Total Pageviews

Saturday, April 25, 2015

Benci / Cinta... Awak Budak Nakal - Teaser 7




“Mmmacam mana Cik Riya boleh ada dekat kampung saya ni?”
Muka kelabu Ayin yang terhias kerut berkumpul di dahi, buatkan Yaya gugup tiba-tiba. Sedangkan tadi dia rasa dirinya cukup bersedia untuk bersemuka dengan lelaki ini. Kenapa tiba-tiba darah jadi gemuruh pula? Pantas dia gagahkan hatinya semula. Nafas ditarik panjang dan dilepaskan perlahan.
“Ini kampung saya, sejak saya dilahirkan di sini dua puluh lima tahun yang lepas.”
“Di sini?” Ayin cuba memahami. “Lahir di rumah arwah Nek Ngah saya ni, atau rumah Mak Su saya tu?” telunjuk menunding ke rumah sebelah.
Yaya senyum. Tidak menyalahkan Ayin bila pemahaman Ayin jauh menyimpang dari apa yang dia maksudkan. Orang otak tengah blur, pikapnya lembab sikitlah!
“Bukan itu maksud saya. Saya dilahirkan di kampung ini, di rumah kakak arwah Nek Ngah di hujung kampung. Dulu, abah dan umi saya menumpang di sana.”
“Ooo... Patutlah Mak Su saya ambik awak jadi anak angkat dia. Mak Su saya kenal awak dari awak keciklah?” Kecil betul dunia ini. Bolehkan sekampung dengan Cik Riya, desis Ayin.
“Ya, tapi saya jadi anak angkat Mak Ina sejak dua belas tahun yang lepas. Selepas umi dan abah saya meninggal.” Yaya lihat Ayin seperti keliru.
Kesian Cik Riya... Anak yatim piatu rupanya. “Eh, jap!” Ayin tayang lima jari. Dahi semakin berlapis. Kerut bersambung hingga ke pelipis. Mata sepet memerah otak untuk berfikir.  “Dua belas tahun yang lepas? Lepas umi dan abah Cik Riya meninggal?” soal Ayin. Memang dia sedang cuba memahami sesuatu. Takkanlah aku tak pernah nampak dia ni? Dua belas tahun dia jadi anak angkat mak su, desis Ayin. Ayin mencongak. Di dalam fikiran, pantas melakukan kerja kira-kira. Ditolak, dicampur. Dua belas tahun? Mungkinkah...? Dia masih tidak berani untuk meneka. Wajah itu diamati untuk kesekian kalinya.
Yaya tidak membalas soalan Ayin. Dia biarkan Ayin mencari jawapan untuk dirinya sendiri. Dia tahu Ayin sudah boleh mengagak siapa sebenarnya dia tetapi kenapa Ayin tidak berani untuk bersuara?
Setelah lama berfikir, mulut Ayin terbuka untuk berkata. “Awak...”
Segera Yaya cantas kata-kata Ayin. “Ya, saya Cik Riya, a.k.a Sinar Suria, a.k.a Yaya. Atau, Yin kan lebih suka panggil saya Sinar?”
Ayin terus terlopong. Terkedu. Kelu. Kaku. Tidak menyangka apa yang terlintas di benaknya sebentar tadi rupanya benar belaka. Hati pernah terdetik, tetapi segera disanggah. Kini terbukti, dia adalah perempuan yang dicarinya selama ini. Ayin rasa lututnya lemah tiba-tiba. Tidak mampu untuk berdiri. Tangan mencapai muka pangkin. Terus dilabuhkan punggungnya di bangku kayu. Mukanya tertunduk memandang tanah. Yaya turut duduk di sisi Ayin. Merenung wajah Ayin. Dia melihat birai mata Ayin mula berkaca-kaca.

9 comments:

  1. Sedihnya ayin. Akhirnya dpt jugak berjumpa insan yg dicari selama ni huhu

    ReplyDelete
  2. Sambunglah lagi hehe #dgngayatamak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...
      tunggu besok nyer teaser plak ya Izanie Dollah

      Delete
  3. Alhamdulillah....jumpa jgk ayin ngan yaya....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah....jumpa jgk ayin ngan yaya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...? jumpa gak akhir slepas byk halangan...
      Halangan pe benda nyer
      Yaya yg wat angkara
      kan?

      Delete
  5. Bestnya..smbg la lg..tiap hari saya tunggu..hehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya..smbg la lg..tiap hari saya tunggu..hehe

    ReplyDelete