Total Pageviews

Friday, April 17, 2015

Benci / Cinta... Awak Budak Nakal - 39




Bab 39
“Betul kau tak nak turun lunch ni?”
“Akukan dah tapau mee goreng tadi?”
“Alah... Dah dua hari kau tak keluar lunch dengan aku.” Azhan merengek macam budak baru berumur lima tahun.
“Mana tahu bos nombor dua kau tu ajak lunch. Ada canlah kau dibelanja lagi.”
“Kalau aku keluar lunch dengan dia, kau tak jealous ke?”
“Apa class aku nak jealous? Kau tu kawan aku, Azhan. Aku tahu kau tu macam mana.”
“Jangan kau ingat, kawan tak boleh makan kawan. Kawan tak boleh jadi lawan.”
“Ooo... Nak ugut ya? Aku pun boleh main kotor. Nak caras aku? Kau yang rugi nanti. Chad tu aku ambik. Baru padan muka kau. Dia tu lagi baik dari Ayin tau! Anak owner PAC lagi. Masa tu aku nak tengok, aku jealous dekat kau ke, atau kau jealous dekat aku.”
Ceh! Memanglah kau ni! Okey, okey, aku tak caras Ayin kau tu.” Azhan ketawa kemudiannya dan disambut oleh hilai Yaya.
“Kau keluar dengan Kak Fatimah saja, ya. Aku nak naik garden. Makan mee sambil fikir apa aku nak buat pada Ayin lagi.”
“Kenapa nakal sangat kau ni sekarang, Riya? Kesian bos aku.”
“Bos kau, tunang aku. Dah, pergi keluar lunch! Kak Fatimah dah lama turun. Tentu dia tengah tunggu kau dekat bawah.”
“Menyampah! Okey bye!”
Yaya tersengih sambil meletakkan ganggang telefon. Dia kemudian menarik laci dan mengambil bekas polistirena berisi mee goreng yang dibeli ketika sarapan pagi tadi. Dibawa bersama sebotol air mineral. Dia bangkit dan bergerak ke pintu keluar pejabat. Kaki memanjat naik setiap anak tangga menuju ke sana. Tempat yang paling best untuk makan, sambil melayan angan.
Pintu yang tertutup rapat ditolak perlahan. Dia masih perlu memanjat beberapa mata tangga lagi sebelum sampai ke tempat yang ingin dituju. Namun langkah kaki mati tiba-tiba sebaik sahaja dia memijak anak tangga yang terakhir. Mata tertancap pada tubuh yang membelakanginya. Siapa? Jatung tiba-tiba bergerak laju. Degupnya tidak tentu hala. Hati rasa berdebar. Dada panas. Apakah dia? Tiba-tiba si pemilik tubuh mendongak melihat lelangit pondok. Confirm ke dia? Kalau dia, buat apa dekat sini? Dia tak keluar lunch dengan Azhan ke? Hati Yaya kuat mengatakan bahawa itu adalah Ayin. Kalau dah tempat yang paling best untuk makan sambil berangan ni, Ayin dah cup dulu, dia nak duduk makan sambil berangan dekat mana?
Kenalah dia batalkan niatnya tadi. Yaya berpaling untuk melangkah menuruni tangga semula. Gila nak makan dekat situ juga? Walaupun banyak pondok-pondok lain, bila dah ada di kawasan yang sama, mesti nak bertegur sapa. Nak bertegur sapa dengan Ayin? Tak pasal-pasal saja nanti! Kaki Yaya baru melangkahi tiga mata tangga, tiba-tiba... Ting! Idea sudah mari...
Kalau dia terus beredar, memang satu kerugian. Peluang nak mengusik Ayin, terhidang depan mata takkan nak lepaskan macam tu saja. Yaya berpatah semula. Dia terhendap-hendap mendekati pasu besar pohon rendang yang paling hampir dengan tangga. Sesekali dia melihat kepada lelaki di bawah pondok itu, bimbang jika lelaki itu berpaling. Setelah berjaya menghampiri pasu besar, Yaya berselindung di sebaliknya. Dia mengurut dada kelegaan.
Fuh! Selamattt... Dah macam main perang-perang mahu menyorok dari musuh pula. Sambil mencangkung di sebalik pasu besar pohon rendang itu, Yaya meninjau ke sana. Entah apalah yang Ayin buat sampai kusyuk sangat. Yaya sengih. Nak tengok lepas ni boleh ke tidak Ayin kusyuk macam tu lagi.
Yaya sedut nafas dalam-dalam. Kemudian dilepaskan. Diulang perbuatan itu beberapa kali. Biar kuat otot diaframnya. Dapat menolak keluar nafas panjang ketika dia buat benda ni sekejap lagi. Benda apa? Tunggulah sekejap lagi...
******
Kan betul, bila hati tenang otak pun jadi lapang. Bila otak lapang mudahlah semua yang dibaca melekat dalam kepala. Kena pula suasana di atas bumbung ini redup dengan pokok-pokok rendang yang ditanam di dalam pasu sebesar tiga empat pemeluk. Disediakan pula bangku-bangku kecil di bawah pondok. Pada alang pondok, bergantungan pasu-pasu yang comel. Dari dalamnya berjuntaian dahan-dahan yang dipenuhi bunga-bunga pelbagai warna. Dihiasi pula dengan pancuran air di tengah-tengah taman. Memang cantik! Walaupun mentari terik, tetapi suasana terasa nyaman dan tenang. Semakin segar minda yang tadinya bercelaru.
Air mineral diteguk dan seketul kuih bangkit ditolak ke dalam mulut. Tumpuan kembali difokuskan kepada buku yang terbuka di pangkuannya. Setiap muka surat dibaca dengan laju. Memahami dan mengingati apa yang tertulis. Beri dia masa lagi satu jam, tentu habis dia khatamkan buku ini. Tiba-tiba, telinga menangkap sesuatu tetapi kedengaran sayup-sayup. Seperti jauh saja bunyinya.
“Ayinnn... Ayinnn... Ayinnn...”
Nama aku? Betul ke? Ada orang panggil aku? Dahi berkerut seribu. Telinga dicapang luas, ingin memastikan apa yang dia dengar tadi adalah benar. Suasana senyap. Ayin angkat kepala, melihat sekeliling. Tak ada orang pun? Bunyi deru angin saja kottt... Dia cuba menyedapkan hatinya tetapi hati masih mahu berkata-kata. Lain sangat pula bunyi angin tu? Dah hampir-hampir sama bunyi nama aku. Dada tak semena-mena berdebar. Dup dap dup dap dup dap. Laju! Dia cuba menenangkan perasaan. Otak kembali ditumpukan kepada bacaannya. Dan sekali lagi...
“Ayinnn... Ayinnn... Ayinnn... Heeee...”
Pantas dipanggungkan kepala. Mata melilau ke segenap tempat. Masih hanya dia seorang. Takkan salah dengar lagi kot. Memang betul bunyi macam suara orang panggil aku, desis Ayin. Roma di tengkuk sudah merinding. Yang di tangan sudah tegak berdiri. Ish! Tengah-tengah hari buta macam ni, mana ada benda macam tu! Fikiran yang mula mengingatkan yang bukan-bukan dibuang jauh-jauh. Sekali lagi mata meliar ke sekeliling sebelum menjatuhkan semula anak matanya kepada buku di tangan. Dan...
“Ayinnn... Ayinnn... Ayinnn... Heeee... Ke mari kauuu...”
Jelas! Memang kali ini telinga dia tidak salah mendengar. Mana boleh salah dengar kalau dah begitu terang bunyi perkataannya, ‘Ayin ke mari kau...’ Tanpa berlengah buku ditutup dan dia menyusun langkah beratus ribu.
Yaya di balik pasu besar, menekan perut menahan tawa. Memang dia dah berjangkit perangai nakal Ayin dahulu nampaknya. Macam tak cukup lantai nak berlari, getus Yaya. Akhirnya tawanya meledak juga.
******
Dada yang semput diusap berkali-kali. Peluh yang merenik lebat di dahi segera dilap dengan sapu tangan. Nafas masih laju turun naik turun naik. Cepat Ayin melihat sekeliling ruang pejabat. Bimbang ada yang memerhati. Kalau ada yang melihat, malu dia nanti. Berlari macam orang kena kejar dek hantu!
Memang pun...
Eh, aku bukan kena kejar dek hantulah! Aku kena kacau dek hantu!
Wei Ayin! Mana ada hantu siang-siang buta ni? Lagipun, hantu mana wujud. Syaitan iblis ada la...
Habis tu, yang selalu orang cerita ada hantu pochonglah, pontianaklah... amenda?
Tu semua roh-roh orang yang tak tenang. Roh tak diterima oleh langit ataupun bumi. Itu yang berkeliaran atas muka bumi. Bukannya hantu. Itupun, kalau Allah SWT tak izinkan untuk tunjukkan muka, tak ada manusia yang boleh nampak punya.
Kalau tak ada hantu, yang aku dengar dekat atas tadi tu, apa?
Memanglah kau ni pengecut betul, Yin oiii. Otak dah fikir yang bukan-bukan, sebab tulah terbawa-bawa. Kau juga yang fikir pagi tadi pejabat ni ada yang tak kena, sebab tulah kau sangka yang bukan-bukan. Perasaan kau saja tu...
Okey... Mungkin perasaan aku saja...
Nafas kelegaan dihembus panjang selepas dia bermonolog sendiri. Semangat yang tadinya terbang melayang kembali dipacakkan ke dalam hati. “Memang perasaan aku saja tadi tu...” pujuknya lagi.
“Encik Azrin!”
“Allah mak kau hantu!” Hampir dia mahu tersungkur. Mujur juga tangannya pantas menupang ke meja. Kalau tidak, harus juga dia tersepuk ke atas lantai. Lekas dia berpaling bila terdengar suara orang mentertawakannya.
“Azhan!”
“Yalah saya. Encik Azrin ingat siapa? Hantu?”
“Awak buat saya terperanjat sajalah.”
Apasal bos? Muka macam baru nampak hantu saja. Itu yang sebut hantu tadi ke?” Azhan masih lagi ketawa.
