Total Pageviews

Monday, March 30, 2015

Benci / Cinta... Awak Budak Nakal - 25



Bab 25
Syarikat MAS menyediakan penerbangan dengan kekerapan tujuh kali seminggu dari KL ke Heathrow, dan tentu sebaliknya juga. Kalau dia hendak pulang ke Malaysia selalu, boleh saja. Alasan tiada flight memang tak boleh digunakan. Yang menjadi alasan cuma masa dan ongkosnya. Lainlah kalau dia anak millionaire atau billionaire. Saban minggu boleh terbang balik ke Malaysia. Atau mungkin terbang ke serata dunia juga.
Selama Ayin bekerja sambil belajar di Portsmouth, kebanyakkan wang gajiannya disimpan dan membayar yuran pengajian. Jarang dia membelanjakan gajinya untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.  Tidak pernah dia berjoli atau berfoya-foya. Sesekali sahaja dia pergi bercuti. Itu pun dengan budget yang amat ciput. Sudah ada di bumi asing, kalau tidak pergi mengembara melihat keindahan alam, budaya dan ragam manusia memang satu kerugian. Jika hendak mengalami percutian yang mewah sedikit, pergi makan angin bersama Chad. Serba-serbi ditanggung oleh Chad. Nak shopping saja guna duit sendiri.  Maklumlah, Chad anak businessman.
Sepanjang enam tahun bersahabat dan tinggal serumah dengan Chad, dia tak pernah memaksa Chad bercerita tentang keluarga dan jenis perniagaan keluarganya. Lagipun Chad bukan seorang yang sombong, berlagak, bangga dengan kekayaan keluarga. Jadi Ayin tak mahu busybody. Yang penting Chad baik kepada dia dan rakan-rakan mereka. Di Portsmouth, Chad pun seperti dia juga. Bekerja mencari nafkah sendiri tanpa mengharap bantuan keluarga sambil menyambung pelajarannya. Boleh dikatakan Chad sekepala dengan dia. Sebab itulah dia selesa bersahabat dengan Chad.
Dari corong pembesar suara, kedengaran pengumuman memaklumkan bahawa pesawat MH19 telah selamat mendarat. Selepas berada di dalam perut kapal terbang selama hampir tiga belas jam dan menempuh jarak penerbangan sejauh empat ribu seratus empat puluh kilometer, akhirnya mereka berdua selamat tiba di KLIA. Selepas mengambil bagasi, mereka menuju ke pintu keluar di mana deretan teksi beratur menunggu penumpang. Kalau destinasi mereka searah tentu mereka boleh berkongsi teksi.
“Okey Chad! Aku chow dulu ya?” ujar Ayin sambil menghulurkan dua buah bagasi yang diheretnya kepada seorang pemandu limosin.
Confirm ke kau tak mahu terus fly ke Sabah?” Chad juga menghulurkan bagasinya kepada seorang pemandu limosin yang lain. Dia pelik, Ayin membatalkan niatnya untuk ke Sabah. Tidak seperti sebelum ini. Ayin akan ke Sabah sebelum pulang rumah. Soalan Chad Ayin balas dengan anggukkan saja.
“Kenapa?” soal Chad.
Ayin angkat bahu. “Aku tak tahu, kenapa kali ni hati aku rasa berat nak ke sana. Mungkin sebab kepulangan aku kali ini untuk selamanya. Lepas ni aku ada banyak masa nak pergi mencari dia. Lagipun aku rindu nak jumpa mama dan papa aku.”
“Dah sembilan tahun kau tak jumpa dia tu, kau tak rindu?”
Ayin terkedu. Apa nak jawab ya? “Kau sendiri tahu apa jawapannya kan?” Hujung-hujung, soalan dibalas soalan. Chad angguk tanda faham. Bagi Ayin pula, dia hanya sekadar menjawab soalan Chad. Sebenarnya hati rasa tidak sedap disebabkan oleh kata-kata Chad.
“Kau tak takut kalau-kalau kau jumpa dia nanti, dia dah kahwin?” Pertanyaan yang pernah diajukan oleh Chad ini sentiasa berputar dalam otaknya. Bila memikirkan hal itu, Ayin jadi kecut. Takut untuk menerimaan kenyataan andai itu benar-benar terjadi. Sanggupkah dia melupakan Yaya? Bolehkah dia memadamkan perasaan yang sekian lama bertapak di dalam hati? Tegakah dia melepaskan Yaya pergi? Mampukah dia melihat Yaya hidup bahagia bersama orang lain? Ayin telan air liur. Dia tidak sanggup. Dia tidak berani. Dan dia tidak bersedia untuk menghadapi itu semua. Sebab itulah dia membatalkan niatnya.
