Total Pageviews

Tuesday, April 28, 2015

Benci / Cinta... Awak Budak Nakal - Teaser 10




“La..., mana cawannya Riya? Takkanlah nak suruh mak bidan minum pakai tangan?” Mak Long pandang ke arah Yaya seraya menggelengkan kepala. Ini sahih tak sabar-sabar nak tengok Mak Bidan Esah mengurut tadi ni.
“Ya ke mama?” Yaya sengih menyedari kecuaiannya. “Riya pergi ambikkan sekejap ya.” Bingkas Yaya bangun lalu menyelak tabir yang merintangi ruang tamu. Dan dia terus kaku di situ apabila melihat Ayin berada di sebalik tabir itu.
“Yyyin mengintai Kak Dina ya?” tebak Yaya gugup kerana terkejut.
“Eh! Mana ada... Yin cuma curi dengar apa yang Yaya tanya mak bidan tu saja. Macam-macam tanya nampak? Apa, dah berangan nak jadi macam Kak Dina ke? Kalau dah tak sabar, jom kita jumpa tok kadi cepat-cepat.” Ayin senyum mengusik lalu menuju ke pintu untuk turun ke bawah.
Yaya terus kelu. Pandangan mengekori langkah Ayin. Muka sudah seperti disimbah inci merah. Malu! Berapa lama dah hah, Ayin ada dekat sini? bisik Yaya.

2 comments: