Tengah hari itu, seperti biasa, sekiranya Azizah bekerja
di sebelah pagi, dia akan menemani Kak Siti makan tengah hari di food court tingkat satu bangunan TESCO Seremban
Jaya ini. Dia saja yang rajin melayan mulut leter dan leser Kak Siti.
Rakan-rakan yang lain tidak berapa rapat dengan Kak Siti. Mereka sebenarnya tak
tahan dengan mulut Kak Siti yang rajin pot
pet pot pet tak mengira tempat tu. Tengah makan ni pun, mulut Kak Siti
bising bercerita itu dan ini. Ini kalau makan depan mama dia, tentu dah kena smash.
“Hari ni tak buat bising pula telefon kau tu Zizah? Dari
pagi tadi senyap saja. Tak berbunyi langsung.”
“Ada kak... Zah dah silent
kan. Nanti akak bising lagi.” Dia pandang sekejap wajah Kak Siti sebelum meneguk
minumannya.
“Siapa yang selalu telefon tu? Boyfriend?”
“Ish! Akak ni.
Zah mana ada boyfriend? Takkan akak
tak kenal Zah ni macam mana?”
“Depan akak memanglah kau tak ada boyfriend. Tapi belakang? Yang hantar kau datang kerja hari-hari tu
siapa? Dua hari ni saja tak nampak.”
“Mana akak tahu ni?”
“Alah... Budak-budak ni bergosiplah, apa lagi. Ada yang
nampak.”
“Nama pun dah gosip. Sah-sah la tak betul,” sanggah
Azizah.
“Gosiplah sangatkan... Entah-entah dah clash?”
Memang padanlah orang gelar Kak Siti ni minah laser. Sesuka hati dia saja buat statement.
“Clash apa
bendanya, kak Siti? Mengarut betul akak ni.” Dia cuba berselindung. Muka
ditundukkan menghadap pinggan dan mula mengunyah semula.
“Tak apa... Kau sorok-soroklah dari akak. Satu hari nanti
akak dapat tahu juga. Masa tu, akak tahulah nak buat apa dekat kau.”
Azizah senyum senget. Kak Siti ni, bukannya boleh dilayan
sangat. Lagi dilayan, lagi melalut cakapnya.
“Akak dah sudah.” Kak Siti bangkit selepas menyisip
sedikit fresh orange di dalam cawan
kertas. “Kau duduklah makan sampai habis. Akak nak pergi Mr. D.Y.I. Nak beli
kepala paip yang dah bocor dekat rumah tu. Nak beli masa balik kerja nanti,
takut terlupa pula.”
Belum sempat dia menjawab melalui mulut atau angguk
kepala, Kak Siti sudah beredar meninggalkannya. Bertuah betul Kak Siti ni. Masa
nak pergi makan tadi, dia sanggup tunggu Kak Siti untuk keluar bersama-sama.
Sekarang, Kak Siti tinggalkan pula dia sendirian. Tak mahu pula menunggu dia
yang cuma tinggal beberapa suap saja lagi ni. Azizah hanya menggeleng sebelum
meneruskan suapannya.
Usai makan, takkan dia hendak duduk termenung di meja itu
pula. Buatnya Iskandar datang mencari dia, dan terjumpa dia di food court ni, buat naya saja. Hendak dijadikan cerita, ternampak pula dek Kak Siti.
Lagi... naya. Dengan bukti yang ada
depan mata, tentu Kak Siti percaya cerita yang didengar bukan sekadar gosip
semata-mata. Dan lepas tu, mesti bernanah telinga kena cuci dengan Kak Siti.
Sebab Kak Siti selalu menasihatinya, dah kenal lelaki tu tak payah nak bercintan-cintun. Berkepit ke hulu ke
hilir. Buat tambah dosa. Kahwin saja terus. Lepas tu boleh buat pahala
banyak-banyak. Masa tu, jalan berpimpinan tangan pun dapat pahala. Tak sanggup haih dengar tarbiah Kak Siti. Segera
Azizah bangun meninggalkan kerusi. Badan berpaling laju, dan...
Buk!
Tubuhnya terdorong ke belakang lalu terduduk di atas
kerusi semula. Mata yang berpinar dipejamkan seketika.
“Maafkan saya Cik Azizah Azra.”
Lantunan suara garau itu menerpa ke dalam telinga lalu
memukul kokleanya.
Suara tu?!
Mata segera dibuka luas. Ingin melihat kebenaran wajah pemilik
suara yang baru menampar cuping telinganya. Kali kedua dia melihat wajah itu,
mulutnya tetap juga terlopong. Sama seperti kali pertama mereka bertentang
mata, tetapi kali ini dia pantas sedar diri. Mulut yang terlongo luas segera
dikatup rapat.
Okey Zizah... Behave...
Control...
