“Baiklah, saya cerita terus terang. Saya, bekas pelajar
bidang perubatan di Edinburgh University, Scotland, UK. Tamat belajar, saya jadi
doktor pelatih di Cambridge University Hospital. Habis saja praktikal saya terus
balik Malaysia. Ya, saya seorang doktor.”
Patutlah Iskandar ni kerja syif macam Rozaini. Dulu, dia
ingatkan lelaki ni kerja kilang juga. Sebab tu ada saja masa Iskandar melepak bersamanya
tak kira siang malam.
“Hospital mana?”
“Saya bertugas di hospital mana?” Iskandar menyoal
semula.
Laju dia angguk kepala.
“Saya baru bertugas di As-Salam Senawang Specialist
Hospital.”
Hmm... As-Salam Senawang Specialist Hospital... Macam
pernah perasan saja nama tu.
“Cuba awak ulang sekali lagi nama hospital tu.”
“As-Salam Senawang Specialist Hospital. Kenapa?”
Azizah berfikir sejenak. As-Salam Senawang Specialist
Hospital. Shortform, Salam Spec Hosp.
Bukan ke itu nama yang dia pernah nampak pada skrin telefon Iskandar hari tu?
Tempat kerja Iskandar rupanya. Bukanlah Salam
Spec Hosp tu nama perempuan Perancis. Bukan juga nama marka mat saleh Iskandar.
Azizah terus tersenyum. Kuno betullah dia ni. Inilah
akibatnya kalau jarang keluar berjalan. Semua benda dia tak tahu. Sebab itulah
ada pepatah mengatakan jauh perjalanan, luas pemandangan. Dia jarang keluar ke
bandar Seremban atau ke pekan Senawang, sebab itulah dia tidak pernah tahu kewujudan
hospital baru seperti As-Salam tu di Senawang.
Melihat Azizah tersenyum sendirian, Iskandar pula
mengerut dahi.
“Kenapa tiba-tiba senyum? Tadi bukan main muncung panjang
sedepa.”
Azizah tidak peduli usikan Iskandar itu.
“Habis tu, Diba tu siapa?”
Kerut di muka Iskadar semakin berlapis-lapis.
“Diba?”
“Ya Diba? Yang telefon awak masa malam awak jumpa saya
tu.”
Jangan Iskandar kata Diba tu girlfriend yang jadi nurse
dekat hospital tu, sudah! Memang on the
spot dia mengamuk dekat sini karang. Mata tunak memandang Iskandar sambil
menunggu jawapan dari mulut lelaki itu.
Tiba-tiba Iskandar tersenyum.
“Kenapa nak tahu? Awak jealous?”
“Eh! Mestilah saya jealous
bila ada perempuan lain telefon awak. Awak ingat saya ni hati kering? Tak ada
perasaan?” Choi... Terlebih sudah. Cepat
Azizah menekup mulutnya dengan tangan. Malu kerana terlepas cakap. Iskandar
pula semakin kuat tawanya.
“Awak jealous
pada saya bermakna awak dah sayangkan saya, Zizah.” Iskandar sengeh menyenget.
Sengaja hendak mengusik.
Erk!
Kejang rasa satu badan. Darah mengalir dalam urat pun dah
tak berapa betul. Rasa nak sorok muka bawah meja saja.
Boleh pula dia kata aku dah sayangkan dia? Siot betul. Malulah! Cuba la cakap dia
yang sayangkan aku, kan elok macam tu. Tak adalah aku rasa malu sangat. Dah
macam aku pula yang terhegeh-hegeh nak kan dia. Bukannya aku yang jadi perigi
nak cari timba macam dia. Dalam muka yang berbahang-bahang menahan segan, hati
Azizah menggumam macam-macam.
“Betul tak?”
Iskandar tebak dia tiba-tiba.
“Apa yang betul?” Azizah buat muka kura-kura dalam
perahu.
“Awak sayangkan saya?”
Kali ini semakin senget senyuman Iskandar.
“Awak nampak ni?” Dia halakan penumbuk padunya ke depan
mata Iskandar. Terbahak-bahak Iskandar ketawa. Hingga semua pelanggan yang ada di
dalam kedai mamak itu, menoleh ke arah mereka.
Azizah jeling Iskandar. Heh! Nak ketawa pun agak-agaklah.
Semua orang dah pandang ni. Dia warning
Iskandar kot, bukannya buat lawak. Bersungguh-sungguh pula Iskandar ketawa.
“Amboi... Garang betul! Sampai ke hati awak nak debik
saya? Awak tak sayangkan saya?” Iskandar mula menggiat.
Dia menceber lidah.
“Gigit lidah tu nanti baru tahu.” Iskandar masih lagi
ketawa, tetapi lebih perlahan dari tadi.
Cepat Azizah kumam semula lidah yang terjelir keluar. Nasib
dialah dapat couple miong macam
Iskandar ni. Ada hajat Iskandar nak menggigit lidah dia. Cis!
“Awak ni Zizah, nampak saja garang, tapi manja
sebenarnya.”
“Hah! Manja? Eeee...”
Azizah tergeliat kecil. Geli bila dia dikatakan manja oleh Iskandar.
“Kenapa nak eee...
pula?” Iskandar ulang tayang perbuatan Azizah tergeliat kegelian tadi.
“Saya ni bukan jenis perempuan yang tergedik-gediklah.
Nak manja bagai. Uwek! Rasa nak
muntah hijau tau, manja-manja ni.” Azizah biaskan riak kurang senang pada
wajah. Memang itulah hakikatnya. Dia bukan spesies suka menggeletis.
“Ya ke?”
Mulalah tu, Iskandar nak mengusik lagi. Kadang-kadang
dengan Iskandar ni, memang hilang akal dia nak menjawab.
“Kalau saya boleh turn
over awak jadi manja, lemah lembut, macam mana?
Haih! Ini soalan apa ni? Soalan mencabar dia ke apa? Dia nak
jadi manja? Lemah lembut? Terliok lentuk macam patah tangan, patah pinggang?
Jangan mimpi! Itu bukan Azizah Azralah...
“Kenapa? Awak tak percaya?”
Dia nak jawab apa. Telan air liur sajalah.
“Kalau saya boleh train
awak sampai awak jadi lemah lembut, manja, ala-ala perempuan sejati, awak kena
kahwin dengan saya bila saya ajak awak kahwin. Awak berani terima cabaran saya
ni?”
Ni apa hal tetiba main cabar-cabar ni? Kahwin? Couple pun baru seminggu saja kot.
Iskandar ni, dia belum habis scan
luar dan dalam, nak kahwin apa benda? Azizah garu belakang telinga.
Sy lak nak garu kepala.. Kiki.. Next teaser please! -azizah.amizi87-
ReplyDeletebest
ReplyDelete