“Eh! Mana ada? Awak ni pandai sajalah. Mana ada hantu siang-siang buta ni?” Ayin usap belakang tengkuk. Cepat-cepat sembunyikan rasa kecut dia tadi.
“Tahu takpa...”
“Kkkenapa awak naik awal pula ni? Dah habis lunch ke?” Tajuk perbualan diubah supaya Azhan tidak menyebut lagi soal hantu tadi.
“Dah... Saya tengok Encik Azrin tak ada dekat kafe tu, jadi saya naiklah cepat-cepat. Takut Encik Azrin tak perasan waktu dah lunch. Encik tak makan ke?”
“Saya kirim dekat Laila. Mintak dia tolong belikan.”
“Kenapa tak turun makan?”
“Saya naik garden tadi. Nak baca buku ni.” Ayin tayang buku manual ISO di depan mata Azhan. “Dekat atas tu rasa selesa sikit nak menghafal.”
Pandangan Azhan melekat ke buku itu. Dia tahu buku itu sudah disorokkan oleh Yaya. Nampaknya Ayin dah jumpa. “Dah jumpa?!”
“Dah.”
“Encik Azrin pergi garden tadi?!”
“Ya, saya naik ke garden tadi.”
“Ada jumpa sesiapa?!”
Ayin mengerut dahi. “Jumpa?! Jumpa sesiapa siapa?” Mula keliru dengan soalan Azhan.
“Tak ada jumpa sesiapa dekat atas?!” Azhan ulang semula soalannya.
Ayin geleng kepala. Kerut semakin berlapis. Tidak faham dengan makna dan tujuan soalan Azhan itu. “Jumpa siapa, Azhan?” Hati tiba-tiba ada rasa sesuatu. Sesuatu yang boleh buat perut jadi kecut semula dan semangat terbang melayang.
“Tttakk... Tak ada siapa.” Baik blah cepat, sebelum bos tanya lagi. “Okeylah bos! Saya nak pergi toilet ni. Bye!” Berlari anak Azhan meninggalkan Ayin. Ayin perhati Azhan hingga kelibatnya hilang di hujung koridor menuju ke tandas. Di dalam kepala, otak mula berfikir. Tiba-tiba baru perasan.
Kenapa dia tanya, aku dah jumpa buku ni? Dia tahu ke buku ni hilang tadi? Macam mana dia tahu buku ni hilang? Aku tak cakap dengan sesiapa pun pasal buku ni hilang. Apa maksud dia, aku ada jumpa sesiapa tak dekat atas tadi? Getus hati Ayin. Pelik? Ada sesuatu yang tidak kena dengan Azhan tapi apa? Semakin pelik bila dia terdengar suara Azhan ketawa besar dari dalam tandas ketika dia melalui pintu tandas perempuan, untuk ke tandas lelaki. Apa yang kelakar sangat sampai Azhan ketawa terbahak-bahak? Makin pening pula kepala dia memikirkannya.
Sudahnya Ayin hanya menggelengkan kepala. Terus menolak pintu tandas dan masuk ke dalamnya. Bila dia keluar dari tandas, suara Azhan ketawa masih kedengaran. Langkah terus mati di hadapan pintu tandas perempuan. Hati berbisik supaya memasang telinga.
“Dahlah! Nanti Yard bising. Satu company pun nak suruh dia sambungkan panggilan. Aku telefon dari dalam toilet. Takut dia dengar. Kesian wei bos aku... Pucat lesi muka dia. Dah tak berdarah. Macam muka baru lepas nampak hantu. Rupanya memang kena kacau dek hantu kepala hitam. Kalaulah dia tahu hantu ni cun, mesti tak jadi dia lari. Kau tak tengok muka dia tadi. Kalau kau tengok, aku rasa kau pun tergelak besar.” Suara Azhan bersambung dengan tawanya lagi.
Ayin di depan pintu sudah terkedu. Apa maksud Azhan? Dengan siapa dia berbual? Hantu kepala hitam? Niat di hati mahu terus memasang telinga, tetapi Laila sedang menuju ke arahnya. Dia terus buat-buat betulkan seluar dan baju. Seperti baru keluar dari tandas.
“Patutlah saya cari, encik tak ada dalam pejabat. Saya dah letakkan makanan encik atas meja,” beritahu Laila.
“Okey, Laila. Terima kasih.” Cepat dia mengeluarkan dompetnya dari poket belakang seluar. Not dua puluh ringgit dihulurkan, lantas disambut oleh Laila. “Bakinya awak simpan.”
Laila senyum. “Terima kasih bos.” Kalau macam ni, bos nak kirim hari-hari pun boleh. Dapat tip!
“Encik Azrin! Jangan lupa ya, pulangkan buku tu pada Riya lepas lunch ni. Nanti dia bising dekat saya pula.” Laila mengingatkan seraya tangan menunding bawah lengan Ayin yang mengepit buku manual ISO.
“Yalah! Nanti saya pulangkan.” Dalam hati berkata, lewat petang nantilah. Tak habis baca lagi. Kemudian kaki terus menuju ke pejabatnya. Bersama fikiran yang masih banyak tanda tanya.

1 comment: