“Petang ni along dan Dina
ikut mama dan papa balik kampung!” arah Mak Long tiba-tiba. “Mama dah bincang
dengan papa malam tadi. Mama nak buat kenduri doa selamat, tolak bala dan
melenggang perut untuk Dina sekali.”
“Tapi Dina dan Along kena kerja besok, mama.”
Kak Dina membantah.
“Mama tak kira. Kerja ke,
tak kerja ke, petang ni kita balik kampung sama-sama. Dina larat ke, tak larat
ke, ikut juga. Besok mama nak buat kenduri tu. Bukan untuk orang lain, untuk
Dina juga. Dina nak bersalin tak lama lagi. Kita berdoa, supaya tak ada benda yang
tak elok berlaku. Biar semuanya selamat,” hujah Mak Long. Bila menantunya sudah
bercakap yang bukan-bukan, dia jadi kecut perut. Bimbang sesuatu yang buruk
berlaku kepada menantu dan cucu di dalam kandungan tu. Bayi yang di dalam perut
itu cucu dia yang sulung. Tentulah sayangnya lebih. Tentulah risaunya melampau.
“Baiklah mama,” balas
Along. Kak Dina juga terpaksa mengangguk setuju. Ibu mertuanya jarang sekali
meninggikan suara tapi bila dah marah, tidak ada sesiapa yang boleh membantah.
“Kenduri tu juga untuk Riya dan Ayin sempena
pertunangan mereka. Lepas tu kita boleh berbincang pasal perkahwinan mereka
berdua,” beritahu Mak Long lagi.
“Kahwin?” cantas Kak
Dina.
“Mama dan papa nak
berbincang dengan Ayin dan semua ahli keluarga kita bila nak diadakan kenduri kahwin
dia orang ni,” jawab Mak Long.
Kak Dina diam. Yaya
renung riak wajah Kak Dina. Ada keganjilan di situ. Seperti ada sesuatu.
Selepas mereka selesai bersarapan, Yaya mohon diri untuk bertolak pulang ke
kampung. Teksi tiba selepas setengah jam Yaya buat panggilan. Ketika teksi mula
bergerak meninggalkan rumah Mak Long, Yaya lihat air muka Kak Dina masih
seperti tadi. Entah apa yang tidak kena agaknya.
Ah sudah!!! Konflik sudah maike?
ReplyDeleteHati tak mahu Yaya dengan Ayin. Sbb Ayin memang tak bersedia lagi nak kahwin. Biarlah jodohkan Yaya dengan orang lain.
ReplyDelete