Bab 32
Sepuluh minit sebelum pukul sepuluh pagi, suara Laila
berkumandang di interkom.
“Encik Azrin sekejap lagi sesi taklimat di bilik Training.”
Eh! Ada pula si Laila ni? Pantas Ayin teringatkan kuih
bangkit. Segera dia meminta Laila masuk berjumpanya. Beberapa saat kemudian pintu pejabat kedengaran diketuk.
Laila melangkah masuk selepas itu.
“Ya Encik Azrin?” Terus
Laila menyoal apabila dia tiba di hadapan Ayin.
“Awak tahu tak apa-apa
pasal ni?” Bekas kuih bangkit ditayangkan di depan Laila.
“Apa tu tu Encik Azrin?”
Riak wajah Laila jelas kebingungan.
“Awak tak tahu apa-apa?”
Laila geleng kepala. “Apa
benda tu Encik Azrin?”
“Pagi tadi masa saya
masuk ofis, ada kotak hadiah atas meja saya. Bila saya buka, inilah isinya.”
“Apa isinya Encik Azrin?”
Laila menyoal lagi. Cuba mencari clue,
apa kena-mengena barang itu dengan tujuan bos nak berjumpa dia.
“Kuih favourite saya!”
Laila tercengang. “Hah?!”
Dia rasa lose. Semakin tak faham.
“Awak tahu siapa yang
letakkan kotak hadiah berisi kuih bangkit ni atas meja saya?”
Cepat Laila menggelengkan
kepala. “Tak!”
“Betul awak tak tahu?”
“Betul Encik Azrin. Saya
tak tahu.”
Melihat wajah Laila
seperti orang keliru, Ayin tahu Laila tidak tahu apa-apa tentang bekas kuih
bangkit tepung ini. “Kalau awak tak tahu, tak apalah! Awak boleh keluar.”
“Cubalah Encik Azrin
tanya Azhan. Manalah tahu, Azhan tahu. Sebab selalunya dia yang paling awal
masuk ofis.”
Ayin angguk. Kemudianlah
dia berjumpa orang yang bernama Azhan tu. Lagipun sesi taklimat dah nak
bermula. Segera dia keluar dari pejabatnya. Di tingkat lima Ayin terus menuju ke bilik yang tertulis perkataan Meeting Room di pintunya. Masuk sahaja
ke dalam bilik, dia melihat beberapa orang pekerja sudah berada di sana. Kak
Fatimah duduk di meja paling hadapan menghadap kepada mereka.
“Jemput duduk Ayin,” Tangan Kak Fatimah mengarah kepada
sebuah kerusi kosong.
“Terima kasih kak Fatimah. Maaf, saya terlambat sikit.”
“Tak mengapa. Masih awal lagi ni. Saya perkenalkan, ini
Encik Azrin Hisham. Beliau menggantikan Assistant
Marketing Manager lama yang telah ditukarkan ke cawangan syarikat di JB.”
suara Kak Fatimah memenuhi ruang bilik Training.
Semua mata tertumpu kepada Ayin.
Biar betul?! Syarikat family
Chad ada cawangan lain? Berapa cawangan ada? Chad tak pernah bagitau pun? Bermakna syarikat ni, bukan
calang-calang syarikat. Soalan-soalan itu berterbangan di dalam kepala Ayin.
Memang Chad tak pernah membanggakan diri dengan apa yang dia ada selama ini,
puji Ayin kemudiannya.
“Hai!” Ayin mengangkat tangan kepada mereka yang berada
jauh darinya dan bersalaman dengan mereka yang duduk berhampiran. “Selamat
bekerjasama semua,” kata dia kemudiannya.
“Ayin! Dia orang ni semua pekerja baru yang kita ambil
untuk bahagian Idea Kreatif, Rekabentuk dan juga Grafik. Sekarang ni syarikat
banyak dapat job baru. Tak cukup
kapasiti.”
Ayin menganggukkan kepala kepada semua pekerja baharu di
sekelilingnya sebelum mengambil tempat di kerusi. Kak Fatimah memulakan sesi
taklimat. Hampir setengah jam Kak Fatimah berhikayat tentang salasilah syarikat
ini. Dari penubuhan hingga ke kejayaan yang pernah dicapai oleh syarikat. Sebab
itu diadakan showroom di tingkat
bawah. Supaya pelawat, tetamu atau bakal pelanggan boleh melihat dan mengetahui
tentang projek-projek yang pernah dikendalikan oleh syarikat ini.