“Memandangkan kau tak jadi pergi Sabah, kau ikutlah aku balik rumah aku dulu. Parents kau tak tahu kau balik hari ni kan?”
“Tak apalah. Lain kali saja. Aku nak terus balik. Nak surprisekan mama dan papa aku.” Pelawaan Chad tolak dengan sopan. Chad tepuk bahu Ayin tanda setuju.
******
Kala Yaya sibuk menyiapkan borang ringkasan kursus yang dihadirinya semalam, telefon di atas meja berdering berkali-kali. Yaya jeling sekejap telefon itu.
Time-time orang sibuk macam ni, ada saja gangguan,” rungut Yaya sendirian.
“Riya! Kenapa tak angkat telefon tu?” Muka Kak Fatimah tersembul di pintu pejabatnya. Dia melangkah keluar dari bilik itu. Datang menghampiri meja Yaya. Fail tebal di tangan diletakkan ke dalam salah sebuah tray di tepi meja Yaya.
Telefon hitam di hadapan Yaya masih lagi berbunyi nyaring.
“Riya! Angkatlah telefon tu! Nampak tu! Line dua tu berkelip-kelip. Tentu ada incoming call,” arah Kak Fatimah dengan mata yang sengaja dibesarkan. Yaya sengih.
“Riya nak angkatlah ni kak Fatimah. Ni ha, tunggu habis tulis last word ni!” Pen mata bebola warna hitam di jarinya dilepaskan. Lekas tangan Yaya menyambar ganggang telefon lalu dilekapkan ke telinga.
“Helo.”
“Riya! Lambatnya kau angkat phone,” suara Yard di hujung talian.
Sorrylah sayang... Aku tengah buat report tadi. Jangan marah ha? Lunch nanti aku belanja kau makan?” pujuk Yaya dengan suara lembut. Kak Fatimah senyum nipis melihat telatah Yaya. Sambil menggeleng kepala, dia beredar dari meja Yaya menuju ke arah pejabat Encik Kamil.
“Aku bukan marah! Aku cuma nasihat!”
Kalaulah dia ada di hadapan Yard waktu ini, tentu dia boleh lihat Yard buat muka masam kucam. Mana tidaknya, sepanjang hari berpuluh-puluh incoming call Yard kena layan. Penat macam mana baiklah, suara kena sentiasa merdu menjawab panggilan. Itu belum termasuk panggilan dari klien-klien yang kepala hangin marah tak tentu pasal. Nak sambut pelanggan yang datang ke pejabat lagi. Huh! Penat juga jadi penyambut tetamu cum receptionist ni!
 “Ada incoming call line dua. Jangan lupa janji kau belanja aku makan tengah hari ni!” suara Yard merdu.
“Dengar saja nak belanja makan, suara terus lembut. Yalah! Nanti tengah hari aku datang cari kau. Terima kasih, Okey bye...” balas Yaya. Suara Yard hilang selepas itu. Lampu warna merah yang berkelip-kelip pada butang nombor dua ditekan sekali.
“Helo.”
“Assalamualaikum... Yaya?”
“Waalaikumussalam. Puan Julita apa khabar?” Dia kenal pemilik suara mesra itu.
“Alhamdulillah sihat. Yaya macam mana? Sihat? Lama tak datang jumpa saya?”
Emmm..., Yaya sihat. Yaya mintak maaf Puan Julita. Sejak kebelakangan ni, Yaya sibuk sikit. Banyak kursus Yaya kena pergi.” Ini bukan alasan, tetapi memang hakikat. Dalam sebulan ini, banyak betul kursus yang Kak Fatimah suruh dia sertai.
“Tak apa. Saya tahu. Suami saya ada bagitau Yaya apa-apa tak?” soal Puan Julita. Nada suaranya berubah. Kedengaran amat teruja di telinga Yaya.
 “Tak! Bagitau apa pun, Puan Julita?”
“Yaya ingat lagi pasal jamuan makan yang saya cakapkan dulu?”
Tiba-tiba rengkungnya terasa kontang dengan air liur.
“Jamuan makan?” Pantas Yaya teringatkan jemputan Puan Julita sebulan yang lepas.
“Alah... Jamuan makan sempena anak lelaki saya yang di UK tu balik bercuti.”
Di kerah otaknya untuk mengingati nama lelaki itu. Siapa hah nama mamat tu?! Digaru kepalanya cuba mengingati. Khat? Kad? Cha... Hah ingat dah!
“Chad?”
“Yalah Chad! Siapa lagi? Chad dah balik. Dalam perjalanan balik rumahlah ni...”
Kali ini puas Yaya mengumpulkan air liurnya untuk ditelan tetapi tiada! Tekak makin perit. Nak kata berpuasa, tidak pula. Hajat Puan Julita untuk memperkenalkan dia pada anak lelakinya dulu berlegar dalam kepala. Dan sekonyong-konyong itu juga rasa tak sedap kembali bertamu di dalam hati.

