Total Pageviews

Saturday, April 18, 2015

Benci / Cinta... Awak Budak Nakal - 40




Bab 40
Bila teringatkan kejadian tadi, dia ketawa sorang diri. Bila teringatkan cerita Azhan, lagi dia gelak tak berhenti. Agaknya entah macam mana Ayin berpusing satu ofisnya mencari buku manual ISO tu. Dulu niat dia semata-mata hendak menguji kesabaran Ayin, perasaan dan ingatan Ayin kepada dia. Sekarang ni, dah lain pula jadinya. Seronok dapat mengusik Ayin. Memang kenakalan Ayin dulu sudah berpindah kepada dia nampaknya. Yaya melihat jam dinding di hadapannya. Dia tahu peluang untuk mengusik Ayin datang lagi. Cepat-cepat dia angkat ganggang telefon.
“Laila! Mana buku aku? Dah pukul berapa tak pulang-pulangkan buku aku lagi ni? Cepatlah sikit... Aku nak gunakan buku tu.” Dia tahu Laila tidak suka digesa. Nanti Laila gesa pula Ayin pulangkan buku tu. Dia pasti Ayin masih belum habis membacanya.
“Riya, penatlah aku macam ni. Kau pergilah mintak dekat dia sendiri. Tadi aku dah cakap dah. Dia kata nanti dia hantar dekat kau.”
“Dia kata, dia nak hantar sendiri?” Yaya kejang.
“Iya...”
Mati aku! “Eh, janganlah! Tak mahulah dia hantar. Kaulah yang hantarkan.”
Wei Riya! Penatlah aku nak naik ke tingkat empat tu. Dah dia nak hantarkan, biarlah dia hantar sendiri. Letihlah aku dengan kau orang berdua ni. Apasal aku pula yang kena jadi orang tengah? Aku banyak kerja ni. Okey bye!” Panggilan terus dimatikan.
“Kurang asam boi punya Laila. Dia main letak macam tu saja? Banyak kerja konon... Macamlah aku tak tahu kerja dia asyik melaram saja” rungut Yaya. Bila teringatkan kata-kata Laila tadi, dia jadi gelisah. Ayin nak hantar sendiri buku tu? Macam mana ni? Sah-sahlah Ayin jumpa dia karang. Mata mula memerhati ke arah pintu masuk. Manalah tahu, tiba-tiba Ayin muncul di situ. Nanti tak sempat dia nak buat apa-apa. Kalau Ayin datang, mana dia nak menyorok? Nak menyorok bawah meja ke? Tu dah serupa tikus! Lagipun, budak Account tentu nampak. Apa pula kata mereka bila tengok dia duk berlingkar bawah meja. Nak sembunyi dekat garden? Naya saja pergi sana time-time macam ni. Nampak dalam CCTV nak jawab apa? Habis tu nak lari mana? Dalam tandas? Nanti Kak Fatimah cari lagi susah.
“Habis tu macam mana...? Laila ni pun satulah! Apa kena dengan minah tu hari ni hah? Gaduh dengan Iqbal la tu!” Mata ralit memerhati ke pintu. Hati sempat berdoa supaya Ayin tidak muncul waktu ini. Katakanlah Ayin tiba-tiba datang, mana tempat paling bagus untuk sembunyi? Mata melilau ke sekeliling tempat kerjanya. Mencari sudut yang boleh dijadikan tempat persembunyian paling strategik. Mata mati pada kabinet fail di belakang meja kerja.
Apa susah, buat-buatlah kau sibuk tahap gila khinzir. Cari fail tu, cari fail ni. Dah tentu kau sentiasa membelakangkan dia. Jadi, tak ada canlah dia nak tengok muka kau. Kalau dia panggil, kau buat tak layan sajalah! Sibuk..., mana ada masa nak layan dia. Suruh saja dia letakkan buku ISO tu atas meja. Lepas tu suruh dia blah! Yes! Itulah ideanya.
2:30 pm, Ayin tak datang. 2:40 pm, Ayin belum juga muncul. 2:50 pm, mana dia ni? Dekat nak tea-break batang hidung pun tak nampak lagi. Perut dah lapar ni. Ah! Pergi buat air dululah. Makan kuih bangkit cicah kopi O best juga ni! Yaya bangun meninggalkan kerusi, dan terus menuju ke pantri. Kalau Ayin datang masa ni, bagus juga. Tak payahlah bersusah-susah nak berpura-pura berlakon sibuk tahap gila khinzir. Yaya sengih sendiri. Sedang Yaya leka membancuh kopi O, Wani datang mencarinya di pantri.
