Total Pageviews

Tuesday, April 21, 2015

Benci / Cinta... Awak Budak Nakal - Teaser 3




Yaya cepat-cepat menolak bahu Azhan dengan bahunya. Memberi isyarat mata dan kening terangkat sebelum anak mata dialihkan kepada Puan Julita dan Encik Kamil di hadapan mereka. Azhan faham apa maksud pandangan Yaya itu. Dia teragak-agak mahu menghampiri mereka. Lembab sangat! Getus Yaya. Tubuh Azhan ditolak.
“Pppuan Julita dan Encik Kamil duduk di sini. Biar saya sediakan hidangan.”
“Tak apa ke Azhan? Dah penat-penat memasak, nak melayan kami berdua pula,” bantah Encik Kamil. Puan Julita sudah mahu bangun dari kerusinya.
Cepat Azhan memaut bahu Puan Julita. “Tak apa. Tttak pppenat mana pun. Lagipun bukan saya sorang saja yang memasak. Puan Julita ada, Riya ada, Kak Atie pun ada. Encik dan puan tunggu sekejap, ya? Saya hidangkan.” Pantas Azhan mencapai pinggan dan mangkuk hidangan yang sudah dia bersihkan sebentar tadi. Sekejap sahaja hidangan sudah berada di hadapan mata Encik Kamil dan Puan Julita. Azhan tuang pula jus oren yang baru dibancuh. Periuk yang memenuhi meja dialihkan ke kabinet sebelah supaya Encik Kamil dan Puan Julita selesa menjamu selera.
“Kan bagus kalau puan ada dua anak lelaki. Sorang jodohkan dengan Yaya. Sorang lagi dengan Azhan.” Tiba-tiba Kak Atie bersuara. Kak Atie ni kalau tang mengenenkan orang memang terlebih pandai.
Yaya pantas menokok. “Yaya ni tolak tepilah kak Atie. Yaya dah jadi anak angkat Puan Julita dan Encik Kamil mana boleh buat menantu pula. Biar Azhan saja yang jadi menantu perempuan rumah ni. Nanti bila Yaya datang sini, adalah kawan Yaya.”
“Ada-ada saja Yaya ni.” Puan Julita tertawa halus.
Azhan tenung tepat kepada Yaya dengan mata dibuntangkan.Yaya sengih. Kalaulah Puan Julita tahu, kata-kata Yaya itu bukan sekadar satu jenaka. Azhan beralih melihat pasangan suami isteri itu. Hati berdebar. Takut masakannya tidak kena pada selera mereka berdua. Hati Azhan semakin gementar bila melihat Encik Kamil dan Puan Julita tidak berbunyi ketika menghadap hidangan. Tak sedap ke? Getus Azhan. Lepas sesuap, sesuap lagi, dan sesuap lagi. Akhirnya dua kali mereka bertambuh. Yaya senyum memandang Azhan. Ibu jari disuakan di depan Azhan. Fuh! Lega... Azhan mengurut dada. Sudah bertambah, maknanya okeylah tu!
“Macam mana Puan Julita, Encik Kamil, sedap?” tanya Yaya.
“Memang best!” Encik Kamil juga menayang ibu jari.
“Kata nak makan sikit saja. Bila dah rasa, tak boleh nak berhenti menyuap pula,” tambah Puan Julita.
Bila dah mendengar Encik Kamil dan Puan Julita berkata begitu, mahunya tidak mekar hati Azhan? Bukan mekar saja lagi, sudah blooming!

1 comment:

  1. Ok.. Yaya memang pandai bab nk melepaskan diri ni ek? Tapi sianla kt chad yg hensem tuh.. Tp azhan pn ok, kn?

    ReplyDelete