“Yaya datang tau? Saya buat jamuan tu malam ni. Alah... kita-kita saja. Tak ada orang lain. Kak Farah, Abang Rizal dan anak-anak dia pun balik. Petang nanti sampailah tu. Jangan lupa datang, ya Yaya?”
 Emmm... Insya-Allah, Puan Julita.”
“Bunyi macam tak nak datang saja?” Nada suara Puan Julita bertukar kendur.
“Takkk... Bukan macam tu... Yaya tengah banyak kerja. Yaya takut, Yaya terpaksa balik lewat. Nanti tak sempat nak pergi rumah Puan Julita.” Yaya serba salah.
“Kerja tu sampai bila-bila pun tak habis Yaya... Besok kan boleh sambung lagi? Kalau tidak, Yaya ikut sekali suami saya balik kerja nanti.”
“Hah? Eh! Tak apalah... Puan Julita. Yaya pergi sendirilah nanti. Yaya nak balik rumah dulu. Takkanlah badan masam-masam nak pergi rumah Puan Julita.”
“Baiklah! Jangan lupa! Yaya mesti datang,” tegas Puan Julita bersuara. Nak buat macam mana? Puan Julita, bini bos. Lagi pun Yaya dah banyak termakan budi Puan Julita dan Encik Kamil. Mahu tak mahu terpaksa akur.
“Baiklah. Sebelum maghrib, Yaya sampai. Yaya mintak maaf tak dapat tolong Puan Julita memasak. Nak singgah mana-mana, nak beli apa-apa pun tak sempat rasanya.”
“Tak apa... Janji Yaya datang. Itu dah cukup dah...”
“Yalah!” suara dia perlahan. Sudah putus asa untuk mengelak. Selepas berbalas ucap salam, perbualan mereka berdua tamat. Yaya termenung. Terbantut kerja menulis ringkasan kursus tadi. Dia pandang jam dinding di atas pintu masuk bilik Kak Fatimah. Pukul sebelas setengah pagi. Lagi enam jam sebelum tiba waktu balik hati dah rasa gabra, seram, gelisah, takut dan kecut. Belum pergi lagi, jantung dah melompat-lompat. Laju betul berdegup. Agaknya, macam manalah rupa mamat tu? Kalau betul Puan Julita nak kenenkan dia dengan mamat tu, lagu mana? Nak buat macam mana? Ayin? Bertambah seriau dia.
Sedang ralit Yaya melayan pelbagai rasa dalam hatinya, telefon hitam di atas meja kembali berbunyi. Lambat-lambat dia mencapai ganggang telefon. Berbelah bahagi. Mahu jawab atau biarkan saja panggilan itu. Takut Puan Julita lagi. Mungkin Puan Julita telefon mahu beritahu jamuan makan dibatalkan! Cepat-cepat dia mengangkat ganggang.
“Helo.”
Apasal hari ni ramai orang cari kau?” terjah Yard.
“Bini bos call aku lagi ke?”
“Bukan... Orang lain. Line satu. Jangan lupa tengah hari.”
“Aku tak lupa. Terima kasih!” lemau suara Yaya membalas. Untunglah Yard tengah hari ni. Rezeki dialah! Sah-sah Yard sapu sekali makan tengah hari dia, bila dia tak ada selera nak makan. Mana nak selera, panggilan yang dijawab sebentar lagi bukan panggilan dari Puan Julita membatalkan jamuan makan malam nanti.
“Helo.”   
“Riya!”
Terus tercampak semangat Yaya apabila koklea disergah dengan frekuansi suara sekuat itu. “Mmmama... Kkkenapa ni?” tergagap dia dibuatnya.
“Baru sekejap tadi Ayin telefon! Dia dah sampai KLIA. Sekarang dalam teksi. On the way nak balik rumah!”
