Total Pageviews

Monday, August 17, 2015

Kau Yang Di Hatiku - Teaser 24



Selepas memastikan bahagian kaunter pembayaran tidak mengalami sebarang masalah, Azizah kembali semula ke pejabatnya. Ketika dia melalui satu selekoh rak barang, dia bertembung dengan seseorang. Akibat dari pelanggaran tersebut, bakul yang dipegang oleh pelanggan itu jatuh ke lantai dan isinya bertaburan merata. Segera dia berlutut dan mengutip barang-barang yang bersepah di atas lantai. Mulut juga tidak berhenti memohon maaf.
“Maaf! Saya mintak maaf ya.” Pantas tangannya mengutip lalu mengendong barangan itu di dalam pelukan. “Maaf ya. Saya betul-betul tak perasan.”
“Tak apa. Awak bukannya sengaja.”
Garau suara itu bergema di tepi telinganya. Dekat! Amat hampir sekali. Dia panggung kepala ingin melihat si pemilik suara. Mata bertentang mata, dan mulut terus terlopong.
“Awak tak perasan saya. Saya pun tak perasan awak. Jadi kita sama-sama salah. Saya mintak maaf juga.”
Terpana seketika. Mulut kaku untuk berkata. Mata tetap tepat melihat keindahan wajah ciptaan Allah SWT itu.
Lelaki itu tersenyum melihat Azizah tidak berkelip memandangnya. Dia memasukkan semula barang yang dikutip ke dalam bakul. Kemudian diambil pula barang yang dikendong oleh Azizah dan turut dimasukkan ke dalam bakul itu. Selesai mengutip, dia berdiri, lalu memautkan tangannya pada lengan Azizah. Dia bantu Azizah yang masih keras berlutut di hadapannya untuk berdiri.
“Awak tak apa-apa ke? Ada rasa sakit dekat mana-mana?”
Emmm... Aaaa.... Errr...” Keras betul lidah untuk menuturkan kata. Jadi bisu tiba-tiba.
Ya, memang ada rasa sakit. Sakit pada kedua-dua ‘gunung’ dia ni. Gila tak sakit kalau dah berlaga begitu punya kuat. Sudahlah badan lelaki ini sasa ala-ala body The Rock wrestler WWE yang popular dengan tagline ‘smell what The Rock is cooking’ tu. Memang dia dapat smell pun. Smell bau perfume lelaki ini yang sangat wangi. Nanar sekejap rasanya.
“Cik tak apa-apa ke?” Lelaki itu menyoal Azizah sekali lagi. Dia kemudian menunduk.
Kali ini Azizah memang betul-betul jadi seperti patung batu apabila tangan lelaki itu bersahaja menyapu habuk pada lututnya.
“Tak... Tak apa-apa. Saya okey.” Terburu-buru dia melangkah meninggalkan lelaki tersebut. Jantung sudah laju mengepam. Darah yang mengalir dalam badan juga bergerak deras. Gila mamat ni!
“Azizah Azra Mohd Azry!”
Kaki terus mati melangkah.

2 comments:

  1. Makin lama makin pendek..xpuas nk bca..huu..nway semkin menarik jln crite ni sis

    ReplyDelete