Selesai sesi taklimat, Ayin dan semua kakitangan baharu
dibawa meninjau keadaan syarikat. Segenap bahagian bangunan lima tingkat ini Kak
Fatimah bawa mereka melawat. Satu tingkat ke satu tingkat, hingga ke bumbung. Di
mana disediakan mini garden dan kolam
kecil, juga beberapa pondok tempat untuk berehat. Mereka kemudian bergerak
untuk turun semula ke bilik Training.
“Okey, sekarang saya jemput assistant saya Cik Riya, untuk menjalankan sesi seterusnya.” Kak
Fatimah buat pengumuman sebelum dia beredar dari bilik itu.
“Mana pula datangnya Cik Riya ni? Tadi masa berkenalan,
tak ada pula staf nama Riya? Assistant
Kak Fatimah? Interview hari tu tak
ada nampak pun?” Ayin berbisik sendiri. Matanya melekat ke pintu menanti
kelibat yang bakal muncul di situ.
Cahaya lampu bilik training
tiba-tiba malap. Mata beralih ke hadapan apabila terdengar bunyi sesuatu. Dalam
samar-samar, kelihatan layar putih turun dari siling. Projektor juga tiba-tiba
hidup. Tayangan slide pun dimulakan. Satu persatu gambar-gambar syarikat dan setiap
ruang pejabat serta department terlayar
di skrin. Namun suara Cik Riya yang mengelola sesi training masih juga belum kedengaran di telinganya. Ayin berpaling
di sudut bilik. Dia lihat sekujur tubuh berdiri sambil bersandar pada dinding.
Diamati tetapi sisi wajah perempuan itu sukar dicerna dalam keadaan cahaya bilik
yang agak gelap. Setelah lima minit tayangan slide berlangsung, baru dia
terdengar suara lembut memberi ucap salam.
“Assalamualaikum semua. Saya Cik Riya, training officer anda untuk hari ni.
Sebentar tadi, apa yang anda lihat adalah sejarah perkembangan syarikat ini.
Selepas ini saya akan bagi penerangan tentang undang-undang syarikat dan bla... bla... bla...”
Hampir dua jam berlalu. Ayin tonyoh biji mata cuba
menghilangkan rasa mengantuk. Tengkuk dipicit-picit. Buntut juga terasa tebal kerana
duduk terlalu lama. Mulut menguap lagi. Entah untuk yang keberapa kali. Lagi
lima minit perempuan di hadapannya ini masih lagi mahu bercerabih, memang dia akan tertidur buat yang ke sepuluh kali. Panjangnya
ceramah minah ni. Dah dekat dua jam
dia pot pet pot pet, ceceh hati Ayin.
Mana dia tidak mengantuk? Bilik ini sudahlah gelap, sejuk pula sebab tu mata
asyik kuyu. Dah naik sangap dibuatnya. Terlalu banyak menguap sampai pipi pun kejang.
“Okey semua. Saya ucapkan selamat datang ke syarikat ini.
Selamat maju jaya dan saya harap anda semua akan bekerjasama untuk memajukan
lagi syarikat ni. Terima Kasih.”
“Syukur... alhamdulillah...” Spontan tangan diusap ke
muka. Matanya kemudian mencari Cik Riya. Manalah tahu, kata-katanya tadi sampai
pula ke telinga perempuan itu. Training
dah habis. Apasal nak bergelap lagi? Apa
dia ni memang suka duduk dalam gelap ke? Ayin hairan apabila lampu bilik masih
juga belum dilaraskan semula.
“Semua orang boleh bersurai, balik ke department masing-masing.”
Dengar sahaja suara Cik Riya berkata begitu, bingkas Ayin
bangun.
“Kecuali Encik Azrin.”
Ayin buntang mata. Aikkk!
Apa hal tetiba sebut nama aku?
“Encik Azrin ada special
training lagi lepas ni.”
Apa?! Aku ada training
lagi? Aku sorang saja? Biar betul? Atau Cik Riya ni cuba nak usha aku?
“Kenapa?” Hanya sepatah perkataan itu sahaja yang mampu
diluahkan. Lama perempuan itu terdiam. Selepas semua pekerja keluar dari bilik
itu, baru dia bersuara.
“Sebab Encik Azrin tidur masa saya bagi penerangan tadi.”
“Mana ada Cik Riya? Mana ada saya tidur. Saya dengar
apa...”
