Sepanjang masa di
pejabat, Yaya sentiasa berhati-hati. Ke mana saja dia pergi kelibat Ayin
dululah yang dicari. Mujur juga Ayin tidak naik ke tingkat empat ni. Kalau
tidak, muka kena tonyoh sabun pencuci tangan lagilah nampaknya tapi yang musykil
dia tak perlu nak susah-susah menyorok. Tak payah nak melarikan diri, sebab ke
mana saja dia pergi di dalam bangunan ini dia tak ada nampak langsung kelibat
Ayin. Ayin terperap dalam bilik saja, makan tengan hari pun Laila yang
bungkuskan, cerita Azhan. Bila Laila muncul di pejabatnya segera dia memanggil
Laila. Memandangkan tidak ada nampak Ayin, dari Lailalah nak tahu bagaimana
keadaan Ayin.
“Bos kau macam mana hari
ni, Laila?”
“Macam mana, macam mana?”
Apa punya blurlah Laila ni? Takkan tak faham
soalan kot. “Bos kaulah... Okey ke tak hari ni?”
“Apasal kau tanya?”
Yaya mengetap gigi menahan
geram. Slow punya PA! “Tak adalah...
Semalam Azhan bagitau aku, bos dia
semacam. Tak tentu arah buat kerja sampai kau jadi mangsa. Hari ni dia okey ke
tak?”
“Eh! Yalah. Petang
semalam, lepas dia turun jumpa kau terus jadi pelik perangai dia. Kau buat apa
dekat dia hah? Kau buli dia ya?” Laila tentang wajah Yaya.
“Mana ada! Dia tergoda
dengan akulah tu...” Yaya berjenaka. Tidak mahu Laila berprasangka buruk padanya.
“Ceh! Perasan!”
“Bos kau tu, ada tak
tanya kau apa-apa?”
“Tak ada. Kenapa ?” tanya
Laila semula. Mungkin rasa pelik dengan soalan Yaya tadi.
“Tak ada apa. Saja
tanya.” Bagus, penyabar juga Ayin. Tak ada duk kecoh-kecoh. Sabar ya Yin, hujung
minggu ni kita jumpa, Yaya akan terangkan segalanya, bisik Yaya.
“Huh! Malas betul aku layan
kau ni Riya. Bila orang tanya, tak nak jawab!” Laila muncungkan bibirnya yang
merah menyala tu. Dia kemudian terus beredar dari situ.
Apa yg buatkan ayin berubah? Pela yg die pk.. Mesti rindu yaya tu..
ReplyDelete