“Kenapa setiap kali kita jumpa, keadaannya mesti macam
ni? Nak bertembung saja.”
Azizah bangun semula. Tidak tahu nak balas apa. Bukannya
dia sengaja. Hanya senyum menyenget dilemparkan kepada lelaki itu.
“Dua kali dah. Kalau kali ketiga kita berlaga, rasanya
saya akan terpeluk awak juga.”
Hah! Biar benar mamat
maskulin ni? Ada juga gila dia rupanya ya. Dua kali lima, lima kali dua
Iskandar. Kenapalah semenjak dua tiga menjak ni, lelaki yang hadir depan dia,
semuanya spesies ada miang buluh betung?
Bibir nipis berhias jambang yang tercukur rapi itu
tersenyum manis kepadanya. Lagi lama berdiri di hadapan lelaki ini, semakin dia
rasa sesuatu. Sebelum ada yang tidak kena, lebih baik dia beredar saja. Bingkas
Azizah bangun. Berdiri tegak di hadapan lelaki itu.
“Maafkan saya. Hari ni pun saya tak sengaja langgar
awak.” Dia tunduk memandang lantai.
“Kalau hari-hari bertembung dengan awak begini pun tak
mengapa.”
Walawei! Memang ada miang buluh betung betul. Cha, alif, but Zizah. Jangan tunggu
lagi.
“Maafkan saya. Saya pergi dulu.” Kaki diangkat untuk mula
melangkah ke arah lif yang disediakan di bahagian belakang food court itu.
“Cik Azizah Azra Mohd Azry!”
Kaki berhenti melangkah. Menoleh semula kepada lelaki
yang segak berpakaian kemeja T putih bersih bersama jean warna biru denim.
Wangian shaver lelaki itu bagai
melekat di hujung hidungnya.
“Encik tahu nama saya, tapi saya belum tahu lagi nama
encik.”
Lelaki itu tidak membalas. Hanya tersenyum kepadanya.
Memang confirm sejenis dengan
Iskandar. Asyik nak senyum saja. Senyum kambing! Boleh sasau dia macam ni,
kalau selalu sangat berjumpa lelaki pesen
ni.
“Nanti bila hari-hari saya shopping dekat sini, dah jadi regular
costumer awak, lambat-laun awak akan tahu juga nama saya.”
Haih! Apa ni? Memang mamat
ni ada niat nak jumpa dia hari-hari ke? Ini trick
nak usha dia ke apa ni? Oh... Big ‘NO’...
Cukuplah Iskandar sorang saja yang selalu buat dia sakit kepala. Janganlah
ramai-ramai. Pelik juga dengan hidup dia sekarang ni. Dulu, nak jumpa lelaki
menoleh dua kali kepada dia pun susah. Kenapa sekarang ni, dia rasa, dia bakal
jadi rebutan pula?
Ceh! Jijah. Bercakap tak hengat
kan? Sedarlah diri tu sikit. Mamat
maskulin ni tak cakap apa-apa pun... Kau saja yang terlebih perasan.
“Tak nak bagitau,
tak apalah. Maafkan saya kejadian semalam, dan kejadian hari ni juga.” Selepas
itu berdesup dia mencelah di tengah-tengah pengunjung food court yang ramai itu.
Ketika di hadapan pintu lif, bahunya tiba-tiba ditepuk
seseorang.
“Allah!” Azizah terperanjat. Cepat dia menoleh. Dalam
kepala cuma terlintas lelaki itu yang mengejarnya.
“Ooo... Patutlah clash
dengan mamat yang selalu hantar kau
tu... Rupanya dah ada orang lain... Boleh tahan juga kau ni ya, Zizah. Tak tahu
pula akak yang kau ni playgirl.”
Choi! Mulut longkang betul Kak Siti ni.
“Mana akak tahu tu bukan orang yang sama selalu hantar
Zah?” Malas hendak terasa hati dengan
gurauan kasar Kak Siti tadi. Sesuka hati betul mengata dia. Macamlah Kak Siti
baru kenal dia sehari dua. Dah lima tahun kot dia kerja dekat TESCO ni.
Bermakna dah lima tahun juga Kak Siti kenal hati budi dan perangai dia.
Takkanlah Kak Siti tak faham-faham dia ni macam mana rentaknya. Nak beramah
mesra dengan lelaki pun kureng, lagi
nak jadi playgirl ke?
“Lelaki yang selalu hantar kau tu, budak ni kata ada
roman Fahrin Ahmad. Yang ni ada rupa Jason Godfrey. Tak sama langsung.
Sah-sahlah mamat dekat food court tu orang lain.”
Ya ke, ada rupa Jason
Godfrey? Siapa hah Jason Godfrey tu? Nanti masuk ofis dia nak Google gambar Jason
Godfrey.
No comments:
Post a Comment