Total Pageviews

Monday, April 27, 2015

Benci / Cinta... Awak Budak Nakal - Teaser 9




“Kenapa dengan Kak Dina, long?” Yaya berbisik perlahan. Bimbang Kak Dina mendengar kata-katanya tetapi cukup kuat untuk sampai ke telinga Along.
Along angkat bahu sekali. “Biasalah. Angin orang perempuan tengah mengandung ni, memang turun naik.” Along angkat tangan kanannya tinggi dan rendah.
“Selalu macam tu ke, long?” Ayin pula sibuk mahu ambil tahu.
“Tak juga. Hari ni saja mood dia tak berapa baik. Sejak pagi tadi lagi. Balik dari rumah mama, terus monyok,” cerita Along.
“Sinar besok, kalau mengandung jangan buat peel lagu ni tau. Jenuh Ayin nak melayannya nanti. Along ni lainlah! Sabarnya tinggi.”
Pap! Yaya tampar bahu Ayin. “Apa yang Ayin merepek ni?” Mata singgah sekejap pada Along. Terasa segan pula kepada Along. Ayin ketawa besar selepas mengaduh kecil. Along cuma senyum. Tumpang gembira melihat kebahagian mereka berdua.
Tiba-tiba... Pang! Sekali lagi pintu bilik air ditutup dengan kuat. Kak Dina berdiri di sisi Along. Memandang seketika kepada Ayin dan Yaya. Entah jenis pandangan apa yang Kak Dina lemparkan kepada mereka berdua? Tak suka ke? Benci ke? Jelak ke? Ish, Tak tahulah! Apa yang penting, pandangan Kak Dina tu memang lain macam. Kemudian Kak Dina terus melangkah ke ruang depan. Cepat-cepat Along mengekornya dari belakang. Yaya pandang sahaja. Ayin geleng kepala. Semakin pelik pula perangai Kak Dina tu, bungkam keduanya.
Kalau lagi sekali pintu bilik air tu dihempas begitu, memang jawapannya... wassalamu. Gerenti kena tutup pintu main sandar saja. Silap hari bulan, tengah mandi, pintu bilik air rebah. Lepas tu, ada juga yang demam tak kebah-kebah. Sebab terlihat musibah! Free show la tu... huhuhu. Mereka kembali menyambung kerja-kerja mencuci dan menyusun pinggan.
“Soal Along dan Kak Dina tu kita letak tepi. Rumah tangga dia orang, kita tak payah masuk campur. Sekarang ni, pasal rumah tangga kita,” suara Ayin tiba-tiba. Yaya rasa seperti nak tertelan anak tekak bila mendengarnya. Memang sah hidung Ayin sudah mula dapat menghidu sesuatu antara mereka.

1 comment: