Bab 21
Yaya renung cincin di
jari manis. Ini rupanya plan Mak
Long. Ayin tentu terperanjat nanti. Dia sendiri pun hampir-hampir kena heart attack. Cincin yang tersarung di
jari diputar-putar sambil mengingati semula detik pagi tadi.
“Tak payahlah, mak long.
Buat susah-susah saja mak long belikan cincin ni untuk Yaya.” Yaya cuba
menolak. Tak ada angin, tak ada ribut, hairan kenapa Mak Long tiba-tiba belikan
cincin ini untuk dia. Harga cincin pun boleh tahan mahal. Buntang sekejap melihat
harga pada tag kecil yang terikat di cincin. Kalaulah berhutang, seumur hidup
pun belum tentu habis dilunaskan. Jangan cari pasal! Diamondnya pula, tu ha kau..., besar biji kacang hijau. Itu batu
yang di tengah-tengah saja. Batu kecil-kecil di sekelilingnya tak dikira lagi.
Mahu panjang sebelah tangan kalau sarung cincin ni.
“Tak cantik ke? Kalau tak
cantik, kita tukar cincin yang lainlah, ya?”
“Eh! Tak adalah mak long.
Cantik... cincin ni, tapi buat apa mak long beli cincin mahal ni untuk Yaya.”
Pipi digaru walaupun tidak gatal.
“Hai! Nak beli cincin
tunang untuk bakal menantu pak long pun tak boleh ke?” Pak Long yang sedari
tadi asyik berdiam diri mencelah.
“Hah!” Terus terlopong
mulut Yaya. Ni kalau masuk lalat lima enam ekor pun, mesti tak perasan punya. Terperanjat
gila!
“Ya... Cincin ni untuk
Yaya. Pak long dan mak long nak pinangkan Yaya untuk Ayin. Kita tak payah
buat-buat kenduri semua. Nanti bila majlis nikah kahwin besok, kita buat
betul-betul punya grand,” Mak Long
menambah pula.
“Hah!” Lagi besar mulut
Yaya ternganga. Bukan lalat saja, kalau langau masuk lima enam ekor pun, belum
tentu dia sedar. Terkejut sawan!
“Lepas ni Yaya kena
panggil papa dan mama tau... Jangan panggil pak long, mak long lagi. Faham?!”
Pak Long berkata sambil tersenyum. Yaya yang masih tergaman, cuma mampu
membalas dengan anggukkan perlahan. Kemudian dia terus tertunduk malu. Malu
tapi mahu...
“Yaya setuju tak jadi
tunang dan isteri Ayin ni?” Mak Long tatap wajah Yaya yang mula merona merah. Gila
tak setuju?! Rugilah kalau Yaya tak setuju. Pucuk dicita, bukan ulam yang
mendatang tapi sebatang pokok betul yang Yaya dapat.
“Setuju tak?” Pak Long
pula ulang soalan yang sama. Yaya yang tertunduk, rasa seperti sudah patah
tengkuk. Semakin meliuk kepalanya ke dada. Mak Long dan Pak Long berbalas
senyuman.
“Setujulah tu!” usik Mak
Long.
Pulang saja dari pekan,
Mak Long terus khabarkan berita itu kepada Mak Ina. Bukan main gembira Mak Ina.
Langsung tidak membantah. Shidan dan Ayip pun setuju. Riuh-rendah sebuah rumah
dengan gelak ketawa mereka bilamana mereka mengusik Yaya tentang Ayin. Rupanya
semua sejarah silam kenakalan Ayin kepada Yaya, Along dah ceritakan kepada
mereka. Tebal berinci-inci kulit muka Yaya rasanya. Sedang giat mereka menyakat
Yaya, telefon rumah Mak Ina berdering nyaring. Dengan ketawa yang masih berbaki
Mak Ina datang menghampiri telefon di meja kecil tepi dinding tengah rumah.
“Assalamualaikum...” ucap
salam didahulukan sebaik sahaja ganggang mencecah cuping telinga.
“Waalaikumussalam..., mak
su mama ada tak? Puas along telefon handphone
mama dengan papa, tapi tak berjawab.”
Kerana teruja yang
teramat sangat, terus Mak Ina pecah lubang. Soalan Along langsung tidak
dilayan. “Yaya dan Ayin dah bertunang, along!” suara Mak Ina riang. Yaya di
sisi Mak Long tunduk merenung lantai. Aduh! Mak Ina, apasal tak menyempat-nyempat
bagitau Along?
“Apa yang mak su merepek
ni?” sambut Along di hujung sana, tidak percaya.
“Betul..., mak su tak
tipu.”
“Yaya dan Ayin bertunang?
