Total Pageviews

Sunday, April 12, 2015

Benci / Cinta... Awak Budak Nakal - 34




Bab 34
“Kenapa Riya?” sergah Kak Fatimah. Dari tadi dia melihat menerusi cermin biliknya Yaya asyik tersenyum saja. Dah macam orang sewel pula. Nasib baik senyum saja, tidak bercakap. Kalau tidak, memang dah sah-sah budak ni hilang akal.
“Tak ada apa-apa kak Fatimah,” jawab Yaya. Dia berusaha menahan tawanya dari meletus. Kak Fatimah geleng kepala.
“Macam-macam perangailah awak ni Riya!” Kak Fatimah berjalan melalui meja Yaya. Malas hendak bersoal jawab. Cacing dalam perut mula berdisko. Pergi makan, lagi bagus. Baru sekerat jalan Kak Fatimah melangkah, tubuh dipaling semula bila dia rasa Yaya tidak bangun mengekornya. “Nak ikut tak ni?”
“Ikut pergi mana?” soal Yaya semula, kurang faham.
“LaillahaillAllah... Pergi lunch la... Pergi mana lagi? Kan dan dekat pukul satu ni? Nanti Azhan tertunggu-tunggu dekat bawah tu,” ujar Kak Fatimah sambil bercekak pinggang.
“Akak pergilah temankan Azhan. Riya nak balik rumah Mak Long Riya sekejap. Ada hal.”
“Nak pergi dengan siapa? Naik teksi? Sempat ke?” Selama ini dia tahu, ke mana saja Yaya pergi, Azhan yang jadi pemandu tapi tadi, dia disuruh menemani Azhan makan tengah hari. Maknanya Yaya tidak pergi dengan Azhan.
“Anak Mak Long jemput. Riya dah janji.”
“Azhan tahu?”
Yaya tepuk dahi. Laju dia menggeleng. “Terlupa nak bagitau. Nanti kak Fatimah tolong cakapkan dekat dia.”
“Kalau macam tu akak turun dululah?”
Yaya angguk lagi. Selepas Kak Fatimah beredar, cepat-cepat Yaya mengambil beg dan turun ke tingkat bawah. Ketika menghampiri tangga di tingkat dua, dia berhati-hati melangkah. Manalah tahu kot-kot Ayin ada di situ pula. Selepas memastikan tiada kelibat manusia segera Yaya menuruni tangga ke ruang lobby dan terus menuju ke arah pintu belakang. Langkah dihayun laju. Bimbang Along sudah menunggu lama. Nanti Along merungut lagi. Tadi, semasa dia telefon minta Along tunggu di lorong belakang pun sudah riuh Along berkicau. Takut ada orang nampak dan kemudian tersalah anggap, katanya. Tak pasal-pasal timbul fitnah Along ada skandal dengan bakal adik ipar sendiri, bebel Along lagi.
Tiba di bahagian belakang, segera Yaya menolak pintu kecemasan dan lolos dari situ. Along sudah pun menunggu. Cepat-cepat dia dapatkan kereta Along.
“Kan dah susah guna pintu belakang? Macam orang buat salah. Menyorok-menyorok nak keluar. Sampai bila? Lama-lama kena juga jumpa Ayin. Dah namanya pun kerja satu company?” rungut Along sebaik sahaja Yaya melangkah memasuki kereta Along.
“Gila nak keluar ikut pintu depan! Buatnya terserempak dengan Ayin macam mana?” Tangan pantas menutup pintu kereta dan menarik tali pinggang keledar. Along ketawa halus.
“La..., tadi bunyi macam orang marah saja. Sekarang apasal gelak pula?” Yaya kerling wajah Along. Itu, lain tak ada! Nak mengusiklah tu.
“Kalau dia nampak, terus cakap hai sajalah. Kan senang?”
Yaya menyeringai sinis campur geram. Along ni macam tak faham-faham. “Mana thrill macam tu. Tiba-tiba nak terus jumpa. Tak best aaa... Yaya nak juga tahu Ayin tu macam mana sekarang ni. Betul ke dia dah baik, dah berubah perangai. Betul ke dia masih ingatkan Yaya. Sukakan Yaya. Yaya nak uji dia dulu.”
Along geleng kepala. Penatlah si Ayin tu melayan peel si Yaya ni. Siap nak uji bagai! “Kan along dah cakap dari dulu lagi. Dia memang sayangkan Yaya tapi Yaya tak nak percaya. Sanggup bersusah payah macam ni.”
“Along nak tolong ke tidak ni?” Mula terasa hati. Along ni dari tadi asyik merungut saja. Ikhlas ke tidak menolong dia?
“Kerana Yaya dan Ayin, along sanggup tolong.” Along lemparkan senyuman memujuk. Dia tahu gadis itu mula merajuk.
“Habis tu cepatlah! Along ni lambat sangatlah bawak kereta. Nanti lambat sampai rumah mama. Lepas tu karang, lambat Yaya balik ofis semula. Habis Yaya kena marah dengan bos nanti,” rengek Yaya kemudiannya.
“Yalah adik ku sayang. Along bawak kereta laju-laju. Kalau kena saman, Yaya tolong bayarkan untuk along, ya?”
“Berapa pun sanggup!”
“Huh! Kalau Ayin punya pasal, semuanya sanggup.”
“Mestilah! Buah hati kita kan?”
