“Kenapa awal sangat awak datang? Sayakan kerja petang. Ke
awak tak dapat hantar saya pergi kerja hari ni?” Azizah menyoal Iskandar sebaik
sahaja dia menghampiri lelaki itu.
Semenjak mereka mula rapat ni, itulah rutin harian
Iskandar. Jadi driver dia. Iskandar hantar
dia pergi kerja dan jemput dia balik kerja. Bukan dia yang suruh pun. Iskandar
yang beria, walaupun puas dia menolak. Bukannya dia tak ada kereta atau tak
tahu pandu kereta. Tu! Sweet little
Suzuki Swift pearl colour dia tu, dah
empat hari asyik panas enjin saja. Berjalan pun tidak. Jangan sampai masa dia nak
pandu, bateri kong pula. Memang
sah-sahlah Iskandar yang jadi mangsa. Dia akan telefon Iskandar suruh tolak
buntut kereta.
“Jom?” Sepatah saja Iskandar mengajak Azizah.
“Jom ke mana? Saya belum nak pergi kerja lagi.”
“Kita keluar sekejap. Saya ada hal nak cakap dengan
awak.”
Seperti sudah dapat meneka, Iskandar mengajak dia keluar
ni, mesti nak bercakap mengenai hal yang Rozaini timbulkan di dalam telefon tadi.
Patutlah Rozaini pesan supaya dibelikan makanan. Sudah tahu Iskandar akan
mengajak dia keluar rupanya.
Azizah angguk. Mujur juga dia tak perlu nak melawa dan
bersolek bagai. Kalau tidak, harus Iskandar keras depan rumah ni tunggu dia
bersiap. Sudahlah datangnya mendadak. Ajak keluar jam-jam tu pula.
“Tunggu sekejap. Saya nak ambik beg.” Azizah berpaling ingin kembali semula ke dalam rumah.
“Kita pergi kedai mamak depan tu saja. Tak payah nak bawak purse. Naik kereta saya. Saya
belanja. Lagipun, saya belum sarapan lagi ni. Awak temankan saya sarapan ya,”
pinta Iskandar bersama senyuman menawan yang tak pernah lekang dari bibir merahnya.
“Suka hatilah.”
Azizah selak engsel pintu pagar dan mendekati Iskandar
yang sudah membuka pintu penumpang untuknya. Jangan tak tahu, Iskandar ni
memang jenis lelaki yang gentleman. Belum
pernah dia buka pintu sendiri apabila dia naik kereta ‘hantam’ Iskandar ni.
Lima minit selepas itu, mereka sudah pun duduk di salah
sebuah meja yang diletakkan di bahagian luar restoran mamak. Tanpa bertanya
kepada dia, Iskandar terus membuat pesanan sebaik sahaja seorang pelayan
menghampiri meja mereka.
“Roti tampal satu, ayam masala dan kopi O.”
Itu pesanan makanan yang Iskandar minta untuk dia. Memang
Iskandar sekarang sudah arif sangat apa menu dia kalau makan di kedai mamak
ini. Iskandar juga cepat belajar dan mengingati makanan lain yang dia suka
makan, selepas setiap hari mereka keluar makan bersama sebelum Iskandar
menghantar dia pergi atau balik kerja. Bersama lelaki ini, buatkan dia rasa
benar-benar dilayan dan dijaga dengan baik.
“Capati tiga, kari kambing dan teh.”
Yang ini pesanan untuk Iskandar sendiri.
Banyak?
Biasalah..., lelaki yang badan ganteng macam Iskandar ni tentulah
makan banyak. Setakat tiga keping capati ni, selamba saja Iskandar habiskan.
Lepas mamat
Pakistan ni blah, kau terus saja
terjah dia, Zizah. Jangan tunggu dia soal kau dulu. Kalau tidak, kau memang tak
ada can nak tanya dia. Hati Azizah berbisik
halus.
Sebaik sahaja pelayan itu beredar, Azizah mula membuka
mulutnya.
“Kenapa saya tak pernah tahu pun yang awak ni seorang
doktor?”
Iskandar terus mencari anak matanya. Tajam sungguh
renungan lelaki itu. Menusuk hingga ke jantung. Boleh putus urat yang mengikat
jantung dia ni. Lepas tu jantung bisa jatuh berguling-guling ke dasar perut.
“Awak tak pernah tanya.” Iskandar sengih sekali.
Dia ingat, dia handsome
ke buat senyuman macam tu? Tapi memang Iskandar ni handsome pun...
Okey Zizah, stop it!
Fokus!
Azizah berdehem beberapa kali.
“Kenapa nak tunggu saya tanya? Awak tak boleh cerita dulu
ke?”
“Zizah..., saya nak juga awak ambik berat dan ambik tahu
pasal saya...”
Heh! Takkan Iskandar tak tahu dia ni tak pandai dalam
bab-bab macam ni? Azizah mencebek. Air muka diseriuskan.
“Iskandar..., awak tahukan saya ni macam mana? Saya ni
tak biasa lagi tau dalam hal-hal cintan-cintun
ni.”
Iskandar tertawa kecil.
“Entah apa yang kelakar agaknya,” gumam Azizah.
“Jadi..., kita ni boleh dikira dah bercintan-cintun ke?”
Ceh! Ke situ pula perginya dia. Lagi nak tanya ke? Kalau tak
bercintan-cintun, mereka rapat dan
selalu keluar berdua ni nak di panggil apa? Azizah buat muka masam.
“Kurang manis bila awak buat muka macam tu.”
Lagi dia muncungkan mulutnya. Konon-kononnya merajuklah
gitu... Nak juga merasa kena pujuk dek Iskandar ni.
“Sudahlah... Janganlah pagi-pagi tayang muka macam ni
dekat saya. Nanti, sepanjang hari saya tak senang duduk. Saya jadi susah hati
bila tengok awak macam ni. Kan saya dah janji, saya akan bahagiakan awak. Bila
awak muncung dan masam macam ni, saya rasa kecewa.”
Aduh... Mulut manis betul... Macam manalah hati dia tak
jatuh berkeping-keping.
Manisnya mulut Is.. I wish someone like him to come in my life. Adedeh.. Hahaha.. Akak tlg aminkan yer..hehe Saya ntkn teaser yg tkini! :)
ReplyDeleteAminnnnnnn
DeleteInsya-Allah, moga makbul
Hihihi...
Teaser baru dah kluar ya Amalina...
Nama sy dan suami sebiji mcm nama hero heroin. Tp mulut suami xde la semanis hero citer ni. Dulu zaman cintan cintun manis la juga. Dah kawin ni bnyk yg masin, pahit je.. Kehkeh..
ReplyDeletemana bleh cenggitu...
Deletedah kahwin ni lah kena lg extra manis nya...
hihihihi