Total Pageviews

Wednesday, April 29, 2015

Benci / Cinta... Awak Budak Nakal - Teaser 11




“Janganlah buat kerja, bang. Bukan kata orang tua, budak-budak pun dah tak nak mandi bondar tu!” tukas Shidan bersama ketawa kecil. Terusik dengan permintaan Ayin yang tidak masuk dek akal tu.
Bondar?” Ayin kerut dahi, tak faham. Dia tanya pasal tali air, yang Shidan ni cerita pasal mandi bondar, apa hal? Wei! Bondar tu binatang spesies apa hah?
Bondar tu..., maknanya tali airlah...” terang Yaya. Dari tadi asyik jadi cikgu Bahasa Melayu Ayin saja.
Apasal pula tak ada yang nak mandi?”
“Air keruh bang. Dah tu dengkek pula.”
Dengkek?” Ayin garu belakang telinga.
“Shidan!” panggil Yaya.
Yup!”
“Boleh tak bercakap guna Bahasa Melayu yang berdaftar dalam kamus Dewan Bahasa?”
Apasal?”
“Tu...” Muncung Yaya terarah kepada Ayin yang buat muka kelabu. Puas memerah otak cuba memahami kata-kata Shidan sebentar tadi. “Abang Ayin tak faham.” Terasa penat pula jadi penterjemah tak bergaji untuk si Ayin ni.
“Siapa kata Yin tak faham?” tebak Ayin. Muka merah menahan malu kerana Yaya sedari tadi asyik mengusik dia. Ada saja kata-katanya yang dibetulkan oleh Yaya.
“Kalau faham, dengkek tu apa?” Yaya angkat kening berkali-kali. Sengaja provoke Ayin. Entah kenapa suka pula dia menggiat Ayin. Mungkin sebab muka Ayin handsome kuasa sepuluh bila buat muka blur dan ketat tu.
Emmm... Aaaa... Dengkek tu...” Dalam hati menggumam, kalau Yaya ni halal untuk dia, memang dah dia cium. Geram saja dibuatnya.
Dengkek tu..., maknanya cetek...” Yaya senyum dan terus melangkah. Ayin ketap gigi menahan sabar. Memang dicium juga karang ni!

1 comment: