“Yaya buat apa?” Along datang menghampiri Yaya di bawah
bangsal beratap zink di tepi rumah Nek Ngah. “Along nak tolong boleh ke?”
“Tak apalah along. Yaya boleh buat sendiri.”
“Meh lah along
tolong... Boring lah dari tadi duduk
saja tak buat apa-apa.” Along rampas centong besar diperbuat daripada kayu dari
tangan Yaya. Kerja mengacau rendang di dalam kawah sederhana besar itu diambil
alih. “Macam mana Yaya boleh tahan panas api ni? Along baru sekejap mengacau
rendang ni pun, dah rasa berbahang dah ni.” Along sengih memandang Yaya.
“Yaya dah biasa buat kerja ni, along. Along tu lainlah
orang bandar,” usik Yaya seraya membalas senyuman Along.
“Yalah kan. Yaya dah biasa. Kenapa Nek Ngah lagi suka
guna kayu bila masak hah?! Atas rumah tu pun, Nek Ngah gunakan dapur kayu
juga,” soal Along. Tangannya hanya memegang hujung centong untuk mengacau
rendang. Sejauh mungkin dijarakkan tubuhnya dari tungku dapur.
“Biasalah along, orang tua tak suka masak guna dapur gas.
Bukannya tak ada dapur gas dekat rumah ni. Ada dua lagi. Satu Mak Ina beli,
lagi satu Mak Long belikan tapi Nek Ngah tak nak. Tak sedap katanya,” balas
Yaya mesra. Entah kenapa dia rasa serasi pula bersama Along. Terus terlupa
perasaan malu petang tadi kerana sikap ramah Along ini.
“Tak sedap? Tak fahamlah along apa yang tak sedapnya?
Rasanya sama saja pakai dapur gas ke, pakai dapur kayu ke.”
“Ish! Tak
adalah along... Rasa dia ada beza...”
“Iya ke? Rasa asap adalah!”
“Nek Ngah kata, rasa asap tulah yang buat lauk lagi
sedap.” Spontan Along ketawa mendengar alasan Yaya ini.
“Agaknya lah kan? Sebab tu sate rasanya sedap, ada rasa
asap.” Along ketawa lagi. Yaya senyum pelik. Apa kena mengena sate dengan rasa
asap hah?
“Kita belum kenal lagikan?” suara Along selepas ketawanya
reda.
“Eh! Bukan petang tadi kita dah kenal ke?” Yaya jatuhkan
pandangannya ke wajah Along. Pantas dia membandingkan raut wajah Along dan
Ayin. Memang Ayin lebih kacak dari Along. Muka Ayin tu, muka boleh cari makan tapi
Along ni wajahnya manis. Sedap mata memandang. Ayin tu harapkan muka saja handsome, tapi kedekut dengan senyum
buat apa!
“Along baru tahu nama Yaya saja. Memandangkan Yaya anak
angkat Mak Su Ina, maka secara rasminya Yaya dah jadi sepupu along juga.
Jadi..., wajib along kenal Yaya ni dengan lebih rapat lagi,” kata Along sambil
dahi berkerut menahan panas api yang mula marak. Cepat Yaya suraikan kayu sedikit
supaya api tidak semakin besar. Nanti santan sudah kering, dagingnya tak empuk
lagi. Centong kayu di tangan Along, diambil semula. Along kemudiannya duduk di
bangku kayu berhampiran.
“Ceritalah pada along tentang Yaya. Mama ada cerita pasal
keluarga Yaya. Macam mana Yaya boleh jadi anak angkat Mak Su Ina. Yang lain
along tak tahu.” Air muka Yaya berubah tiba-tiba. Saat-saat hari raya semakin
hampir, apabila disentuh soal umi dan abahnya, buatkan sedih yang tertunggak
datang menerpa.
“Maafkan along, Yaya. Kalau kata-kata along tadi buat
Yaya sedih.” Along bangun meninggalkan bangku lalu menghampiri Yaya semula. Yaya
senyum pahit. Cuba mengaburi kesedihan di wajahnya dari pandangan Along.
“Tak banyak cerita pasal Yaya yang boleh Yaya bagitau kepada along. Semuanya Mak Long
dah ceritakan,” balas Yaya enggan membuka relung duka di hatinya.
“Pasal umi dan abah Yaya tu, Yaya sabarlah. Sudah
ketentuan Allah SWT begitu. Along tahu dah dekat nak raya ni, tentu Yaya rasa
sedih bila teringatkan umi dan abah Yaya tapi Yaya tak perlu sedih sebab kami
ada. Kami pun sebahagian dari keluarga Yaya jugakan?” Yaya angguk perlahan.