“Encik Azrin dengar, tapi bukan melihat. Mendengar dengan
mata tertutup? Dengar tu lain, melihat tu lain. Kalau dengar saja, tapi tak
melihat, alamatnya tak faham.”
Ayin ketap gigi.
“Encik Azrin kena training
balik bab ISO ni!
Eh eh eh minah
ni. Dia nak main-main pula dengan aku. Kalau tanduk aku ni keluar, tahulah
nasib dia. Besar sangat ke pangkat minah
ni? Dia tak tahu ke aku ni siapa? Cepat-cepat Ayin memujuk hatinya. Kalaulah
perangai dia masih seperti Ayin yang berumur belasan tahun dahulu muak budak
perempuan ni kena sakat. Mujurlah sekarang dia dah insaf. Tak buat lagi
perangai perengus dulu tu.
Tayangan slide untuk bab ISO dimainkan sekali lagi oleh
Cik Riya. Hanya separuh perhatian Ayin beri kepada tayangan slide tersebut. Dia
tidak putus mengomel tak puas hati. Apa hal la minah HR ni? Tutup projektor ni boleh tak? Mata aku dah pedih dah
ni! Tiba-tiba tayangan slide diberhentikan. Sepertinya perempuan itu tahu apa
yang terbesit di dalam hatinya sebentar tadi.
“Okey! Kalau Encik
Azrin faham tentang ISO ni, cuba bagitau
saya apa maknanya?”
Walaupun cahaya bilik suram, Ayin dapat lihat Cik Riya sedang
merenung tajam ke wajahnya.
“Hah, makna?! Aaaa...
Hmmm... Eeee...” Dah macam-macam bunyi terkeluar dari mulut dia. Bukannya
dia tak tahu, cuma terlupa saja.
“Apa policy
syarikat kita?”
“Aaaa... Hmmm...
Emmm” Mulutnya masih lagi mengeluarkan bunyi yang sama.
“Apa motto syarikat kita?”
Ayin telan air liur. Mulut ternganga untuk mengeluarkan
bunyi yang sama tapi belum sempat, sudah...
“Apa objective
syarikat kita?”
Soalan lain pula dijerkahkan kepada dia. Amboi! Banyaknya
soalan? Yang mula-mula tadi pun dia belum jawab lagi, dah ditujah dengan soalan
lain. Ayin garu kening. Dia patut rasa apa sekarang ni? Nak marah, sebab
seperti sedang dipermainkan? Dia bukan lagi seorang yang cepat hendak melenting.
Silap oranglah kau nak test Cik Riya oi.
Kalaulah dia masih Ayin yang dulu, entahlah? Mungkin dah menangis perempuan ni
dia kerjakan. Nak rasa bengang, sebab dia terpaksa melalui sesi training yang amat membosankan tahap
petala ke tujuh ni? Memang salah dia pun tak beri sepenuh perhatian tadi.
Sedangkan semua perkara yang dibentangkan dalam sesi training tadi amat penting untuk dipelajari dan diambil tahu. Nak
rasa malu? Itu memang patut. Nama saja berjawatan tinggi tapi dia tak tunjukkan
contoh yang baik kepada pekerja baharu yang lain. Boleh pula tidur masa training. Ayin sedar kesalahan dan
kesilapannya.
“Maaf Cik Riya. Saya mengaku, saya tak bagi sepenuh
tumpuan dan perhatian tadi. Saya janji, lepas ni saya study balik apa yang Cik Riya terangkan.”
“Maaf awak diterima!”
Aikkk! Senangnya maaf dia diterima? Ayin lihat Cik Riya
bangkit meninggalkan kerusinya. Remote
control yang berada di tangan di halakan ke projektor. Bilik Training menjadi semakin gelap selepas
itu tetapi dia masih boleh melihat kedudukan Cik Riya yang berdiri tidak berapa
jauh di hadapan dia ketika ini.
“Atas meja ni ada buku manual ISO. Encik Azrin...” Tidak
habis Cik Riya berkata, cepat Ayin memintas.
“Nanti saya nak pinjam buku manual ISO tu. Boleh?”
“Encik Azrin baca. Lepas tu pulangkan semula.” Cik Riya
berhenti bercakap seketika. “Jangan hilang!”
Dan Cik Riya terus meninggalkan dia keseorangan di bilik
itu kemudiannya.
No comments:
Post a Comment