Total Pageviews

Wednesday, August 12, 2015

Kau Yang Di Hatiku - Teaser 19



“Macam mana awak boleh kenal Rozaini?” Tangkas Azizah menukar tajuk perbualan.
Iskandar tersenyum lagi sambil menggeleng kepala. Entah apa yang mengusik hati Iskandar, apabila dia buat pilihan untuk tidak membalas kata-kata Iskandar tadi.
“Pandai betul awak ubah tajuk. Biar saya yang tanya awak dulu. Kenapa awak tak nak bercakap dengan Zai?”
Ini yang kadang-kadang dia geram sangat dengan Iskandar ni. Selalu sangat soalan dia dijawab dengan soalan. Lagi satu, dia sebut nama Zai pun dengan nama penuh, Rozaini. Iskandar ni boleh Zai saja. Heh! Bestfriend sangatlah tu.
“Saya tanya awak dulu kot.”
“Yalah... Saya pun nak tahu dulu sebab apa tiba-tiba awak kunci mulut tak mahu bercakap dengan Rozaini tu...” Iskandar tidak mahu mengalah.
“Mestilah saya marah! Saya ni sahabat baik dia tau, bukan awak. Saya tak tahu sejak bila dia jadi sekutu awak. Sejak bila dia rapat dengan awak. Yang paling buat saya marah, dia tahu pasal awak. Dia juga tahu pasal awak nak usha saya, tapi langsung tak bukak mulut bagitau saya. Memang patutlah saya marahkan Rozaini.” Berjela dia merugut. Alagapas betullah! Kenapalah dia senang sangat mengalah dengan Iskandar ni. Sekali Iskandar twist saja, semua soalan Iskandar tadi sudah dia jawab. Azizah jeling biji mata ke atas apabila dia menyedari keterlajurannya itu.
“Takkan dengan sahabat baik awak pun, awak nak cemburu juga.”
Cepat dia turunkan biji matanya semula dan mencari biji mata Iskandar pula.
“Itu bukan cemburulah. Itu namanya kecik hati. Dia kawan baik saya. Sanggup dia membelakangkan saya dan bersekongkol dengan awak.”
Alis kening Iskandar bertaut lurus.
“Apa yang Zai bersekongkol dengan saya?”
“Dia kenal awak, tapi tak bagitau saya. Dia tahu pasal awak, pun tak bagitau saya. Dia tahu awak nak usha saya, tak bagitau saya. Sampai hati dia buat saya macam tu?” Terjuih-juih bibirnya menceceh. Iskandar ni pula asyik senyum saja melihat dia.
“Awak kalau merungut, nampak seksi mulut awak tu pada mata saya. Rasa macam nak kucup-kucup saja.”
Azizah buntang biji mata.
“What?!” Selamba badak saja! Memang sah kepala Iskandar ada wire yang dah lost connection. Kalaulah tidak ada urat yang mengikat bebola mata dia ni, memang sah-sah terkeluar dari soket dan bergolek-golek ke atas meja. Kemudian jatuh dan melantun di atas lantai pula. Kulit muka berbahang. Malu dan segan berduyun-duyun tiba, tetapi dalam hati ada bunga berkembang pula. Kenapa?
“Nasib juga saya ni masih kuat iman tau!” Iskandar mengulum senyum. Terusik kala melihat reaksi Azizah sebentar tadi.
Walawei... Isi bakul angkat sendiri nampak?
“Apa yang awak nak tahu?” tebak lelaki itu. Iskandar tidak mahu menyakat Azizah lagi. Bimbang Azizah terus buntang sampai ke sudah.
Azizah larikan wajahnya dari Iskandar saat mata lelaki itu menyapu bersih mukanya dengan pandangan yang penuh bermakna. Dia cuba buat tidak peduli. Kalau tadi dalam hati rasa berbunga, sekarang ni, dalam perut seperti ada rerama pula. Dalam badan dia ni dah jadi taman agaknya.
“Saya nak tahu semua pasal awak dan Rozaini.” Azizah cuba mengawal nada suaranya ketika ini.
“Okey. Hmm..., dari mana saya nak mulakan ya?”
Jari telunjuk pada tangan yang menopang di dagu Iskandar mengotek beberapa kali.
“Mula dari mana awak jumpa Rozainilah.” Memang semakin menipis kesabarannya dalam menanti Iskandar bercerita. Sengajalah tu melengah-lengahkan masa supaya boleh twist cerita lain. Bukan dia tidak tahu akal si Iskandar ni.
“Sabarlah sayang... Saya tengah ingatkan bila kali pertama saya jumpa Zai ni...”
Azizah tambak semula kesabarannya. Matanya tancap memandang Iskandar.
“Kali pertama saya jumpa Zai kalau tak salah, dua minggu yang lepas. Masa tu, dia datang ke hospital tempat saya bekerja.”
“Dah dua minggu dia jumpa awak?”
Iskandar angguk.
Memang hantu betul si Rozaini tu. Pandai betul berlakon depan dia selama ini.
“Dia sakit apa? Saya rasa, dalam dua minggu ni tak ada pula Rozaini demam ke apa.”
“Bukan dia yang sakit. Zai hantar subordinate dia yang cedera kena mesin.”
Azizah melihat Iskandar merenung jauh ke hadapan. Seperti mengingati sesuatu. Barangkali mengingati detik pertama dia berjumpa Rozaini.

No comments:

Post a Comment