Segera diusir rasa pilunya sebentar tadi.
“Dah! Esok nak raya. Tak baik bersedih-sedih malam ni.
Kita cerita pasal lain nak?”
“Cerita pasal apa?” soal Yaya semula selepas pilunya
kembali dikunci di dalam hati.
“Yaya sekolah tingkatan berapa?”
“Dua. Along?”
“Tingkatan lima.”
“Ayin?”
“Eh! Minat juga ke nak tahu pasal Ayin?” Along senyum
sumbing. Ini senyum nak mengusik ke, senyum perli?
“Saja nak tahu,” balas Yaya sambil buat-buat sibuk
mengacau kuah rendang yang semakin kering.
“Saja nak tahu ke, dah berkenan? Maklum sajalah... Ayin
tukan lagi handsome dari along ni...”
Along mengusik lagi. Yaya jeling Along sekejap sambil buat muka. Berkenan
dengan Ayin? Oh! Pleaselah... Budak
banyak cekadak, banyak bunyi, banyak songeh, sangat kekwat, banyak keok, asam kedondong, asam kecut dan teramat kerek macam tu? Not my tastelah! Tengoklah sekarang ni. Entah di mana dia agaknya?
Orang tengah sibuk dekat bawah ni tolong Nek Ngah memasak juadah untuk santapan
di pagi raya, bukan reti dia nak turun menolong sekali. Berlagak yang ampun.
Harapkan muka saja lawa, tapi perangai hampeh!
“Apasal Yaya
buat muka macam tu?”
“Buat muka apa?”
“Ya! Buat muka macam ni.” Along ulang tayang mimik muka
yang diekpresikan oleh Yaya sebentar tadi.
“Eh! Mana ada Yaya buat muka macam tu?”
“Jangan nak tipulah, Yaya. Along nampak...”
Yaya tak tahu nak balas apa.
“Ayin tu nampak saja macam tu Yaya. Tapi dalam bab cintan-cintun ni dia champion tapi, itu dululah. Sekarang ni
dia dah single. Along takut dalam Yaya
tak suka Ayin tu, nanti bila terjatuh hati pada Ayin, buruk padahnya.” Along
mengeluarkan amaran sambil menyeringai menayang gigi. Budak macam Ayin tu terror dalam hal cintan-cintun? Rasa tak percaya saja. Siapalah perempuan malang tu
agaknya ya? Tadi Along kata, itu dulu. Sekarang Ayin dah single. Tentu awek Ayin tinggalkan dia pasal tak tahan dengan
perangai kekwat Ayin tu. Yaya buat
muka lagi. Along sengih lagi.
******
Hari Raya menjelma. Pagi itu semua orang sibuk. Nek Ngah,
Mak Ina dan Yaya sibuk di dapur menyiapkan juadah untuk dihidang di atas meja.
Pak Long, Along, Syidan dan Ayip sibuk bersiap hendak ke masjid. Ayin? Sibuk
nak balik KL. Pagi-pagi lagi dah buat bising. Kompelin tak dapat tidur malam
tadi. Panas dan banyak nyamuk katanya. Pak Long dan Mak Long pekak kan telinga
saja bila Ayin tak habis-habis merungut. Barangkali mereka sudah lali dengan
perangai Ayin tu. Yaya pula yang rasa rimas. Ayin membebel, lebih teruk dari
Nek Ngah. Ini dia muda belia lagi. Bila dah tua macam Nek Ngah, entah macam
mana nanti. Sebab itulah Ayin kena tinggal dengan awek dia dulu agaknya, tukas
benak Yaya.
Ketika Ayin melintasi dapur untuk ke bilik air di luar
rumah, sempat Yaya menjeling kepadanya. Yaya lihat muka Ayin sama seperti
semalam. Malahan bertambah teruk. Muka Ayin tu bukan macam asam kecut lagi dah!
Kali ni dah serupa tapai. Tapai basi yang dah benyek! Dari tingkap dapur rumah
Nek Ngah, Yaya lihat Ayin mencangkung di tepi pintu di luar bilik air. Kenapa
budak tu? Takkan nak memburan dekat
situ? Kot nak memburan pun, masuklah
dalam jamban. Bukan jauh sangat pun. Sebelah bilik air tu saja. Tak senonoh
betul perangai!
“Yaya! Yaya tengok apa?” sapa Mak Long.
“Yaya tengok Ayin tu, mak long.” Muncung Yaya panjang ke
luar rumah.
“Kenapa?” Mak Long menghampiri Yaya.
“Ayin..., entah buat apa mencangkung dekat luar bilik air
tu.” Sekali lagi Yaya juihkan mulutnya ke tempat yang sama. Mak Long merapati
tingkap dan turut menjengah ke luar rumah.
“Ya Allah! Ayin...!” Mak Long memekik. Cepat Yaya
berselindung di balik dinding apabila Ayin memandang ke arah tingkap tempat dia
berdiri. Takut Ayin perasan yang dia sedang mengintip Ayin di situ.
“Apa ma...?!” Suara Ayin seperti tidak puas hati.
“Cepatlah! Buat apa duk mencangkung termenung dekat situ?
Nak pergi sembahyang rayalah! Kalau lambat nanti papa tinggalkan pula,” jerit
Mak Long dari tingkap dapur.
“Sejuklah mama nak mandi!” sahut Ayin.
“Mak ngah dah buatkan untuk dia air panas tadi, Yah!”
sampuk Nek Ngah di meja makan. “Suruh dia mandi air yang dalam tong hitam tu.
Mak Ngah dah siap campur dengan air panas dah,” sambung Nek Ngah lagi.
“Biar sajalah dia mandi air kolah tu mak ngah,” pangkas
Mak Long.
“Kesian dia. Sejuk nanti!”
“Mak ngah rajin sangat melayan perangai dia. Sebab tulah
Ayin tu melampau-lampau mengada-adanya.” Mak Long berpaling melihat Nek Ngah.
Tak banyak sikit, Nek Ngah juga memainkan peranan menyebabkan Ayin jadi macam
tu. Dimanjakan sangat budak Ayin tu!
“Kamu ni Yah... Jangan zalim sangat dengan anak sendiri.
Kamu juga yang ajar dia mandi dengan air panas dekat bandar sana tu.”
“Dekat bandar tu lain, mak ngah... Rumah kami tu ada water heater. Senang... Petik suis di
dinding, dah keluar air panas. Dekat kampung ni, kesian Yah tengok mak ngah
kena siapkan air panas untuk Ayin tu,” balas Mak Long pula. Nek Ngah hanya
gelengkan kepala. Nak buat macam mana? Tak dilayan ragam si Ayin tu, dia rasa
bersalah. Dilayan, dia pula yang salah. Mak Long jengahkan semula mukanya di
tepi tingkap.
“Nek Ngah suruh Ayin mandi air yang dalam tong hitam tu!”
Mak Long menjerit seperti tadi menyampaikan pesanan Nek Ngah. Yaya panjangkan
leher mengintai dari belakang Mak Long. Dia lihat Ayin bangun lalu masuk ke
dalam bilik air sambil mulut kelihatan seperti merungut. Sesaat selepas itu...
Pang!
Kedengaran pintu bilik air ditutup dengan kuat. Hampir
hendak tercabut pintu bilik air Nek Ngah yang dah uzur tu. Sudahlah tunggu
waktu hendak tertanggal saja. Nampaknya, pendek umurlah pintu tu! Mak Long
geleng kepala. Nek Ngah pula kedengaran mengeluh kecil. Tak faham betul Yaya. Apa
yang Ayin marahkan sangat tu? Marah sebab Nek Ngah dah siapkan air panas untuk
dia mandi atau marah sebab dia disuruh mandi air panas? Pening kepala! Ke dia
tak nak mandi? Takut air macam kambing? Gerutu benak Yaya. Lantas secebis
senyuman tersungging di bibir Yaya. Kambing!
******
Pulang dari masjid selepas solat Hari Raya Aidilfitri, Along
sibuk mengajak Yaya, Syidan dan Ayip pergi berjalan-jalan. Katanya hendak
beraya ke rumah penduduk-penduduk di sekeliling kampung.
“Jomlah Yaya...”
“Malaslah, along. Nanti tak ada orang tolong Nek Ngah
kalau ada tetamu datang beraya.” Lembut Yaya menolak. Bukannya dia tak mahu
temankan Along. Mood nak beraya tidak
berapa ada sangat. Masih terasa kekurangan beraya tanpa abah dan uminya.
“Syidan dan Ayip pun ikut sekali. Baru seronok jalan raya
ramai-ramai. Jomlah Yaya...” pujuk Along lagi.
“Pergilah Yaya. Temankan Along tu.” Mak Ina menyampuk.
“Kesian Along tu, dah beria-ia sangat dah tu!” tambah Mak
Ina pula. Baru Yaya hendak membuka mulut untuk menjawab, Mak Ina menyambung
kata-katanya. “Pasal rumah ni jangan risau. Mak Ina dan Mak Long kan ada?”
“Yaya ikut, ya? Along nak kutip duit raya banyak-banyak
ni.” Heh! Lawak betul Along ni.
Mengalahkan budak-budak tadika excitednya.
