“Eh! Kenapa pulak nak cakap dengan saya? Tak mahulah,” balas Dhia. Tangan menolak semula telefon bimbit itu kepada Ameal.
“Jawablah! Papa saya nak cakap dengan awak. Kalau dia marah awak, saya tak tahu. Silap hari bulan, dia buang awak kerja nanti baru tau.”
Eee... Leceh betullah kalau dah main ugut-ugut ni. Yalah, saya jawab.” Dhia merengus seraya mengambil semula telefon di hadapan Ameal. Matanya sempat melemparkan jelingan tajam kepada jejaka itu. Apa hal entah mereka anak-beranak? Dia pula yang dikaitkan. Dhia berdehem beberapa kali membetulkan kotak suaranya sebelum berkata.
“Assalamualaikum Encik Aidil. Selamat malam... Ya Encik Aidil, Dhia bercakap... Apa dia Encik Aidil?... Emmm. Betul, kita orang dekat pejabat lagi ni. Ada masalah sikit Encik Aidil... Berapa lama? Sekejap lagi kut... Ya Encik Aidil. Baik, baik. Nanti saya bagitau Encik Ameal. Assalamualaikum...” Perbualan ditamatkan. Butang merah pada keypad telefon, ditekan berkali-kali untuk melepaskan geram kepada lelaki di hadapannya ini.
“Oi! Jahanamlah BB saya tu. Awak ada duit ke nak ganti?”
Dhia buat tidak endah. Telefon Ameal diletakkan semula ke atas meja.
“Papa saya cakap apa?” soal Ameal ingin tahu.
“Encik Ameal..., kalau encik tak nak pergi rumah bakal future father-in-law jumpa future wife encik tu, janganlah babitkan saya sama. Jangan jadikan saya sebagai alasan!”
“Apa maksud awak ni, Melati?” Ameal menyoal. Pura-pura tidak faham.
“Jangan buat muka don’t know lah Encik Ameal. Bukan saya tak tahu, encik sengaja suruh saya buat semula production schedule ni sebab nak cengelat dari pergi rumah Datuk tukan?” Dia bukanlah bodoh sangat tak dapat nak ‘tangkap’ tektik lapuk lelaki ni. Poyo! Dhia mencebek.
“Eh! Mana ada? Memang yang awak buat tadi tu salah. Kenalah buat semula.”
“Salah apa bendanya? Tengok ni!” Laptop dipusingkan menghadap Ameal. Format production schedule yang dicetak tadi turut diletakkan di depan Ameal. “Samakan dengan yang saya buat tadi? Sebijik-sebijik serupa. Tak ada satu pun yang salah. Even satu nombor pun!”
Ameal diam. Nampaknya kali ini dia sudah terkantoi. Masa bila pulak, dia ni sempat check format tu? getus Ameal. Mata dialih melihat ke arah lain sambil tangan menggaru-garu kepala.
“Betulkan apa yang saya cakap tadi?”
Emmm... Aaaa... Hmmm...” Ameal kelu tidak berbahasa.
“Betullah tu?”
Ameal diam lagi. Dhia mencapai beg sandangnya dan berdiri.
“Sudahlah! Saya nak balik. Encik Aidil pesan, dia tunggu encik di rumah Datuk Idris Manan. Dia suruh encik terus ke rumah Datuk Idris Manan selepas selesai semua ni,” beritahu Dhia seraya tangannya menunding kepada laptop. Dia terus melangkah meninggalkan Ameal termangu-mangu. Geramnya kepada lelaki itu rasa seperti hendak di‘wachaa’ saja. Tak pun diKarate-do. Atau back hand ke. Baru lelaki tu tahu siapa dia ni. Suka-suka hati saja nak permainkan dia.
“Melati! Melati! Tunggulah!” Ameal cuba menahan, tetapi gadis itu buat tidak peduli. Kakinya terus menghampiri pintu. Menarik tombol dan lolos dari situ. Segera dia mematikan laptop. Telefon di atas meja diambil. Kemudian berlari pula ke meja kerjanya. Beg bimbit dan kotnya dicapai. Tanpa berlengah Ameal terus berlari mengejar Dhia Melati. Gadis itu hilang tanpa dapat dikesan. Selepas mencari Dhia di kawasan berhampiran, dia menuju ke tapak parkir.

No comments:

Post a Comment