Along buat muka hendak termuntah. Yaya menceber. Mereka kemudian ketawa serentak. Dalam perjalanan Along bertanya apa rancangan Yaya sebenarnya. Mengekek Along ketawa bila Yaya kata mahu menguji Ayin dengan kuih bangkit tepung yang dibungkus dalam plastik express mail. Konon-konon, kuih tu dihantar oleh seseorang. Tujuannya hanya mahu tahu tahap kesabaran Ayin. Kalau tak sabar tentu Ayin melenting nak tahu siapa yang beri kuih ni.
“Bak sini along rasa sikit?” Along panjangkan tangan hendak mengambil sampul plastik itu dari tangan Yaya.
Cepat Yaya menangkis. “Tak boleh! Ini khas untuk Ayin. Kalau along nak rasa, lain kali Yaya buatkan.”
“Huh, kedekut! Nak rasa sikit pun tak boleh.” Along buat-buat merajuk.
“Merajuk konon. Heh! Buruk amat rupa tu tua-tua bangka nak merajuk. Dah nak jadi daddy dah, along oiii. Tak sesuailah merajuk-merajuk ni.”
“Tak merajuk... Kecik hati saja. Kenapa tak buat banyak-banyak?”
“Wahai bakal abang iparku yang tersayang. Yaya buat ni guna microwave. Mana boleh buat banyak-banyak. Inipun dua hari tau, Yaya menghadap microwave tu. Penat!”
“Siapa suruh? Kan dah penat.”Along masih lagi hendak mengusik.
“Alah! Along jealous. Kak Dina tak sanggup buat macam Yaya ni, dekat along.”
“Siapa kata Kak Dina tak sanggup buat kerja gila macam Yaya ni pada along? Tu yang dia kendong dalam perut tu, bukan dia sanggup berkorban untuk along ke?”
“Yalah! Yalah! Kak Dina lagi hebat dari Yaya...”
Of cause!”
Mereka ketawa lagi. Leka usik-mengusik sesama sendiri, tidak sedar sudah sampai di rumah Mak Long. Mak Long apa lagi, mulutnya kecoh seperti murai tercabut ekor. Puas Yaya memujuk Mak Long yang merajuk kerana Yaya sudah lama tidak menjenguknya.
“Kita orang ni singgah sekejap saja tau, mama.”
“Jangan nak mengada-ada! Dahlah lama tak datang tengok mama. Lepas tu datang ni nak singgah sekejap saja. Mana boleh!”
“Itulah mama. Terlanjur along hantar dia jumpa mama ni, along nak singgah makan tengah hari tapi, Yaya tak mahu. Takut sangat bos dia marah kalau masuk kerja lambat.” Along pula menambah perisa sesedap rasa dia. Along tayang dua ibu jarinya di depan mata Yaya. Yaya ketap gigi kepada Along tapi Along buat tak peduli. Bukan Yaya tak tahu apa tujuan Along. Nak menyedapkan tekak dia dengan masakan Mak Longlah tu!
“Betul tu! Singgah makan dulu. Mama pun dah siap masak. Hari-hari mama makan sorang. Apa salahnya hari ni, Riya temankan mama makan? Dah! Jom kita makan sama-sama.” Terus Mak Long tarik tangan Yaya menuju ke meja makan. Along tersenyum kepuasan mengekor di belakang. Yaya tayang ketap gigi tanda marah. Along angkat pula jari telunjuk dan jari hantu. Peace! Sukalah hati Along tu, Mak Long backing dia.
Di meja makan, Yaya berbincang dengan Mak Long untuk melancarkan rancangannya. Tak mahu ada sebarang kesilapan. Kalau kantoi, rugi.
“Kuih bangkit ni Riya dah siap bungkus macam courier. Nanti setiap hari mama bagi pada Ayin, ya?”
“Kalau dia tanya?”
“Mama jawab saja tak tahu. Hantar by courier, mana tahu siapa pengirimnya.”
“Kenapa tak nak Ayin tahu?”
“Saja nak bagi misteri sikit. Biar dia cari, siapa yang bagi dia.”
“Okey! Mama setuju!”
Along geleng. Kesian Ayin. Tak ada siapa nak sebelah dia. Aku dengan papa dah tentulah kena sokong mama dan Yaya. Kalau tidak, dua orang ni merajuk.
“Lepas makan ni, mama nak telefon Ayin,” tukas Mak Long tiba-tiba. Yaya yang sedang mengunyah nasi seperti hendak tercekik mendengarnya.
“Mama! Janganlah bagitau Ayin pasal Riya dulu. Plan Riya nak surprisekan Ayin belum selesai lagi tau!” Dada ditepuk-tepuk. Cepat-cepat Along hulurkan air kepada Yaya, apabila melihat Yaya seperti mahu tercekik.
Ish! Budak ni. Mama telefon Ayin bukan nak bagitau pasal Yaya...”
Rakus Yaya menelan air dari gelas. Menolak masuk nasi yang berkepal di rengkungnya. “Habis tu?” Batang leher yang terasa perit diurut dua tiga kali.
“Mama nak telefon dia bagitau, yang konon-kononnya mama ni dapat bungkusan untuk dia dari postman hari ni.  Nanti mama usiklah dia, mama nak bukak dulu bungkusan tu. Tentu dia mengelabah nanti.” Mak Long ketawa selepas itu.
Terrornya mama. Macam nilah baru best! Riya setuju.” Tapak tangan dihulurkan kepada Mak Long. Mak Long sambut dengan tapak tangannya juga.
High five!
Macam-macam, rengus Along.

1 comment:

  1. Hish..jgn lama sgt nak test kan si chad balik dah susah

    ReplyDelete