Air mata yang semakin laju, galak diseka dengan sapu
tangan milik Iskandar. Hampir lembab sapu tangan tersebut.
“Saya tak tahu kenapa masa tu saya rasa teruja sangat.
Saya rasa seronok bila dapat surat tu. Dan kerana surat tu juga, saya tengking
Aziz.” Hingus yang meleleh dikesat juga pada kain kecil itu.
“Hanya kerana surat tu awak dan Aziz berpisah?” Iskandar
kerut kening.
Azizah geleng kepala.
“Surat itu hanya detik permulaan kepada...” Kata-kata
Azizah terhenti apabila telefon bimbit Iskandar berbunyi galak. Telefon itu
bergetar kuat di atas simen, serancak lagu Mi
Mi Mi nyanyian Serebro
yang dijadikan nada deringnya.
Azizah ambil telefon itu dari
tempat di mana dia melonggokkan barang-barang yang diberikan oleh Iskandar tadi. Sebelum dihulurkan kepada Iskandar, sempat juga mata mengerling
skrin telefon. Manalah tahu, kot-kot marka Iskandar pula yang telefon. Sah-sah Iskandar
terkantoi dah ada girlfriend. Cepat-cepat Azizah membaca
tulisan yang muncul pada skrin itu.
Salam Spec Hosp? Apa tu? Ada ke perempuan nama macam tu? Serupa
nama orang Perancis pun ada juga. Ke marka dia ni mat saleh? Tinggal lama dekat oversea,
tentulah ada minah mat saleh, dalam
hati Azizah terbesit rasa cemburu.
“Terima kasih.” Iskandar sambut telefon itu dan
dilekapkan pada cupingnya.
“Helo! Waalaikumussalam. Ya Diba?... Okey, saya on the way.”
Dah Diba pula namanya?
Aras meter cemburu bertambah setakuk lagi. Dengan mata
yang masih berkaca-kaca Azizah memandang kepada Iskandar. Lelaki itu sudah
berdiri. Kelihatan amat tergesa-gesa sekali dan bersedia untuk beredar.
“Saya terpaksa pergi dulu Zizah. Saya ada emergency case.”
Azizah turut bangun.
“Awak nak pergi mana?”
“Saya terpaksa masuk kerja awal.” Iskandar sudah berada
di sisi keretanya.
“Tapi awak belum cerita lagi.”
“Awak pun belum habis cerita lagi. Nanti kita sambung.
Saya telefon awak.” Terkocoh-kocoh Iskandar memasuki keretanya.
“Bye sayang.
Nanti saya telefon awak.”
Iskandar melambai kepadanya sebelum menutup pintu kereta.
Dan kereta ‘hantam’ itu menderum hilang membelah samar malam.
Siapa Salam Spec Hosp tu? Diba tu siapa? Tergesa-gesa
pula Iskandar pergi bila perempuan tu telefon. Penting sangat ke perempuan tu,
hinggakan Iskandar sampai hati meninggalkan dia yang masih dalam keadaan
bersedih ni? Cemburu semakin hebat memukul di perdu hatinya. Kenapa ada rasa
cemburu? Kenapa nak buruk sangka kepada Iskandar? Kan Iskandar kata tadi dia
terpaksa masuk kerja awal. Mungkin itu rakan sekerjanya. Azizah cuba menyedapkan
hati. Otak mula keliru dengan perasaan sendiri. Lama juga dia berdiri di depan
pintu pagar itu memikirkan tentang Iskandar.
Hmm... Masuklah. Malam pun dah makin sejuk. Kertas surat
khabar yang dibentang di atas lantai dikutip.
“Wait! Kunci
kereta dan dompet Iskandar tertinggal!” Dia ambil kunci dan dompet itu.
“Habis tu tadi, dia pakai kunci apa start enjin kereta?”
Kemudian Azizah tepuk dahi sendiri.
“Alah Zizah... Apa ke bodoh sangat kau ni? Tentulah dia
ada kunci spare!”
Hati tergerak pula mahu memeriksa dompet lelaki itu. Untuk
apa? Azizah sendiri pun tidah tahu. Mungkin kerana rasa kasihan Iskandar pergi
kerja tanpa wang saku. Mahunya kebulur mamat
tu nanti. Dah la memandu tak ada lesen. Buatnya kena tahan polis, sia-sia saja autograf buku saman.
Perlahan-lahan dia membukanya.
“Kosong?! Ada business
card saja. Mana mamat ni simpan
duit, lesen dan IC dia hah? Patutlah
aku mintak tadi, senang saja dia bagi. Rupanya tak ada isi dalam beg duit dia
ni. Hantu betul Iskandar. Agaknya dia dah tahu kot aku nak mintak beg duit dia
ni. Siot betul mamat tu.”
Dengan mulut yang masih becok merungut, Azizah melangkah
menghampiri pintu jeriji. Ingin mengambil kunci pintu pagar untuk membawa masuk
bekas brownies dan kopi yang
ditinggalkan oleh Iskandar.
is nie keje aoa sebebarnya.....
ReplyDeleteabang doktor rozita...
Deletehihihi
Doc pakar jiwa ke?
ReplyDeleterasa...?
DeleteDoc dah betul tu
Pakar jiwa pd jijah jer...
hehehe
hahaha mmg agak dah keje doc..love tht story. i cant wait!! congrts kak sbb mmpu tulis crta yg besstt heheh
ReplyDeleteSalam Specialist Hospital... Cepatla bln 9.. nak tunggu versi cetakan... moga sukses Qaseh Farina.. kipidap..
ReplyDeleteSalam Specialist Hospital... Cepatla bln 9.. nak tunggu versi cetakan... moga sukses Qaseh Farina.. kipidap..
ReplyDeletekan... x sabar rasanya...
Deletetuan tanah pun sama...
moga Allah SWT permudahkan