Belum sempat Yaya mengangguk setuju, Shidan dan Ayip sudahpun menunggu di mata
tangga. Sama juga seperti Along rupanya. Tak sabar-sabar nak kutip duit raya.
Shidan dan Ayip memang padanlah begitu perangainya. Budak-budak Ribena lagi.
Yang si Along ni, dah besar gajah macam ni perangai sama seperti Shidan dan
Ayip, apa hal?
“Okeylah! Yaya ikut. Budak tu?” Yaya juihkan muncung
kepada Ayin yang sedang terbaring di hadapan televisyen. Berlengeng tanpa baju.
Ke mana tah terbang baju Melayu dia tadi. Kipas berkaki pendek pula dihadapkan terus
ke mukanya. Panas sangatlah tu! Ayin sibuk main games PSP sambil makan kuih bangkit tepung. Muka masam mencuka tak
payah nak diceritalah. Orang celebrate
hari raya ni, sukanya bagai nak rak.
Yang si Ayin ni pula, buat muka macam
ayam tercekik buah mengkudu kenapa?! Kelat bukan semacam tapi bermacam-macam!
“Kita nak ajak Ayin juga ke?” soal Along. Yaya angkat
bahu menjawab. Along berpaling kepada Ayin. “Yin! Kita orang nak pergi jalan
raya. Ayin nak ikut tak? Nak ikut jomlah join.”
Ayin buat muka selamba tidak memberi sebarang reaksi.
Yaya terus tarik tangan Along ke pintu. Malas hendak menunggu jawapan Ayin yang
tentunya tak akan kunjung tiba. Tengok muka pun dah tahu dah. Apa yang tertulis
di sebalik riak air mukanya senang sangat dibaca. Menyampah! Tak nak ikut
sudah! guman hati Yaya. Betul kata Nek Ngah, Ayin ni memang tak suka balik
kampung. Sejak balik dari solat raya tadi, entah berapa puluh kali Ayin bising
mengajak Pak Long dan Mak Long balik ke KL semula. Loghat betul!
Kerana tidak tahan dengan ragam Ayin, dua hari kemudian,
Pak Long dan Mak Long pulang ke KL semula. Pak Long kata, dia bukannya tidak
mahu tinggal di rumah Nek Ngah ni lama-lama. Cuma telinga Pak Long dah tak
tahan mendengar Ayin membentak. Dua minit sekali memekak di telinganya mengajak
balik ke KL. Mahu tak rimas Pak Long dibuatnya.
Fikir balik, bagus juga Ayin balik ke KL semula. Kasihan
Nek Ngah tu. Dah seperti orang gaji Ayin pula. Serba-serbi kehendak Ayin, Nek
Ngah turuti. Semuanya semata-mata mahu menjaga hati Ayin. Kalaulah lagi lama
Ayin dekat rumah ni, confirm cepat
Nek Ngah dapat penyakit semput. Apa tidaknya, tak sempat Nek Ngah nak
melabuhkan punggung sudah dipanggil oleh Ayin. Hendak itulah, nak inilah.
Memerintah saja tahunya!
Petang itu selepas Pak Long, Mak Long, Along dan Ayin
balik, Yaya tiba-tiba rasa semacam. Dia jadi sunyi. Sepi. Seperti ada
kekurangan. Kerap muka budak asam kedondong, asam kecut, tapai benyek tu
singgah di dalam benaknya. Tak tahulah kenapa. Ada yang tidak kena nampaknya.
Dalam hati mula disapa satu perasaan anih.
Kenapa ni? Takkan aku dah suka dengan budak tu kot?
Mustahil... Impossible... Mana boleh aku
ada rasa macam tu dekat dia? Budak tu, harapkan muka saja okey, tapi perangai arekkk... Sebenarnya bila tengok dua
tiga kali muka Ayin tu, boleh tahan juga. Kalau dia senyum mesti lagi handsome, desis Yaya.
Ah sudah! Lagu mana ni? Takkan dia dah angaukan si Ayin
pula? Ayin tu bukannya taste dia.
Kalau dah hampir sedozen gelaran terindah buat Ayin tu, mustahil dia sukakan Ayin.
Budak banyak cekadak, banyak bunyi,
banyak songeh, sangat kekwat, banyak keok, asam kedondong,
asam kecut, tapai benyek, teramat kerek
dan perangai arek macam tu, dia boleh
terjatuh hati? Tak boleh jadi ni.
Apa yang dapat Yaya rasakan, dia seperti tidak
sabar-sabar pula menunggu Ayin pulang semula ke kampung ini lagi. Hmm..., entahlah...
Nampaknya dia kenalah tunggu hingga raya tahun depan.
Raya tahun depan?! Ush!
Lama lagi tu!
No comments:
Post a Comment