Mak su ni mengingau ke apa? Ayinkan dekat UK? Yaya pula dah berapa lama kita
tak jumpa.” Along sangka Mak Sunya melawak saja.
“Yaya dah balik! Ada
dekat kampung ni!”
“Hah?!”
“Yaya dah balik, long!
Sebab tu mak su panggil papa dan mama along balik kampung malam tadi.”
“Mak su..., mak su ni apasal? Takkan mak su dah nyanyuk kot?”
“LailahaillAllah... budak
ni! Tak percaya pula apa yang kita cakap. Kalau tak percaya, kamu cakap sendiri
dengan mama kamu.” Mak Ina berpaling kepada Mak Long di kerusi tidak jauh
darinya.
“Nah kak long! Kak long
cakap dengan si along ni. Ina bagitau
dia yang Yaya dah balik, mampus dia tak nak percaya. Dia ingat Ina ni buat
lawak agaknya.” Mak Ina unjukkan ganggang telefon kepada kakaknya. Dengan tawa
yang berdekah, Mak Long hampiri Mak Ina. Ganggang beralih tangan.
“Helo... along...”
“Apa kena dengan Mak Su
tu, mama?” Terus Along ajukan soalan itu sebaik sahaja terdengar suara ibunya menjawab
panggilan.
“Kena kenapa ni?”
“Mak Su bagitau tadi, Ayin dan Yaya dah
bertunang. Mak Su tu dah nyanyuk ke atau mengingau siang-siang ni?”
“Betullah apa yang Mak Su
cakapkan tu...” Mak Long sudah terkekek ketawa. Riang benar hatinya bila
membayangkan wajah cemberut Along ketika ini.
“Mama pun dah nyanyuk
macam Mak Su juga ke?” Along mati-mati tidak percaya. Apa kena mama dan Mak Su
hari ni? Sama saja buang tabiat dua orang ni. Choiii... Tak sayang mulut kau, long. Mintak benda yang bukan-bukan
pula.
“Buat apalah kami nak
menipu, long. Betul..., mama dan papa dah tunangkan Ayin dengan Yaya.”
“Peninglah kepala along
macam ni. Malas nak layan mama dan Mak Su. Dua-dua sama saja! Tolong along
panggilkan papa. Along nak cakap dengan papa pula.”
“Okeylah! Kalau tak
percaya, along tanya papa. Sekejap, mama panggilkan papa,” ujar Mak Long lantas
memanggil suaminya selepas itu. Ganggang telefon bertukar tangan.
“Betullah macam yang Mak
Su dan mama cakapkan tadi tu, along... Kami dah tunangkan Yaya dan Ayin. Papa
dan mama baru balik dari pekan. Pergi beli cincin tunang dia orang. Yaya dah
balik ke sini. Sebab tulah Mak Su panggil papa dan mama balik kampung malam
tadi.” Pak Long cuba meyakinkan Along.
“Hah apa?! Jjjadi
betullah Ayin dan Yaya dah bertunang. Tapi macam mana boleh...” Kalau sudah
papa pun mengiakan cerita yang sama, bermakna Mak Su dan mama bukan buat cerita
dogeng. Takkan papa nak join sama
menyakat dia, kan?
“Along kalau nak tahu
cerita selanjutnya, balik saja kampung. Lagi senang. Yaya pun ada ni. Boleh
jumpa Yaya.”
“Apppa?! Yaya ada dekat
kampung?” Sudah dua kali papanya buat kenyataan, baru kali yang kedua ini
melekat di telinganya.
“Ya..., Yaya dah ada
dekat kampung ni. Baliklah sekejap. Dina, along tinggalkan dengan bibik dekat
rumah papa, kalau dia tak larat nak ikut sekali.”
“Okkkey! Along bertolak
sekarang.” Kedengaran suara Along seperti orang sedang mengalabah di sebelah
sana. “Pa!”
“Ya!”
“Sampaikan salam along
pada Yaya. Suruh dia tunggu. Along balik sekarang. Along nak jumpa dia.”
“Ya, nanti papa
sampaikan. Yaya tu takkan ke mana-mana, long. Hati-hati pandu kereta tu.”
Kalau dah Along pun
sampai terperanjat orang utan bila tahu dia dah balik, apatah lagi dengan Ayin
nanti. Tentu terperanjat gorila! Yaya sengih.
setiap ari bkk blog ni nx tgok de entry baru x...hihihi...makin lame makin best...keep it up.. ;)
ReplyDeleteMekasih sudi ikuti crite ni. tunggu blan 6 nnti ya
DeleteHaah,best kan..tak sabar nak tau reaksi ayin bila jumpa sinar
ReplyDeleteMekasih ya.... muahsss
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete:)
ReplyDeleteBest
ReplyDelete