Bab29
Anak matanya tertancap
kepada satu susuk tubuh di pintu restoran. Ayin lihat sekejap jam di tangannya.
Setengah jam lewat dari masa yang dijanjikan.
“Apasal lambat?” terus diterjah Chad dengan soalan itu, sebaik
sahaja Chad menarik kerusi di depannya.
“Sorry! Aku ada lunch date tadi.”
“Bukan kau kata nak lunch dengan aku ke?” Ini yang dia nak
naik angin ni. Janji dengan dia, tapi makan dengan orang lain. Lepas tu tak telefon
beritahu pula. Bersapaulah dia
menunggu. Nasib dah kenyang. Kalau tidak, Chad ni dia telan hidup-hidup.
“Sekali lagi, sorry! Memang aku nak lunch dengan kau tapi masa aku on the way, lalu depan ofis papa aku, tiba-tiba
teringin nak jumpa seseorang. Ingat nak jumpa dia sekejap saja. Entah macam
mana terus jadi lunch date pula,”
terang Chad bersama senyuman melebar ke pipi. Bercahaya-cahaya wajahnya.
Berbunga-bunga hatinya.
“Ni tentu perempuankan?”
tebak Ayin. Tengok muka tu pun dah tahu. Faham sangat dengan perangai Chad.
Kalau pasal perempuan, lupa semua perkara. Chad cuma senyum.
“Betullah tu!” Ayin jawab
sendiri. “Apa yang penting sangat, sampai tak boleh nak bercakap dalam
telefon?” Ayin kerut dahi. Jus oren ditenguk sekali.
“Aku nak terus balik Malaysia.”
“Apa?!” Mulut Ayin
melopong.
“Minggu depan bila aku
balik UK, aku nak uruskan semuanya. Hantar notis berhenti kerja lepas tu settlekan hal-hal lain. Lepas tiga bulan
aku balik,” beritahu Chad disertai dengan wajah teruja.
“Hah?!” Ayin tambah
bingung. “Kenapa tiba-tiba?”
“Dah sampai seru aku nak
berkeluarga!”
“Hah?!” Tidak sampai lima
minit dia duduk dengan Chad, sudah dua kali jantung terhenti. “Kau ni biar
betul. Buang tabiat ke apa? Habis tu, kawan perempuan kau yang ramai dekat Portsmouth tu nak buat apa?”
“Dah namanya pun kawan
perempuan, buat kawan sajalah.” Chad ketawa melihat riak wajah Ayin.
“Biar betul kau, Chad?”
“Betullah. Apa nak
main-main pula.”
“Nak kahwin?” Ayin
mahukan lebih kepastian.
“Iya!”
“Dengan siapa?”
“Mama dan papa aku yang
perkenalkan. Aku baru first time
jumpa dia malam tadi.”
“Hah?! Kau biar betul
Chad? Baru first time jumpa dia, kau
dah nak kahwin dengan dia?” Lagi lama duduk dengan Chad ni, ada harapan
jantungnya berhenti berdegup.
“Kau tahu love at first sight tu apa?”
“Eh! Mestilah.” Dia pun
pernah merasa perasaan itu bila kali pertama terlihat Yaya dahulu. “Tapi kau
baru kenal dia. Takkan dah ambik
keputusan nak kahwin? Kerja gila tu Chad. Kahwin ni benda penting. Bukan benda
main-main.”
“Aku tak main-main, Yin.
Memang aku sukakan dia. Kali pertama jumpa dia, hati aku terus cakap, dialah
orangnya. Memang aku baru kenal dia tapi mama dan papa aku dah lama kenal dia.
Mama dan papa aku pun sukakan dia.” terang Chad bersungguh-sugguh mahu meyakinkan
sahabatnya ini. “Perempuan macam dia, bukan selalu muncul depan kita, Yin.
Bukan hari-hari boleh jumpa. Jadi bila aku dah jumpa, aku tak nak lepaskan
peluang ni.”
Ayin gelengkan kepala
berulang kali. Masih tidak percaya dengan keputusan mendadak Chad ini. Dia yang
sudah lama ada Yaya bertapak di dalam hati pun, belum terniat hendak berkahwin
kalau dah jumpa Yaya nanti. Bagi dia, perkahwinan adalah satu langkah yang amat
besar dalam hidup. Untuk berkahwin dia perlu bersedia dari segala segi. Kerana
perkahwinan totally akan merubah tiga
ratus enam puluh darjah rutin hidup dia, tapi Chad...? “Memang kau berani!”
Chad ketawa kecil. “Dalam
hidup kita kena berani buat perubahan dan ambik
risiko, Yin. Kau pun mesti berani ambik
risiko. Cari Sinar sampai jumpa, dan mulakan hidup bahagia dengan Sinar. Kau
orang dah terlalu lama terpisah,” nasihat Chad.
“Kalau dia dah kahwin
macam yang kau cakapkan, macam mana?” terus Ayin menyoal. Menyatakan
kebimbangan di hatinya selama ini.
“Rupanya kau tak jadi
pergi cari dia semalam, pasal ni ke?”
Ayin diam.
“Betullah tu!” Chad jawab
sendiri. “Kalau dia dah kahwin, kau kena terima jodoh kau bukan dengan dia.
Tuhan lebih mengetahui, Yin. Mungkin ada orang yang lebih baik buat kau, tapi
kalau dia belum kahwin macam mana?”
Ayin senyap lagi.
“Kau kena hadapi. Sampai
bila kau nak simpan perasaan kau, Yin. Sembilan tahun tu terlalu lama. Kau
perlu mencari pengakhiran cerita hidup kau dan Sinar, kalau kau betul-betul
masih sayangkan dia.”
Lama Ayin berfikir. Ada
betulnya juga cakap Chad. Dia perlu berani! “Tutup cerita pasal aku. Cerita aku
belum tahu ke mana, tapi kau dah pasti. Kenalkan aku bakal isteri kau tu,”
tutur Ayin menamatkan perbualan mereka tentang Yaya. Chad geleng kepala. Apa
makna geleng kepala tu? “Kenapa?” tebak Ayin.
“Belum masanya aku nak
kenalkan pada kau. Nanti kau dah jumpa dia, kau berkenan pula. Susahlah aku.
Kena berebut dengan kawan sendiri!”
“Tak ingin aku. Aku ada
Sinarlah! Sinar aku yang terbaik.”
“Aku cuma kenal bakal
isteri aku. Apa yang aku tahu, dia yang terbaik untuk aku antara semua wanita
dalam dunia ini. Sinar kau aku tak kenal. Jadi aku tak boleh kata, Sinar kau
lagi baik dari bakal isteri aku.” Chad sengih. Ayin geleng lagi. Memang tak
faham langsung dengan prinsip hidup Chad. Berkawan dengan perempuan memang ramai,
tapi bila berjumpa yang berkenan, tak payah nak kawan-kawan terus kahwin saja.
“Sekarang ni aku sedang
berusaha pikat dia. Tawan hati dia. Balik dari UK nanti aku nak terus kahwin
dengan dia. Tak mahu tunang-tunang. Buang masa! Confirm saja kami nak kahwin nanti, orang pertama yang akan aku
kenalkan bakal isteri aku, adalah kau.”
“Aku doakan kau bahagia.
Nampaknya, aku makan nasi minyak kau dululah!”
Chad ketawa. Ayin turut
ketawa. Soal Yaya sebentar tadi terus terlupa.
“Kau nak jumpa aku hari
ni, semata-mata nak bagitau yang kau
nak kahwin ke?” soal Ayin selepas tawa mereka reda.
“Pasal jawatan kosong
dekat company advertisement family
aku.”
La..., sama cabang dengan
kerja mereka di Portsmouth juga rupanya tapi kenapalah Chad suka bersusah payah
dekat sana. Kerja dengan syarikat keluarga sendiri, kan senang? Bukannya kau
tak kenal Chad tu macam mana? desis Ayin sendiri.
“Ada kekosongan jawatan Assistant Marketing Manager. Kau apply lah. Nanti kita boleh kerja
sama-sama semula.”
Alhamdulillah... selesai
satu masalah. Cepat dapat kerja, tak adalah lama sangat duk melahu di rumah.
Makan tidur, makan tidur saja.
“Kau kerja dulu, lepas
tiga bulan kita akan jadi rakan sepejabat pula.”
“Yesss! Set!”
Chad calitkan ibu jarinya
pada ibu jari yang Ayin suakan di depan mata.
alahai...makin lame makin mendebarkan... dup dap dup dap...hihihi...
ReplyDeleteYeahhh ayin dpt jumpa sinar. Pas tu semua gelabah terus hehe
ReplyDelete