“Hah, apa?! Ayin dah balik?” Jantung yang memang sedia laju berdegup, semakin memecut. Boleh kena heart attack macam ni. Kasihan dia... Tak pasal-pasal mati muda!
“Iya... Ayin dah balik! Baru... sekejap tadi dia telefon.”
“Sssemalam mama kata, Ayin tak confirm lagi bila flight dia?” Yaya gugup.
“Itulah... Mama pun terperanjat ni ha! Tiba-tiba saja Ayin bagitau dah sampai... Riya nak datang rumah mama tak? Jumpa Ayin.”
Sekarang otak Yaya mula berhempas-pulas berfikir. Jumpa Ayin? Chad? Makan malam rumah Puan Julita? Rancangan nak surprisekan Ayin macam mana? Cincin berlian di jari manis ditenung lama. Nanti perlu ke dia pulangkan cincin ini semula kepada Mak Long? Arggghhh! Dalam dilema betul dia sekarang.
“Riya? Macam mana? Nak datang jumpa Ayin ke, atau Riya masih nak sorokkan pasal Riya dan pertunangan kau orang berdua ni?”
Bagus juga kalau minta Mak Long sembunyikan dulu pasal pertunangan mereka. Boleh dia cari jalan penyelesaian andai betul Puan Julita ingin memadankan dia dengan anak lelakinya tu. Mungkin juga Puan Julita sekadar mahu dia berkenalan dengan Chad tanpa ada niat lain. Jadi misi menguji Ayin boleh diteruskan.
Emmm... Riya rasa nak surprisekan Ayinlah mama,” jawab Yaya teragak-agak. “Mama dan papa buat macam biasa. Macam tak ada apa-apa. Nanti Riya bagitau apa plan Riya,” sambung Yaya kemudiannya.
“Ikut suka Riyalah. Mama ikut saja,” balas Mak Long pula.
“Nanti mama ingatkan papa dan Along tau. Riya takut mereka tak sengaja terpecah lubang.”
“Itu Riya jangan risau. Ditanggung beres. Cuma Riya kena bagitau mama cepat-cepat, apa plan Riya. Boleh mama ambik part sekali. Mama nak tengok muka Ayin bila dia jumpa Riya nanti.” Mak Long ketawa di hujung katanya.
Yaya? Nak ketawa pun tak boleh. Jiwa tengah kacau, hidup bakal haru-biru lepas ni, mana boleh ketawa. Selepas ganggang diletakkan, Yaya kembali termenung. Apalah malang nasib hari ni? Dua masalah sekali datang bertimpa-timpa. Mata jatuh kepada cincin berlian di jari manis. Macam mana kalau Ayin tak nak kahwin dengan dia? Macam mana kalau Ayin sebenarnya dah ada buah hati dan tak sukakan dia lagi?
Aduhhh! Kenapalah hidup dia sekarang ni penuh dengan prasangka negatif? Memandai saja buat telahan Puan Julita ingin jodohkan dia dan Chad. Padahal Puan Julita tak cakap apa pun! Dia cepat menyangka Ayin ada buah hati. Bukan ke Along dan Kak Dina kata Ayin menunggu dia selama ini? Kenapa nak buruk sangka dengan Ayin?
Yaya mengeluh berat.

6 comments:

  1. Huwaaaaa..tegas lah sinar demi ayin..x sabar lah..

    ReplyDelete
  2. hehe dilema Yaya nie.. Mesti pening nak pilihkan...

    ReplyDelete
  3. Dilema.....dilema....ishk22222

    ReplyDelete
  4. kite plak yg berdebar...ahaks.. :D

    ReplyDelete
  5. kite plak yg berdebar...ahaks.. :D

    ReplyDelete
  6. Bencilah yaya. Napa mesti nak fikir pulak yg mana nak. Ni yg x sedapni huhu

    ReplyDelete