“Begini rupanya roman si Jason Godfrey ni. Ish! Tak serupa pun, tapi, hmm... boleh
tahan juga. Kalau begini punya handsome,
macho marka aku, mahu tak lelap tidurlah tiap-tiap hari.” Azizah sengih
sendirian. Konsol ditarik ke bawah untuk melihat deretan gambar Jason Godfrey
yang lain. Setiap kali mata meneliti gambar-gambar Jason Godfrey, hatinya mesti
terbesit sesuatu. Entah kenapa dengan hati dia ni agaknya.
Jangan cari pasal, Zizah... Jangan kau cuba-cuba berlaku
curang. Kaukan tahu bagaimana sakitnya bila Khairi khianat pada kau dulu?
Takkan kau nak buat benda yang sama pada Iskandar? Segera Azizah campak
jauh-jauh sesuatu yang terdetik di hatinya tadi.
“Tapi Jason Godfrey ni mana ada jambang serabut macam mamat tu?”
Jambang serabut? Mana ada? Elok mamat tu trim jambang
dia. Cantik saja. Tersusun rebah hingga ke bawah dagu. Tidak berceracak.
Maskulin betul. Nak tahu sama ke tidak, ada roman ke tidak, satu saja caranya.
Konsol di tolak ke atas mencari ikon cetak. Diklik sekali
pada ikon itu, dan talian komputer disambungkan kepada mesin pencetak berwarna
di belakangnya. Sesaat selepas itu mesin pencetak mula bising menjalankan operasi.
Done!
Gambar Jason Godfrey yang terjulur keluar dari mesin
pencetak segera diambil. Dia capai pula pen marker 70 warna hitam dari kotak stationery di hujung meja. Mula
menconteng wajah kacak pada kertas itu. Setelah siap...
“Pandai betul kepala Kak Siti imagine muka mamat tu.
Memang sebijik Jason Godfrey tapi
versi ada jambang.” Dia berkata sendirian.
“Kok den la, ado
boipren ghupo hansom macam ni, konpem tak lolap tido.”
Cepat dia menoleh.
“Kusss...
semangat... Wei terperanjatlah aku!” Azizah
mencerlung geram wajah Raja Faizah merangkap receptionist mereka yang menyergah dia sebentar tadi.
“Tapi yang nak
jumpo kau kek dopan nun, bukan mamat yang ngupo ni,” beritahu Raja Faizah
dalam longat Negeri Sembilannya seraya telunjuk menunding kepada gambar yang
diconteng oleh Azizah.
“Hah?” Dia kerut dahi tidak faham.
“Tu! Kek dopan nun
Fahrin Ahmad nak jumpo ekau. Ooo... betunang dalam sonyap-sonyap yo? Tak
menjomput pun?”
“Hah?” Semakin Azizah tidak faham. Fahrin Ahmad nak jumpa
dia? Gilos ke apa?
“Dah poi lah copek.
Den nak tipon ekau tadi. Tapi tak jadi pulak sobab den on the way nak poi toilet.”
Raja Faizah kemudian meninggalkan dia termangu-mangu.
Dalam otak yang masih tertanya-tanya, dia bangun juga. Mata terus melihat ke
depan sana. Dikecilkan anak mata supaya iras lelaki yang berdiri di hadapan
meja receptionist itu dapat dilihat
dengan lebih jelas dari tempatnya ini.
Heh! Klon Fahrin Ahmad rupanya. Puas dia menyembunyikan
dirinya dari Iskandar. Tidak dapat jumpa di rumah, Iskandar cari dia di sini
pula. Itulah, siapa suruh otak tu masin sangat. Tadikan dia ada terdetik yang
Iskandar mungkin akan mencari dia di sini. Sekarang ni, betul-betul terjadi.
Padankan dengan muka sendiri.
Sebelum melangkah mendapatkan Iskandar, Azizah menjeling
seketika ke meja Kak Siti. Kalaulah Kak Siti nampak, confirm kena tarbiah. Mujur juga Kak Siti sedang sibuk. Segera
Azizah melangkah ke ruang hadapan pejabat.
Dari jauh dia sudah dapat melihat Iskandar tersenyum
manis kepadanya. Iskandar dan senyuman kambing dia tu, memang tak dapat
dipisahkan. Macam mana dia nak marah Iskandar lama-lama kalau Iskandar selalu tayang
senyum menggoda macam tu? Sebab itulah dia mahu mengelak dari berjumpa
Iskandar. Sebab dia tahu, dia pasti akan rebah dengan senyuman kambing mamat tu.
“Buat apa awak datang jumpa saya dekat sini? Sinikan
tempat kerja?” Muka dibuat riak masam dan marah.
“Saya pergi rumah awak tadi, saya tengok, kereta awak tak
ada. Saya telefon, awak tak jawab. Saya telefon Zai. Zai bagitau awak dah masuk kerja. Sebab tu saya datang sini. Awak tahu
tak saya dah rindukan awak? Dua hari tau saya tak tengok muka awak.”
Mata dijelingkan ke atas. Ingin menunjukkan yang dia
tidak percaya kata-kata Iskandar yang lebih manis dari gula-gula kapas tu.
“Awak tak percaya? Kalau saya boleh peluk cium awak ni, sekarang
juga saya dah peluk cium. Rindu awak dua ratus persen.”
“Heh! Ingat ni slot drama Akasia ke?”
Iskandar senyum menawan lagi.
“Drama tak drama. Yang saya tahu, saya rindukan awak.
Sekarang ni, saya rasa hidup saya tak lengkap kalau tak jumpa awak. Kalau tak
kerana awak yang mintak tunggu tiga bulan tu, jam-jam ni juga saya nak kahwin
dengan awak. Biar hari-hari saya dapat hadap muka awak. Makan pandang awak,
tidur pandang awak, bangun tidur pun ada muka awak. Nak mandi pun dengan awak.”
Iskandar buat sengih nakal.
“Hah! Mandi nak...?” Tak sanggup mulut dia nak mengulangi
perkataan yang dikatakan oleh Iskandar sebentar tadi.
“Gatalll...” Tangan diangkat tinggi. Penumbuk juga sudah
dikepal.
No comments:
Post a Comment