Total Pageviews

Saturday, May 16, 2015

Benci / Cinta... Awak Budak Nakal - Teaser 20




“Mak angkat Yaya dekat kampung apa khabar?” Chad bersuara selepas mengelap tepi bibirnya dengan napkin.
“Alhamdulillah sihat,” balas Yaya dua patah. Itupun lambat-lambat. Masakan tidak, spaghetti masih dikumam di dalam mulut. Tidak ditelan-telan dari tadi.
“Ada masa, Yaya bawak saya balik ke kampung Yaya.”
Jam-jam tu juga rasa nak termuntah balik apa yang baru dia telan. “Bbbuat apa?” Nafas jadi semput tiba-tiba.
“Saja nak berkenalan dengan mak angkat dan keluarga Yaya.”
Cepat-cepat Yaya letak garfu di tangan ke dalam pinggan. Gelas air kosong dicapai dan dia meneguk laju air tersebut. Hampir juga mahu tersedak.
“Gelojoh!” tegur Chad.
Yaya tidak endahkan. Apa yang Chad katakan sebelum itu lagi penting. “Nak buat apa kenal dengan keluarga Yaya?”
“Mestilah saya nak kenal keluarga Yaya dan keluarga Yaya perlu kenal saya. Dia orang patut tahu dengan siapa Yaya berkawan. Dengan siapa Yaya selalu keluar.”
Sekadar berkawan saja tak perlulah Chad kenal semua ahli keluarga dia, tapi dengan siapa pula dia selalu keluar? Azhan? Azhan perempuan. Rasanya tak jadi masalah kalau Mak Ina tak tahu pun. Dengan Ayin? Itu pun rasanya okey kot. Ayin tunang dia. Dengan Chad? Masuk ni, baru dua kali mereka keluar. Mana ada selalu? Lagipun, dia mahu berterus terang pada Chad. Dia dah bertunang, tak manis mereka selalu keluar bersama. Makanya, tidak relevan lagi permintaan Chad untuk berkenalan dengan semua ahli keluarganya tu. Nanti lain pula tanggapan Mak Ina, Pak Long dan Mak Long. Dah bertunang dengan Ayin tapi bawa lelaki lain balik ke rumah untuk dikenalkan. Yang jadi masalahnya sekarang, nak bagitau Chad ni macam mana? Takkan terus cakap saja, Chad... Yaya dah ada tunang, macam tu?! gumam hati Yaya bersoal jawab sendiri.
“Nanti-nantilah. Chad tahukan, Yaya pun baru balik dari kampung?”
“Maksud Chad, bukan dalam waktu terdekat ni. Chad pun nak bincang dengan mama dan papa dulu.”
Hati Yaya berdetak keras tidak semena-mena. Rasa ada sesuatu yang tidak kena. “Chad nak bincang apa dengan Encik Kamil dan Puan Julita?”

2 comments:

  1. Please nak sambungan dia...
    Akk dah buat aqish x tentu arah...
    I hate you akk!!
    Ganbatte!! Teruskan usaha anda.
    Aqish dah jatuh cinta dgn benci/cinta budak nakal..
    Macam mane nk contact akk eh??
    Instagram,facebook or what???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Nak sambungan dia?
      Xleh lah aqish...
      Benci/Cinta... Awak Budak Nakal ni dah nak kluar buku dah
      In syaa Allah suku pertama tahun depan
      Doakan akak ya supaya semua urusan dipermudahkan
      Tq utk wish... tentu akak brusaha gigih lg
      Nak contact akak?
      Cari jer FB under Qaseh Farina tentu jumpa
      Meh kita friend... hihihi

      Delete