Total Pageviews

Thursday, April 23, 2015

Benci / Cinta... Awak Budak Nakal - Teaser 5




“Rumah arwah Nek Ngah tu ada orang tinggal ke? Yin tengok rumah Nek Ngah tu bersih dan cantik saja.”
“Walaupun Nek Ngah dah lama tak ada, mak su selalu bersihkan rumah tu dan buat apa yang patut.  Kadang-kadang, mak  su tidur sana. Lepas ni, anak angkat mak su pula nak tidur rumah Nek Ngah tu bila dia balik sini,” kata Mak Ina selepas mendekati Ayin.
Cepat Ayin palingkan wajah melihat ibu saudaranya di sisi. Apa?! Mak su ada anak angkat! Siapa pula yang mak su ambik jadi anak angkat kali ni? Lelaki ke perempuan? Mulut ringan mahu bertanya tetapi hati melarang.
“Dia ada balik hari ni. Tengah hari tadi dia sampai. Yin pergilah jumpa dia. Dia ada duduk atas pangkin bawah pokok jambu tetek tu...” Muncung Mak Ina mengarah ke belakang rumah arwah Nek Ngah.
Hendak meletus tawa Ayin mendengar ujaran Mak Ina sebentar tadi. Sudah lama betul tak mendengar pokok jambu susu itu dipanggil jambu tetek. Mak Ina dan arwah Nek Ngah saja yang suka sebut jambu tetek ni. Panggilan orang kampung untuk nama lain bagi jambu susu. Tak senonoh betul! Dari wajah Mak Sunya, Ayin alihkan anak mata memandang ke arah belakang rumah arwah Nek Ngah. Siapa hah? Cara Mak Su bercakap tadi macam aku kenal saja budak tu. Siap suruh aku pergi jumpa lagi. Hati mula diserbu tanda tanya.
“Lelaki ke perempuan?” tebak Ayin.
“Cuba tengok, lelaki ke perempuan?” Mak Long menyampuk. Mata memberi isyarat supaya Ayin melihat semula ke belakang rumah.
Ayin amati. Besar kecil besar kecil kelopak matanya memokuskan retina. Dalam remang petang, sukar untuk dia melihat dengan jelas. Tambahan belakang rumah Nek Ngah amat redup kerana dipenuhi pelbagai jenis pokok buah-buahan.
“Kalau nak nampak jelas pergilah dekat-dekat,” cadang Mak Ina selepas melihat Ayin berusaha memfokuskan anak matanya ke sana.
Ish! Tak naklah mak su. Segan. Bukan kenal pun. Karang pun Yin boleh jumpa dia.”
“Boleh tahan ke nak tunggu sampai karang?” soal Mak Long berbunyi usikan.
Apa punya soalan mama ni? desis Ayin. Hati rasa tak enak. Ayin berpaling mahu melangkah masuk ke dalam rumah tetapi langkahnya terhenti apabila mamanya mendepang tangan di hadapannya.
“Pergilah. Dah lama dia tunggu.” Mak Long menolak perlahan tubuh Ayin supaya dia menuruni tangga. Lipatan dahi Ayin berlapis. Hairan!
“Ayin pergi sana dulu. Nanti Ayin tahulah siapa dia. Dah! Pergi cepat. Hari nak maghrib ni. Lepas jumpa, cepat-cepat balik. Nanti kena sampuk susah!” Mak Long kerah tubuh Ayin melangkah menuruni mata tangga. Ayin akur, walaupun dalam hati dihujani pelbagai rasa dan soalan.

7 comments:

  1. tolong sambung skit lg...penasaran niii...plssss..
    hihihi...xsabo nk peluk cium novel ni....Good luck sis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih Liana Mohd ALi...
      sabo tau...
      mohon doa supaya Ayin Yaya cepat2 kluar
      mekasih gak sudi follow BCABN
      muahssss

      Delete
  2. Replies
    1. Mekasih nurizzwo sudi follow crite ni...
      nama pun teaser, jd sikit jer le...
      saja nak kasi tak senang duduk
      hehehe
      kluar buku nnti jgn lupa grap 1 ya...
      muahsss

      Delete
  3. Sambung lagi. Dah x sabar ni hehe

    ReplyDelete
  4. Izanie Dollah, teaser 6 dah ada
    ari ni teaser 7 pkul 4 ya...
    mekasih tau follow
    muahssss

    ReplyDelete
  5. Loh.. Dh nk jmpe? Xsabau nk tau ni..

    ReplyDelete