“Riya! Assistant Marketing Manager yang baru tu, cari kaulah,” beritahu Wani.
Choiii... masinnya kata hati dia tadi. Baru sebut Ayin datang masa tea-break, betul-betul Ayin muncul masa tea-break.
“Dddia datang cari aku?” Yaya mengelabah.
“Ya. Dia tunggu kau dekat meja.”
“Tttunggu aku? Ish! Kau cakap sajalah dekat dia tak payah tunggu aku. Letak saja buku aku tu atas meja.”
“Eh, mana kau tahu dia nak hantar buku?!”
Eh! Minah ni, banyak soal pula dia. “Kau cakap saja dekat dia aku tengah buat air. Suruh dia letak atas meja aku.”
“Yalah!”
Baru beberapa saat Wani beredar tiba-tiba...
“Cik Riya!”
Erk! Ini bukan suara Wani. Yaya terus keras. Kaku. Beku. Suara itu, suara dia...
“Cik Riya...”
Apasal dia panggil lembut sangat? Waduh! Boleh luruh jantung macam ni.
“Cik Riya...”
Takkan nak berpaling? Gila! Nanti Ayin kenal dia. Apa nak buat ni...? Mata tiba-tiba terpandang sabun cecair pencuci tangan di tepi sinki. Sabun cuci tangan pun, sabun cuci tanganlah! Pantas ditekan kepala pemancut bekas sabun itu. Cret! Cret! Buka pili, letak air, terus ditonyoh sekuat hati ke muka. Biar buih penuh menutupi wajahnya.
“Cik Riya!”
Yes! Sorry! Tadi tak berapa dengar sangat  Encik Azrin panggil saya. Encik Azrin nak jumpa saya ke?” Muka Ayin yang terpegun dipandang penuh berani. Dah muka sememeh dengan buih sabun macam ni, memanglah dia berani tapi gabra tetap juga ada.
“Muka Cik Riya tu...” Ayin arahkan jari telujuknya ke muka sendiri, sambil  dipusing membentuk bulatan.
“Oh! Ni?” Yaya menunding ke wajahnya. “Sssaya tengah cuci muka.” Yaya berdiri menupang tangan ke sinki sambil kuku jari telunjuk mengetuk ke muka sinki. Sebelah tangan lagi dicekak ke pinggang.
“Cuci muka guna hand soap?” Ayin taut kedua kening. Tak pernah dia jumpa orang cuci muka guna sabun pencuci tangan. Selalunya orang guna facial cleanser. Sempoinya Cik Riya ni. Pelik pun, ya juga.
“Saya alergi dengan facial cleanser. pH tinggi!”
Alergi dengan pencuci muka? Memang tak logik. Bukan ke pH sabun pencuci tangan  lagi tinggi dari facial cleanser? Memang somethinglah Cik Riya ni, getus Ayin. “Tapi cuci muka dekat sini pula?” Telunjuk Ayin mengarah ke bawah kepada lantai pantri. “Bukan dekat toilet ke?”
Walawei! Apasal dia banyak tanya pula ni?! “Nak ambik wudhu’. Saya biasa ambik wudhu’ dekat pantri.”
“Wudhu’ dalam toilet pun sah juga.” Tak dapat nak bayangkan Cik Riya ni melangkah sinki tu masa membasuh kaki nanti. Sungguh kurang sopan.
Ewah... ewah... Ni tengah buat sesi soal jawab agama ke apa? “Memang sah. Tapi tak sesuai untuk dijadikan tempat berwudhu’.”
“Sebab?”
Hilang terus rasa mengelabah kerana geramkan Ayin yang terlalu banyak mulut. “Dalam tandaskan dilarang sama sekali mengucap atau menyebut kalimah Allah. Jadi, ringkasnya tandas adalah tempat yang tak sesuai untuk dijadikan tempat berwudhu’.”
Ayin angguk setuju.
“Ni banyak sangat bertanya, Encik Azrin dah solat zohor ke? Kalau belum, meh la kita solat sama. Boleh jadi imam saya.” Ambik kau! Banyak sangat mulutkan. Baik dia gunakan kesempatan ini untuk test Ayin lagi. Yaya! Apa yang kau mengarut ni? Ajak dia solat sama pula. Kalau dia kata nak karang baru padan dengan muka kau.
“Eh! Tak apa. Saya dah solat dekat bawah tadi.”
Fuh! Nasib baik dia tolak. Kalau tidak tak pasal-pasal.
“Tak apalah Cik Riya. Saya turun bawah dululah. Saya datang jumpa Cik Riya ni, sekadar nak ucapkan terima kasih sebab bagi saya pinjam buku manual ni. Saya letak buku ni atas meja Cik Riya, ya. Terima kasih.”
Yaya angguk kepala. “Sama-sama.”
Lega bila Ayin menamatkan komunikasi antara meraka. Muka mula rasa semacam. Panas dan melekit. Ayin berpaling beredar. Yaya juga berpaling mencuci buih di muka.
“Cik Riya!” Ayin pacul semula di muka pintu pantri.
“Alamak, dia datang balik!” bisik Yaya. Nak pandang Ayin? Sorry! Muka dah cuci. “Hmm,” sahut Yaya. Langsung tidak menoleh. Masih terus menyapu air ke mukanya.
“Bila nak buat test?”
Test apa?”
“ISO test...”
“Nanti saya bagitau.”
“Okey!”
Dan selepas itu, senyap. Tiada kedengaran lagi suara lelaki itu di belakangnya. Perlahan-perlahan Yaya garitkan muka melihat ke pintu. Sah! Dia dah tak ada. Selamattt... Muka terus dicuci bersih. Janganlah kulit muka dia ni merah macam baru lepas berjemur tepi pantai. Habis satu pejabat bertanya nanti.
“Riya!”
Tangan sudah cepat menekan semula kepala pemancut sabun pencuci tangan.
“Encik Azrin nak apa cari kau?”
Yaya toleh. Fuh! Wani. Nasib baik. Ingatkan Ayin lagi. Yaya mengurut dada. Lega. Kalaulah Ayin jawabnya lepas ni kulit muka dia bukan merah macam kena jemur lagi tapi dah macam kena panggang. Asyik ditonyoh sabun pencuci tangan saja. Yaya cuci semula tangannya yang bersabun dan mencapai mug kopi O tadi.
“Wani, kau tolong letakkan air aku ni dekat meja. Aku nak pergi toilet sekejap.”
“Ada-ada saja kau nikan? Aku tanya tadi tak nak jawab langsung,” kompelen Wani bersama muka muncung. Ayin handsome, memang padanlah ramai budak-budak perempuan dalam pejabat ni duk intai. Bila tiba-tiba Ayin datang mencari Yaya, semua orang cemburu. Termasuklah Wani.
“Dia datang jumpa aku nak cakap terima kasih saja, pasal aku bagi dia pinjam buku manual ISO tu...”
“Ooo... Aku ingatkan dia cari kau pasal apa...”
“Atas meja aku ada bekas isi kuih bangkit. Kalau kau nak merasa ambillah sikit.”
“Okey! Terima kasih.” Wani tersenyum.
Usai urusan di tandas Yaya kembali semula ke mejanya.
“Riya! Mana kuih bangkit yang kau cakap tadi. Tak ada pun?” tanya Wani ketika Yaya melalui mejanya.
Ish! Kau ni. Adalah! Aku letak atas meja aku tadi. Cari tak pakai mata,” usik Yaya. Dia segera menghampiri mejanya. Anak mata ditebarkan ke serata muka meja. Eh, tak adalah! Mana pula perginya? Memang dia letak atas meja ni tadi.
“Tak adakan?” soal Wani dari jauh.
Yaya angguk kepala. “Memang tak ada.” Mata masih mencari. Dan pandangannya mati pada buku manual ISO di bucu meja. Di situ juga dia letak bekas plastik kuih bangkit Ayin yang tertinggal di bumbung tadi. Kerana terlalu takut Ayin lari dan meninggalkan bekas itu di bangku yang didudukinya. Yaya ambil dan bawa turun. Sekarang bekas kuih tu sudah hilang pula. Lama matanya tertancap kepada buku itu. Otak berputar ligat berfikir.
Apakah?
Gluppp! Yaya telan air liurnya. Hancus! Tentu Ayin dah boleh agak. Hati Yaya mula libang-libu.
Waaa... Azhan! Matilah aku...

2 comments:

  1. Hihi tula yaya.. Nk jadi budak nakal yg usik budak lg nakal.. Cmne? De je slack kt mane2..idea...

    ReplyDelete
  2. Ha tula. Nao kenakan ayin lagi hehe. Jawablah nanti yek hehe. Makin menarik

    ReplyDelete